10
"ambik ni!!" rambut hyu rin sudah keputihan dengan tepung. Bobby dah siapkan segala benda dah untuk buli hyu rin harini
"hahahhahahah" gelak besar mereka macam menang judi
Yoongi hanya terdiam melihat segala seksaan bobby kepada hyu rin. Matanya hanya memandang sahaja perilaku bobby dan kawan-kawannya membuli hyu rin. Kepalanya tak luput dari tadi mengimbas benda pelik. Ya, segala aksi yang ganas yang pernah ditempuhinya berlegar difikirannya
"kau budak! Pegang benda ni" gunting serta anak patung arnab bobby berikan kepada yoongi
"aku nak kau kerat-kerat benda tu, kalau tak..." bobby mengugut yonggi. Serta dia menarik rambut hyu rin sekuat hati dan biarkan hyu rin meraung kesakitan
Mata yoongi terasa berpinar-pinar. Apa yang perlu dia lakukan. Selamatkan diri atau relakan diri dibuli setiap hari kalau tak mengikut arahan si pembuli ini
Pelbagai 'kenangan' buruk memenuhi kepalanya. Sungguh dia tak sanggup mengulangi semula semua benda itu
"woi cepatlah! Ok kau nak sangat kan" bobby mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Ia pisau lipat nampak macam baru di beli. Kemudian dia menganggkat lengan hyu rin dan meletakkan pisau itu di leher hyu rin pula.
"kau buang masa aku! Aku nak kau buat apa yang aku suruh, kalau tak budak perempuan ni naya aku buat" ugutan bobby kalini melebih sungguh. Agaknya memang nak masuk neraka cepat-cepat!
Air mata yoongi hampir jatuh. Tetapi sebagai seorang lelaki harusnya pertahankan air matanya.
Selepas itu dia mengerat-ngerat patung itu didepan hyu rin. Hyu rin sudah menitiskan air mata. Yoongi terpaksa. Kerana kalau dipertahankan hyu rin, sama juga nanti dia akan mengulang sejarah hitamnya. Lebih baik dia melepaskan diri dari semua ini atau ia akan memburukkan masa yang akan datang
"heh bagus budak" bobby hampiri yoongi sambil menepuk bahunya. Yoongi hanya menunduk ke bawah tak sanggup melihat wajah hyu rin.
Loceng sekolah mula dering di udara.
"jom guys and kau sekali budak hahahha" bobby beredar dengan kawan-kawannya serta yoongi.
Tinggal hyu rin seorang dibelakang bangunan sekolah itu. Dia mengutip kapas-kapas bertaburan ditanah.
Kemudian dipeluknya sambil menangis
"kau k-kau jahat yonggi" kata hyu rin dan mengetip bibirnya menahan tangisannya
• • •
"hiks hiks sampai hati kau yoongi" dari tadi suara tangisan hyu rin memenuhi bilik kecilnya itu.
Dia bukan kawan kau
"diam!!" segala barang diatas meja belajarnya ditolak sekuat hati. Bertabur semuanya di atas lantai
Kehidupan hyu rin makin tak normal. Selepas dia sudah mengalah dengan kehidupannya sendiri. Sudahlah tidak pernah merasai kasih sayang bapanya sendiri. Didera pula dengan ayah tiri dan hati di kecewakan begitu teruk.
"kau- kau memang bodoh hyu rin" dia menekup muka. Menadah segala titisan yang bocor dari matanya
• • •
Semua pelajar-pelajar sekolah berbisik apabila yoongi jalan dihadapan mereka. Begitu juga omma, makcik-makcik yang baru balik beli barang dapur berbisik-bisik bila omma lalu depan mereka. Kenapa tiba-tiba sahaja mereka dah mula menyingkir keluarga yoongi? Kata mereka , yoongi adalah sebab utama yang ayahnya mati. Ada juga kata yang yoongi membunuh ayah sendiri!
"yoongi! Yoongi! Buka lah nak!!" ketukan yang bertalu-talu di bilik yoongi dihiraukannya
"yoongi! Buka kalau tak pakcik pecahkan pintu ni!" kini suara pak cik Han memekakkan keadaan
"pergilah! Biar aku mati sendiri!!!" pisau lipat sudah siap dipergelangan tangannya dan dihiris
"aku memang tak layak hidup. Semua benci aku. Diorang pun bencikan omma juga. Keluarga aku macam sampah pula mereka pandang"
Bang!
"yoongii!! Ya tuhan! Cepat bawak dia ke hospital!" omma terus masuk ke bilik selepas pintu ditendang kuat oleh pak cik Han
• • •
"saya rasa baik awak berpindah saja. Mulakan hidup baru" pak cik Han memberi cadangan kepada omma
" baiklah. Kalau itu benda yang terbaik untuk yoongi" omma menjawab sayu. Seraya itu dia mengintai tingkap kecil yang menampakkan yoongi sedang terbarimg lemah diatas katil hospital.
Yoongi tak sedarkam diri selama hampir empat bulan. Ia kerana dia kehilangan banyak darah selepas dia mengelar tangannya dia kawasan nadinya.
"huh!!!" berpeluh-peluh dahi yoongi
"fuh, mimpi rupanya" dia mengelap peluhnya dan mengusap dadanya pula
Kemudian dia menyambung tidurnya semula. Tapi sukar. Memang kejadian disekolah tadi amat menyeksakan. Ia mengingatkan kejadian yang tidak disukainya itu. Sampai di bawa ke dalam mimpi
"oh tuhan ampunilah aku, dan aku berterima kasih kerana kau berikan aku lagi peluang" yonggi bertakafur
Memang perkara yang lalui dahulu hampir sama sekali dengan keadaan sekarang.
Pada mulanya bahagia sahaja keluarga yoongi dimata masyarakat. Sampailah mayat appanya dijumpai dengan kesan tikaman yang banyak dibadannya
Semua mula memandang aneh pada yoongi dan omma. Ada pula membuat fitnah yang dimana yoongi adalah punca kematian appanya
Tak cukup dengan masyarakat dirumah, disekolah pula yoongi dibuli teruk. Semua mula memulaukan keluarganya terutama sekali dengan yoongi yang setiap hari dibuli teruk.
Ia menganggu emosi mudanya.
Disebabkan tidak tahan dengan apa yang berlaku disekelilingnya, dia bernekad untuk menamatkan sahaja riwayatnya yang muda itu
Tetapi apabila diimbas kembali pula, memang itu perkara yang bodoh dalam sepanjang hidupnya yang dia lakukan. Mujur dia tidak mati dalam keadaan kekufuran
"argh! Apa kau buat tadi yoongi" dia mengengam rambutnya seraya duduk diatas katilnya pula
"mianhae hyu rin-ssi" perasaan bersalah pula menyelebungi dalam hati selepas mengingati pula adegan disekolah tadi
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro