Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

5

Waktu rehat kembali dengan bunyi yang gamat sekali. Sekali lagi yoongi terpaksa rehat seorang kerana dia masih tiada lagi kawan untuk berteman dengannya.

"eh harini kan kelas toturnya?" tiba-tiba sahaja soalan itu terlintas didalam kepalanya.

Selepas itu dia menoleh kebelakang mencari kelibat hyu rin selaku rakan toturnya

"aik tak ada?" dia bingkas bangun dari tempat untuk mencari hyu rin. Pinggan dan cawan dibiarkan tinggal diatas meja

Mencari punya mencari akhirnya jumpa juga. Kalini hyu rin rehat berdekat dengan longkang seorang diri. Apa yang berserela sangat dengan bau busuk longkang tu!

Eh ada kelibat seorang murid pula disebelahnya. Rupanya hyu rin pun ada kawan juga. Yoongi sejurus menghampiri hyu rin dan rakannya yang sedang makan bihun sup

Apa salahnya kalau bersembang sekejap untuk perkenalan sebagai rakan totur.

"hyu rin" panggil yoongi yang sedang menghampiri hyu rin

"sluurrrp-" terbantut dia mahu menjamu selera.

"hai" yoongi melambai seraya mencangkung dihapadan hyu rin yang sedang makan

Nampak begitu susah sekali dia menguyah makanannya itu. "it's okay take your time" yoongi membenarkan dia menghabiskan dahulu makanannya

Begitu cemasnya hyu rin apabila yoongi dihadapannya sedang menunggu dia habiskan makanannya.

"dah?" yoongi menanya

Hyu Rin menggeleng. Bihunnya terlalu panjang. Tak putus-putus!

Yoongi tergelak kecil melihat gelagat hyu rin. Baginya hyu rin terlalu comel pada masa sekarang. Yoongi juga menoleh disebelah hyu rin melihat rakan yang dari tadi menutup mukanya dengan badan hyu rin. Pemalu agaknya

"ok dah" hyu rin bersuara

"er n-nae?" yoongi terpinga-pinga

"oh macam ni, petang nantikan kita dah mula kelas totur kita. Awak nak buat dekat mana? Kelas ke perpuatakaan?" yoongi menyoal seraya memberi cadangan kepada hyu rin

"hmmm kita buat dekat kelas sajalah. Perpuatakaan nanti akan tutup awal" terus hyu rin membuat pilihan

"ok" terus yoongi bangun untuk beredar

Splash! Splash! Splash!

Bunyi kocakan air kedengaran kuat. Yoongi memaling badannya ke hyu rin semula

"ya? Ada apa-apa lagi?" hyu rin mendongak ke muka yoongi yang gayanya mungkin ada soalan lagi yang ingin ditanya

"eerr tak" yoongi mejawab. Kemudian dia mengintai disebalah hyu rin pula

Peluh sudah membasahi dahinya. Begitu terkejutnya dia ada satu lembaga besar disebelah hyu rin

Lembaga itu menjilat-jilat air longkang itu kuat sekali. Lidahnya yang begitu panjang dan bercabang lagi membuatkan bunyi kocakan itu lagi kuat

Yoongi membuntangkan mata. Lembaga itu begitu khusyuk meminum air longkang itu sambil bercangkung dan membiarkan lidahnya yang panjang itu menjilat air longkang itu dengan selamba

Kemudian dia berasa bahawa dirinya ditenung. Terus dia berhenti melakukan perkara tadi dan memaling muka ke yoongi

Yoongi terkejut terus dia beredar dari situ. Memang mengerikan! Muka hitamnya kelihat begitu gelap sekali tak nampak pun matanya. Rambutnya yang serabai lagikan panjang itu menutup mukanya

"argh tolonglah pergi!" jerit yonggi didalam hati

Waktu rehat tamat. Semua pelajar berlari-lari masuk ke kelas.

Masing-masing sudah sampai ke kelas mereka sendiri dan duduk dimeja masing-masing

Guru bahasa inggeris hari ini tidak hadir sebab cuti sakit. Sementara itu kumpulan bobby a.k.a samseng sekolah itu mengambil kesempatan untuk mengacau hyu rin dibelakang sekali

"nah, siap kan sebelum besok! Aku nak yang bertulis jangan ada lopong-lopong. Arraseo?!" tenking si bobby seraya dia meletakkan buku-buku latihannya diatas meja hyu rin

Hyu Rin membelek-belek tugasan yang diberikan

"mana boleh siap esok, banyak ni" perlahan dia memberitahu

"eh aku tak kesahlah kau sempat ke tak sempat. Janji kerja aku siap!" marah bobby. Selepas itu dia melihat ditangan hyu rin seperti tangan ada gengam sesuatu dibawah meja

Terus dia merampas barang itu. "euw ape ni? Kau punye ke?" jijik sungguh bobby kepada patung milik hyu rin

Patung kesayangan hyurin itu diangkat lagi tinggi bagi menyukarkan hyu rin mencapainya

"uh, uh b-bagi lah bobby ni saya punya!" terloncat-loncat hyu rin dibuatnya untuk mengambil semula patungnya itu

"sekarang kau cakap dengan aku, kau nak buat ke tak kerja aku bagi tu?" kalini bobby guna taktik mengugut pula

Hyu Rin tidak mengendahkan soalan tadi. Dia terus berusaha untuk dapatkan patung itu

"ouh kau buat tak tahu ye" bobby mengeluarkan gunting dan mula mengerat kain-kain patung itu

"bobby jangan!" hyu rin bertindak lebih kasar dengan menolak dada bobby

"wah kau makin berani ye!" kalini cebisan-cebisan patung itu pula dikutip dan dibuang dari tingkat 3 sekolah

"Andwaeeee!!!" menjerit hyu rin sambil berlari ke koridor dan melihat betapa lunyainya patung itu dibuat oleh bobby

Yoongi dari meja hadapan memekakkan telinganya dan menutup matanya rapat-rapat dari 'drama' dibelakangnya. Jujur ia sungguh membuatkan yoongi begitu trauma dengan kisah silamnya. Dia menyangkakan bahawa jika dia berpindah kehidupannya akan menjadi seperti kehidupan baharu

Dia salah. Parut ditangan kirinya dipegang. Terasa berdenyut. Kemudian dia menoleh kebelakang pula. Hyu Rin sudah duduk sambil tertunduk ke bawah meja. Bahu terhenjut-henjut begitu sedihnya dia barang kasayangannya dihapus sebegitu saja

Loceng menandakan waktu persekolah hari ini sudah tamat. Semua pelajar mengemas barang-barang untuk pulang tidak pula dengan hyu rin dan yoongi.

Kelas sudah kosong dan tinggal mereka berdua sahaja. Yoongi mengambil buku matematik dari begnya dan menuju ke tempat hyu rin

"huh?!" terkejut sungguh yoongi. Memang tak aneh lagi. Ini lembaga yang sama semasa dia nampak waktu rehat. Perlahan-lahan dia melangkah ketempat hyu rin.

Mata masih lagi memandang lembaga itu seronok bernari-nari sakan dibelakang hyu rin. Semakin deras air mata hyu rin jatuh makin rancak dia berdansa. Ya bagi yang tidak nampak atau hanya mendengar sahaja situasi ini pasti akan menganggapkannya bahan gelakan. Namun tidak pada yoongi. Dia yang dapat melihat dan merasa kehadiran benda yang lain dari yang lain akan merasa sungguh menakutkan

Lidah panjangnya dibiar terjuntai dan kukunya yang panjang membelai-belai rambut hyu rin sedang menangis teresak-esak

Yoongi perlahan-lahan duduk diatas kerusi yang dia ambil. Mata masih bertaut melihat lembaga itu.

Hyu rin masih lagi tunduk ke bawah meja

"hyu rin-ah" panggil yoongi

Hyu Rin masih dengan posisi sama dan menangis. Yoongi mula risau. Lembaga itu mula menjilat-jilat wajah hyu rin! Jijik sungguh dan makin menakutkan.

"hyu rin!" kali ni yoongi lantang memanggil hyu rin

Terkejut hyu rin dibuatnya sehingga membuatkan hyu rin mengangkat muka ke wajah yoongi

"ple-please stop it" bergetar suara yoongi. Dia takut akan lembaga itu perasaan akan yoongi boleh melihatnya

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro