12
Tak sempat yoongi menghalang tindakan hyu rin. Dengan sekali rentap, hyu rin bertindak mengejut menarik rahang dan kepalanya ke belakang. Sekali gus merobek keseluruhan mukanya dan mematahkan tengkuk lehernya
"ANDWAE!!!!" jerit yoongi dengan air mata mengalir deras. Seluruh pelajar menjerit dan tempikkan yoongi tengelam dalamnya yang nyaring lagikan bergema.
Tidak disangka, perkara yang mengerikan berlaku didepan mata yoongi pada hari ini. Darah memancut deras keluar dari isi kepala hyu rin yang tidak bernyawa
Tubuh itu selamat mendarat diatas kerusi biru itu. Darahnya masih mengalir membasahi meja dan kerusinya juga. Mayat hyu rin akhirnya kaku disitu.
"h-hyu rin.. Ke-kenapa awak tekad lakukan semua ini?" tertunduk yoongi dilantai. Malah seperti bersujud dihadapan mayat yang berlemuran darah itu. Perasaan sedih ditemani dengan mulut menyumpah diri sendiri.
Darah mayat hyu rin akhirnya mengalir ke lantai kelas 4A-2 itu. Seluruh kelas itu tak henti dengan suara nyaring jeritan histeria pada sesiapa yang menyaksikan tragedi berdarah itu.
Dalam keadaan yang hura hara yoongi dapat mendengar suara yang halus sedang tertawa
Hahaha! Akhirnya seorang lagi telah menemai aku ke NERAKA!
Tangisan yoongi lagi menggila. Benarlah , memang makhluk seperti ini tidak akan berhenti menyesatkan umat manusia masuk ke perangkapnya
"yoongi.. Apa kau dah buat ni.." perasaan bersalah tak dapat dibendung mengenangkan nasib seorang insan yang dia baru saja mahu sayangi. Ya yang pada mulanya digelar orang asing kemudian bertukar kepada teman, sahabat dan mula untuk menganggapnya seorang kekasih yang pertama dalam hidupnya.
Tetapi itu semua musnah, kini dia mati dalam keadaan yang paling keji
Pn.Eun menepuk bahu yoongi untuk meminta beredar dan berikan kepada pagawai polis dan pihak ambulans membuat kerjanya
• • •
Pembelajaran hari ini tergendala sebentara. Semua kereta-kereta pegawai polis, ambulans juga selamat beredar dari sekolah ini selepas habis membuat kerja mereka setelah beberapa jam yang lalu
Mayat hyu rin yang dari tadi dibiarkan mengeras diatas kerusi itu akhirnya dialihkan oleh pihak ambulans dan membawa mayatnya ke pihak forensik dan membawanya kepada ahli keluarganya
Sementara itu yoongi menoleh renungannya ditingkap kemudian beralih kepada rakan sekelasnya yang lain
Kesemuanya mereka ditempatkan didalam bilik khas yang berada di tingkat 1 tetapi dalam bangunan yang sama
Dari tadi suasana sunyi senyap sahaja. Semua masih terkejut dengan tragedi yang menimpa didepan mata tadi. Yoongi yang paling terkesan
Yoongi mula membenci dirinya dan segala kata-kata carutan menyumpah dirinya. Sepatutnya dia harus memahami perasaan hyu rin dari awal lagi. Kenapa sinaran kebahagian baru saja bermula tapi dilenyapkan kembali? Air mata jernihnya mengalir dan dia berdoa dalam hati agar tuhan mengampuni dosa insan bergelar kekasihnya itu
"pegrh, gila betul pompuan tuh. Dia mati teruk betul!" bobby mula bergossip dengan rakan-rakannya
Yoongi yang dari jauh dapat mendengar bait-bait kata bobby itu
"hah bos, entah-entah dia ada bela saka kot? Euuuww ngeri gile" sambut rakannya pula
"nasib baik dia tak hantar saka dia tu sumpah kita" sambut lagi yang lain
"betul! Nasib baik dia dah mati. Fuh selamatlah kita-
"DIAM BOBBY!" tempikan suara yoongi serta tamparannya juga kuat melibas diwajah bobby
Terbuntang wajah bobby. Pertama kali seorang pelajar yang begitu berani bertentang dengannya.
Turun naik bahu yoongi dibuatnya.
" KAU DAH PUAS?! KAU TAK NAMPAK LAGI KE APA YANG TERJADI DALAM KELAS TADI?! KAU BUTA!?"
Bobby tergamam. Matanya terkebil-kebil dengan tindakan dan kata-kata yoongi tadi. Dia berasa sungguh terkejut dengan yoongi yang pertama kali seorang pelajar berani berbuat demikian kepadanya
Yoongi pula dah mula hilang sabar serta merta hilang segala ketakutan terhadap bobby. Baginya kalini bobby dah melampau
"hyu rin dah tak ada! Tapi kau masih lagi nak bersembang buruk pasal dia? Jantan jenis apa kau ni!?"
Bertubi-tubi tamparan yoongi melekap dipipi bobby. Tangisan tadi sudah terhenti manakala amarah mula menjelma
Baginya, apa yang dia fikir kalau hyu rin tak dibuli dari awal lagi semua ini tak akan berlaku. Malah keadaan akan menjadi baik-baik sahaja.
Suasana bilik khas itu riuh apabila rakan- rakan bobby mula masuk campur. Mereka menahan yoongi dari terus menumbuk atau menampar wajah ketua mereka
Pelajar yang lain membulat mata. Tak habis dengan trauma tragedi tadi kini 'drama' dari bobby dan yoongi pula jadi tanyangan perdana
"ersh! Lepaslah! Ketua kau ni memang nak kene ajar!" yoongi membentak dari kawalan ketat konco-konco bobby
Bobby bingkas bangun dan mengelap kesan darah dihujung bibirnya. Dia tersenyum sinis.
"kau yang buatkan hyu rin macam ni! Eh! kalau kau tak buli dia semuanya akan okey saja lah!!" yoongi masih lagi menempik amarahnya pada bobby dengan wajah bengangnya
"takda kaitan dengan aku lah budak! Selama aku buli dia okey dan normal saja keadaan. Tapi sejak kehadiran kau ke sekolah ni, habis jadi huru hara!" kali ini bobby mula membela diri
Mata yoongi membulat. Seakan tak percaya dengan kata-kata bobby yang tak masuk akal itu. Tiba-tiba saja bobby menuduhnya
"jaga mulut kau bobby! Jangan sampai aku gunting-gunting mulut kau!"
"eh eh dia ugut kita pula, bukan kau ke punca semua ini?" tenang saja bobby menjawab dengan senyuman sinisnya
"aku cuma berkawan dengan dia! Tapi kau yang seksa dia selama ni! Kau berlakon depan mak bapak hyu rin seakan malaikat tapi dibelakang kau sakiti dia! Kau cuma mahukan harta dia saja kan?!"
"eleh kau tuh apa bezanya? Macamlah aku tak tahu tentang helah kau tuh" pedih sungguh bobby memerli yoongi
"aku kau merepek bobby? Aku tak paham-
"jangan nak pura-pura lagilah BUDAK SYAITAN!" bobby memotong kata-kata yoongi
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro