11
Sesi pembelajaran bermula seperti biasa. Tetapi fokus yoongi mula hilang pada hitam dihadapan
Nak-nak pula waktu Pn.Eun dan pelajaran sejarah. Pandang buku teks sejarah saja sudah membuatkan yoongi mengantuk
Yoongi memaling kepalanya kebalakang. Hyu rin menunduk dibawah meja. Rasa bersalah yoongi menyelebungi diri
*sniff* *sniff*
"bau ape ni? Melepas senyap-senyap pula tu" omel yoongi dalam hati dan mula menutup rongga hidung dari bau itu
"amboi! Bau bukan main! Makin kuat pula tuh!" bobby mula menerkam suasana senyap tadi. Semua didalam kelas itu tergelak dengan acara spontan bobby tadi
Tapi tidak pada yoongi. Dia tak merasakan ini bau kentut atau apa-apa yang seangkat dengannya
Bau ini sama dengan sewaktu dia mengelar dirinya
Ya! Bau darah!
Yoongi perlahan-lahan menoleh kebelakang. Terbuntang matanya apabila melihat hyu rin dibelakang
"OMO! YAH! LEE HYU RIN!" yoongi menjerit dan menunjuk kearah tempat duduk hyu rin yang terperuk dibelakang
Semua pelajar yang sakan dengan gelak tawa mereka berhenti dan menumpukan perhatian mereka kepada budak baru itu. Kemudian masing-masing menoleh pandangan kearah tempat yang ditunjuk oleh yoongi
Semua pelajar perempuan mula menjerit seperti histeria. Malah kesemua berlari ke arah gurunya mereka yang terpinga- pinga dengan keadaan yang huru hara itu. Kecuali Min Yoongi
Dari tadi hyu rin menunduk sepanjang hari ini. Rupanya dia sedang sibuk merobek wajahnya!
"omo! Hyu rin ssi! Apa semua ini!" yoongi menekup mulutnya seraya menghampiri hyu rin yang tak henti-henti merobek mukanya dengan gunting yang tajam
"apa kamu buat ini! Berhenti!!" Pn.Eun menjerit memaksa hyu rin membuat perkara yang menyeramkan itu
"hyu rin.. Tolong berikan saya gunting tu ya" pujuk yoongi
Hyu rin mengeleng lembut walaupun dia masih lagi menunduk ke bawah
"hyu rin.. Bagi sini gunting nya" akhirnya yoongi telah menghampiri meja hyu rin yang berlemuran dengan sedikit darah
"AAAAHHH!" serentak pelajar perempuan menjerit apabila hyu rin mengacukan gunting itu hampir dengan dada yoongi
"h-hyu rin tolong sedar, saya mohon awak letakkan gunting itu" bergetar tubuh yoongi apabila gunting hampir didadanya
Dia bersedia kalau-kalau ada risiko yang terpaksa ditempuhinya
"hyu rin, bagi pada saya. Jangan risau tak ada apa-apa yang berlaku" yoongi masih lagi memujuk walaupun dia seperti telur dihujung tanduk
"be-betul?" jelas suara hyu rin didengarinya
"iya"
"tapi awak dah sakiti hati saya" perlahan-lahan suara hyu rin berkata
Mukanya telah hancur dirobek dengan gunting itu sendiri. Pelajar yang lain yang memerhati dari jauh berasa jijik akan wajahnya. Darah memang sudah mengalir seluruh pakaian seragamnya
"iye saya tahu, mianhae hyu rin ssi" perlahan-lahan yoongi menghampiri hyu rin
"tak! Kau tipu! Kau masih tipu aku bukan! Aku tak kan termakan dengan kata-kata kau itu!" pantas hyu rin mengacu kembali gunting tadi
Kemudian menyambung merobek wajah lagi
"hyu rin maafkan saya.."
"awak tidak fahami perasaan saya... Saya bukan sampah!"
"hyu rin dengar cakap saya.."
"saya sudah penat.. Saya tak peduli lagi!"
"yah! Hyu rin ssi! Stop it!" yoongi menepis gunting ditangan hyu rin dari menyakiti hyu rin. Tapi masih tetap digengaman hyu rin
"semua orang pernah ada kisah gelap mareka sendiri! Bukan awak seorang saja, saya pun pernah laluinya juga! Saya juga pernah lakukan perkara keji seperti ini. Tapi semua itu hanya disebabkan saya lakukan tidak berfikir dahulu! Jebalyo hyu rin hentikan semua ini" pekik yoongi diwajah hyu rin
Pelajar dan Pn.Eun memerhati keadaan yang tegang itu dihujung kelas. Tak pernah disangka perkara yang menakutkan seperti ini tiba-tiba sahaja menjelma dengan pantas
"hyu rin... Saya juga suatu ketika dahulu berputus asa dengan manusia. Malah, saya juga pernah berada disituasi seperti ini, cuba bunuh diri.. Padahal perbuatan ini keji! Saya menyesal dengan diri saya sendiri. Kini tuhan memberi kehidupan kedua, akhirnya saya dapat peluang bertemu dengan awak. Kita gembira bersama bukan? Jebal, jangan macam ni hyu rin.. Tolong beri peluang kedua pada diri awak sendiri. Segalanya akan kembali okey. Trust me plss.."
"tolong.. Hyu rin saya sayangkan awak" menitis air yoongi selepas melafazkan ayat itu
Terpaku hyu rin mendengar kata-kata itu. Perlahan pula gunting digengamannya jatuh ke lantai
"awak janji? Selepas ini.. Segalanya akan okey kembali?"
Yoongi memberi senyuman untuk meyakinkan hyu rin "ya, semuanya akan okey! Saya janji! Saya tak peduli kalau dibuli dengan bobby pun dan saya tak nak hubungan kita dirahsiakan lagi. Kita akan lalui segala cabaran bersama!"
Tak disangka, pada saat begini yoongi tetap memberi secebis harapan kepadanya. Hyu rin memandang seluruh kawan sekelasnya yang lain. Ditatap lama semua wajah disitu. Kawan sekelasnya, bobby dan juga Pn.Eun . Ada pula mengalihkan pandang apabila hyu rin memandang wajah mereka. Tak sanggup melihat wajah yang ngeri itu lagikan yang sudah terkoyak dan berdarah
Akhir sekali wajah yoongi. Yoongi menayang senyuman kepadanya berbanding yang lain. Dia tahu, selepas ini sama saja tak berubah. Dipinggir dan disisih
Kemudian yoongi menunduk mengambil gunting tersebut dilantai
"awak.." yoongi mendongak apabila dipanggil gadis itu. Yoongi dapat melihat wajah hyu rin dengan jelas. Berdarah, tapi hyu rin dapat memberi senyuman yang mesra
"kalaulah saya berjumpa dengan awak dari awal lagi" menitis pula air mata hyu rin di wajahnya yang berlemuran dengan darah dan calar juga kesan robek diwajahnya.
Ketika itu, tangan hyu rin sudah memegang rahang atas mulutnya. Air mata lagi mengalir.
Yoongi dapat membaca tindakan hyu rin, cepat-cepat dia menghalang
"HYU RIN! ANDWAE!!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro