7
Pagar dibuka yang menandakan tempat tarikan pengunjung itu sudah mula beroperasi
Lampu yang berwarna-warni menyinarkan mata yoongi dan hyu rin semasa masuk ke tempat tersebut
"ni, semalam omma saya bagi. Dia suruh kita nikmati permainan dekat sini" kupon yang yoongi bawa diberikan kepada hyu rin satu
Terkebil-kebil mata hyu rin melihat kupon yang dipegang
"jom! Kita naik ni dulu" yonggi menarik tangan hyu rin ke flying chair
Selepas itu mereka naik mini car,curly slide, spinning horse dan macam-macam lagi.
Sampai pening lalat dibuatnya
"ok jom kita yang ni last. Best tau" yoongi mengangkat jari telunjuknya ke langit. Bukan itu maksudnya. Hyu rin terus melihat arah jari yang ditunjuk.
"huh roller coaster?" jelas muka pucat hyu rin
"halah tak da papelah. Kajja! Yah , ppaliwa!!" yoongi semangat menuju ke kaunter tetapi hyu rin tertinggal dibelakang. Dia menggeleng dan menarik tangan hyu rin
Tempat duduk sudah diambil. Pekerja-pekerja disitu tolong memasangkan tali keledar. Utamakan keselamatan prinsip mereka.
"aaar awak saya takutlah" hyu rin menutup mata serapat mungkin. Tangan mengengam palang besi dihadapan dengan kuat. Selang beberapa saat kenderaan mereka naiki itu bergerak perlahan-lahan kedepan
"hey, chill saya ada" tangan sebelah lagi digemgam oleh yoongi
Dia masih lagi menutup matanya. Takut akan ketinggian.
Perlahan-lahan kenderaan naik keatas. Sedikit demi sedikit dia mahu jatuh ke landasan yang lebih curam. Dan
"YAAAAAAAA!" yoongi melepaskan kedua-dua tangannya ke udara. Nikmati permainan itu dengan sepenuh hati.
"yah! Hyu rin! Lepaskan tangan awak! Angkat macam ni!!" yoongi mengangkat tangan hyu rin yang tadi digengam
Hyu rin masih menutup matanya. Walaupun badan dah senget kesana sini sebabkan jalannya berpusing-pusing
"jerit hyu rin! Jerit! Lepaskan semuanya!" yoongi menyuruh hyu rin pula
"haih" keluhan halus hyu rin lepaskan.
"ok hyu rin here we go" monolog hyu rin sendiri. Perlahan-lahan dia melepaskan tangannya dari besi itu dan mengangkat ke udara
"wwwooooooaaaaaaaahhhh" jeritan hyu rin serta merta lantang selepas dia melepaskan tangannya ke udara
Titisan air mata dari hyu rin jelas dilihat oleh yoongi. Namun air mata itu cepat kering kerana angin kelajuan roller coaster ini membawa ia pergi. Jelas memang selama ni dia simpan air mata itu.
"good hyu rin. Ini yang aku nak. Lepaskan semuanya" bisik hati yoongi sambil merenung hyu rin yang sedang melepaskan segala berat dalam hati.
Kemudian roller coaster itupun berhenti dihadapan perhentian akhir.
"jom pegi sana pula" kalini hyu rin pula mengajak yoongi. Tangan ditarik ke arah satu khemah permainan.
"awak saya nak tuh" patung beruang berwarna pastel yang comel itu ditunjuk oleh hyu rin.
"ok i will get it for you" kata yoongi lembut.
"selamat berjaya!" ucap pekerja disitu
Tiga biji bola besbol diberikan. Arahan permainan ini ialah permain itu harus menjatuh setiap tin-tin yang berlabel. Setiap tin mempunyai label yang berbeza dan ada hadiah menanti!
Cubaan pertama dicuba oleh hyu rin.
"ahhh, tak jatuh" sedih hyu rin dibuatnya
"ok takpe, meh sini" baki lagi dua biji bola diberikan kepada yoongi
"aish!" geram pula jadinya. Tinggal lagi satu sahaja yang tinggal. Ia bermakna peluang terakhir. Jangan disia-siakan!
Ting! Ting! Ting!
Lampu berkelip-kelip keluar dari latar belakang sasaran itu.
"wah! Chukahaeimnida!" teruja pekerja itu. Seraya itu dia mengambil batang kayu panjang untuk capai hadiah yang akan diberikan
Yoongi menyambut hadiah itu. Seraya senyumannya diberi kepada pekerja itu. Membikinkan hati sesiapa cair apabila melihat yoongi senyum. Memang senyuman yoongi ni berharga sungguh!
"nah" diberikan pula kepada hyu rin
"wah comelnya!" teruja hyu rin memegang hadiah itu. Patung arnab yang kecil. Putih, gebu pulak tu. Bolehlah daripada tak ada.
"gomawo awak" hyu rin tiba-tiba memeluk tubuh yoongi
Agak tersentak yoongi. Namun dia berlagak biasa sahaja. Pertama kali seorang perempuan memeluknya dan dia tak menolak pun.
Kepala hyu rin diusap lembut." dah jom balik , dah nak malam ni nanti omma appa awak risau pula" yoongi melepaskan pelukan tadi
Senyuman hyu rin mati. Entah kenapa dia begitu tidak suka bila ada orang cakap tentang ibu dan bapa tirinya. Jujur dalam hati dia dah mula membenci kedua-dua orang tuanya. Kalau boleh dia mahu keluar dari rumah tu.
"hm nae" lembut hyu rin mematuhi arahan yoongi. Yoongi perasan selama ini bila dia bercakap tentang omma appa hyu rin, pasti hyu rin menunjukkan muka kelatnya.
"jom" hyu rin menarik tangan yoongi dengan senyuman muramnya itu.
• • •
"waaaaaah" terlopong mulut yoongi melihat rumah agam didepannya. Biarpun dia terhalang dengan pagar rumah itu.
"ini ke rumah awak" yoongi hentikan lamunan itu
"tak lah, ini rumah appa tiri saya" hyu rin jelaskan kepada yoongi.
"ouh. Hah, masuklah tercegat apa lagi" kata yoongi. Seakan menghalau pula.
"hihi bye" hyu rin membuka pintu pagar kecil dan masuk sambil melambai kepada yoongi.
Yoongi juga melambai sama macam hyu rin. Kemudian dia jalan meninggalkan rumah itu.
Tersengih-sengih dia apabila mengingat kisah manis harini. Dia masih dapat rasa kehangatan pelukan hyu rin
"huh lembut" omel yoongi dalam hati.
Dia memegang bahagian dadanya pula. Bergedup kuat.
Jatuh cinta mungkin?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro