15
"eo?! Ini je? Mane lagi?!" kalut yoongi menyelak buku itu. Buku itu tak lengkap!
Dia turut menyelak satu dan menggongcangkan buku itu. Mana tahu ade sesuatu lagi dalam buku ini
Kemudian satu helaian kertas berwarna biru pastel jatuh dari buku itu.
"ape ni?" dia mengutip kertas kecil itu
______________________________________
Min Yoongi, neorul saranghae
Aku harap kau juga lafazkan perkataan yang sama macam ni. Takpun ayat lain tetapi membawa maksud yang sama
Nae, aku dah jatuh cinta dengan kau min yoongi!
______________________________________
Ternganga mulut yoongi seraya menitis air matanya selepas membacanya.
Ayat ini ditulis oleh pemiliknya seperti dirinya sedang menyelubungi perasaan teruja dan malu untuk menyatakan cintanya
Tidak pula pada yoongi. Sedih lagikan perit menahan perasaanya untuk membacanya.
"mi-mianhae hyu rin, a-aku lambat sambut cinta kau" tertunduk dia selepas membacanya. Perasaan bersalah tak habis-habis menyelebunginya. Dia tidak menyangka yang perakhiran hubungan mereka adalah dengan tragedi yang mengerikan
"nae, aku cintakan kau juga" senyuman kelat terbit diwajahnya seraya tangannya mengusap lembut kertas biru pastel itu.
• • •
Kring~~
Loceng tamatnya sesi persekolahan berbunyi. Maka, berakhir juga sesi persekolahan yoongi di Ilsan High School. Dia nekad untuk berpindah ke sekolah baru dan memulakan kehidupan baru sekali lagi. Kehidupan baru yang sebenar-benarnya. Kali ini, bukan dia berniat untuk melarikan diri. Cuma dia mahu menghormati arwah sahabatnya, Lee Hyu Rin
"Gomawo Eunsunsenim! Terima kasih atas semua tunjuk ajar" yoongi menunduk 90 darjah dihadapan Pn.Eun selaku guru kelasnya
Guru tersebut tersenyum mesra dan mengusap bahu yoongi lembut. Yoongi sudah pun mengemas segala barang termasuk jugalah di lockernya. Dia sudah bersedia untuk melangkah pergi. Namun rakan sekelasnya tiada seorang pun mengucapkan kata-kata selamat tinggal kepadanya.
Walaupun bobby tiada didalam kelas. Suasana tetap sama. Mereka menunduk dan membisu. Mungkin rasa bersalah ataupun malu dengan kejadian itu? Yoongi tidak ambil tahu dan mengambil tahu tentang mereka pun
Buat kali terakhir, yoongi melawat ke tingkat 3. Itulah lokasi kelas lamanya, kini terkunci dan notis yang diletakkan dilarang sesiapa pun masuk kedalamnya.
Dia mengintai ke dalam, keadaan kelasnya sama seperti dahulu. Tiada langsung tanda bahawa kelas itu pernah ada kisah silam lagikan menyayat hati. Kerusi mejanya masih tersusun rapi.
Di dalam keadaan kelas yang suram dan kelam, disitu juga yoongi dapat melihat seekor jembalang sedang duduk di kerusi biru milik hyu rin dahulu
Lidahya ligat menjilat sisa-sisa darah diatas meja biru itu. Sungguh berselera dia menikmati darah yang berbaki itu. Si lembaga itu menoleh ke arah wajah yang tersembul dari arah tingkap kelasnya. Yoongi pula mengendahkan apabila lembaga itu mula menyedari yang dia merenung lembaga itu dari tadi.
Yoongi tidak melepaskan pandangan itu. Dia mula menanam sifat berani.
Yoongi pasti, sang durjana ini akan berterusan menanam misi hasutannya dan menanti mangsa yang seterusnya. Yoongi juga berharap kelas ini akan dibiarkan terkunci kaku.
Semoga si lembaga kerusi biru kekal tidak diseru
The End
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro