2
• • •
"baik kelas , itu sahaja dari saya untuk harini." Pn.Eun mangemas barang-barangnya
"kelas bangun , terima kasih cikgu"
"terima kasih cikgu" sambut pelajar lain
Waktu rehat bermula. Semua pelajar berlari-lari menuju kantin. Ada yang menunggu kawannya, ada yang berjalan sambil berpimping tangan beramai-ramai. Sungguh manis persahabatan mereka semua. Tetapi lain pula dengan Lee Hyun Rin. Tiada sesiapa pun mahu rehat bersamanya. Inikan pula bercakap didalam kelas. Malang sungguh hidupnya tiada teman untuk menemaninya sepanjang persekolahanya
Kantin berasak-asak dengan pelajar yang tidak reti beratur. Tolak sana tolak sini. Serabut kepala skuad kantin mengendalikan mereka.
"Yah! Attention please!" suara garau lagikan lantang memecah kemeriahan dewan makan. Semua pelajar memandang ke arah suara itu. Samada yang sedang beratur membeli makanan mahupun yang sedang menjamu selera.
"harini aku dan kawan-kawan aku tak bawak duit belanja. So sesiapa boleh pinjamkan duit siket, boleh tak?" dia bersama konco-konso jalan mengelilingi meja-meja makan kantin dimana semua pelajar sedang menjamu selera
Semua kecut untuk bertentang mata dengannya. Boleh percayakah yang dia kata pinjam? Semestinya dia akan lepas tangan untuk enggan membayar hutangnya
"haaah! Hyu Rin.. Apa khabar? Lawalah awak harini" pelajar yang digelar samseng sekolah itu mendekati pelajar perempuan malang itu dihujung dewan
Diusap-usap rambutnya semestinya ada makna disebalik itu. Pelajar yang bernama Hyu Rin itu berhenti makan selepas mejanya dikelilingi konco-konco budak samseng itu
"s-saya tak ada duit. Saya dapat beli ini je" kelihatan semangkuk bubur ayam dihadapannya menjadi santapannya harini
"hah? Alah siket pon tak de ke?" usaha betul dia memujuk pelajar itu. Kemudian Hyu Rin mengelengkan kepalanya
"huh! Guys pegang dia" serta merta arahan itu dituruti. Kini kedua-dua belah tangan Hyu Rin dikawal ketat oleh konco-konconya
"hah kau kata tak de kan, kejup eh aku cari" dia menyeluk segala poket dipakaiannya , sampaiah dipoket seluarnya disebelah kiri terdapat ada beberapa wang yang cukup banyak dijumpainya
"hah! Ini apa! Kertas?!" tiba-tiba perut pelajar perempuan itu ditumbuk kuat olehnya
"ah, aduuuuh " Hyu Rin mengeran kesakitan selepas satu tumbukkan dari samseng itu
Mana tidaknya , lelaki tumbuk perempuan kot! Memang seorang yang dayus
"lain kali kalu aku mintak elok-elok bagi eh? So mendapatlah kau harini. Anyway thank you tau" dia mecangkung dan terus dikucup dahi pelajar perempuan itu. Bagi Hyu Rin ia satu ancaman mendapat kucupan dari samseng itu walaupun lembut
"ok guys chau" dia memberi isyarat supaya beredar dari situ. Semua pelajar melihat sahaja 'drama' tadi. Tiada sesiapa pun berani untuk menentang. Lagi-lagi melaporkan kepada mana-mana guru. Mereka bimbang akan diri mereka pula akan jadi mangsa buli seterusnya
Jauh dari sudut 'drama' tadi, Min Yoongi selaku pelajar baharu juga melihat kejadian tadi. Dia juga turut bersimpati atas kejadian tadi. Tetapi dia memilih untuk mengendahkannya.
Sibuk menjamu selera dimejanya seorang diri tiba-tiba sahaja kumpulan 'pembikin drama' tadi menepuk meja
"well budak baru eh?" Min Yoongi menunduk. Selamba dia menyuap santapan kemulutnya tanpa rasa gerun pun
"jom join grup kitorang , kau ade potensi lah bro" kata-kata ketua kumpulan itu disokong teguh oleh ahli-ahli yang lain
"tak berminat" dia menyambung makan
"huh, berlagak" bisik si samseng itu
"btw, aku Bobby and kau?" dia menghulurkan tangannya
"Yoongi" tangan tadi disambut dan bergoncang menandakan sebuah jabatan tangan perkenalan. Walaupun terserlah wajah menyampah tapi dia masih hormat
"jom guys" lesap terus mereka dimata Yoongi
Pergelangan tangan kirinya berdeyut. Tangannya yang putih diurut dan mengusap perlahan. Tanda parut yang panjang itu jelas kelihatan apabila kolar tangannya dibuka. Tetapi selama ini tiada sesiapa pun perasan tentang itu
"PERHATIAN, PELAJAR YANG BERNAMA MIN YOONGI DAN LEE HYUN RIN DARI TINGKATAN 4A-2 SILA DATANG KE PEJABAT GURU SELEPAS REHAT. TERIMA KASIH" pengumuan mengejut bergema didalam dewan makan itu
Loceng sekolah berbunyi maka tamatlah sudah waktu rehat mereka
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro