6
"awak tahu tak selama ni awak ada teman?" yoongi berani menanyakan soalan kepada hyu rin yang sudah berhenti menangis
"t-ta
"ah baik kita diam sahaja" tiba-tiba saja dia menolak jawapan itu
Ya lembaga itu dah mula curiga dengan yoongi
Kau boleh nampak aku eh?
Suara garau yang menyeramkan didengari oleh yoongi. Tersekat-sekat dia menelan air liurnya. Tak berani pula dia mahu melihat lembaga dibelakang hyu rin. Tak lama selepas itu lembaga itu menari semula.
"selalu ke kene buli dengan bobby tu?" kotak suara yoongi bertukar ke arah mod selesa.
"hm.." lemah sahaja dia menjawab
" awak ni memang relakan je ke apa yang bobby buat dekat awak?" yoongi menanya lagi selepas dia tidak berpuas hati dengan jawapan hyu rin
"tak pe saya tak kisah. Saya tahu diorang cuma bergurau je dengan saya" lembut hyu rin menjawab
"bergurau apenya! Sampai awak menangis melolong macam tuh!" yoongi hilang sabar dan bangun dari tempatnya
Dia bingkas mengangkat dagu hyu rin selepas dia perasan ade kesan lebam dipipi dan hidungnya
"ini! Ini awak kata bergurau!" suara yoongi masih kuat biarpun dia mengusap lembut kesan lebam itu
"dan ini juga! Nanti apa omma appa awak cakap nanti pasal ni" kalini yoongi ternampak kesan bengkak dilengan hyu rin pula
Hyu rin tersentak. Memang dia tak kisah pun akan kesan-kesan ditubuhnya. Selama ni bobby tak pernah mencederakan dia sampai tinggalkan kesan. Lagi pula yoongi cakap tentang omma appanya. Selama ni kesan lebam itu semua dari appanya.
"saya tak pape lah" hyu rin menarik perlahan tangannya dari gengaman yoongi
"haih" keluh yoongi dengan berat
"dah awak duduk lah kita sambung balik" hyu rin menyuruh yoongi duduk. Yoongi tidak menurutinya malah dia masih berdiri disisi hyu rin
Selepas itu yoongi mengambil kesemua barang-barang hyu rin diatas meja dan dimasukkan pula kedalam beg hyu rin
"a-awak buat apeni?" terkedu hyu rin melihat perangai pelik yoongi
"jom ikut saya" beg galas sudah siap dipakai. Manakala hyu rin berdiri kaku dengan terpinga-pinga
"haish cepatlah" beg galas hyu rin dipakaikan oleh yoongi
Lembaga hitam itu tiba-tiba sahaja muncul dibelakang hyu rin. Yoongi memandang lembaga itu. Sama macam lembaga itu. Kedua-keduanya saling memandang dengan ketat.
Hey kau?! Kau nak bawa dia kemana hah!!
Marah lembaga itu. Yoongi menghiraukan kata-kata darinya dan terus menarik hyu rin keluar dari kelas
Kreeeeek
Bunyi geseran dari kerusi biru itu. Lembaga itu bertenggek diatasnya sambil menangis teresak-esak
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro