1
Loceng sekolah berbunyi bahawa ia menandakan waktu kelas pertama sudah tamat
Kini giliran Pn.Eun masuk untuk mengajar subjek sejarah
"kelas bangun! Selamat sejahtera cikgu" Kai, sebagai ketua tingkatan kelas 4A-2 mengetuai pelajar disitu
"selamat sejahtera semua, duduk" Pn.Eun juga turut melabuhkan punggungnya di kerusi guru
"mengapa tak cukup sorang ni?" Pn.Eun kelihatan risau apabila jumlah pelajar didalam kelas tidak mencukupi seperti didalam rekod kehadiran hari ini
Tiba-tiba bunyi geseran yang membingitkan para pelajar datang dari koridor diluar kelas
"Lee Hyu Rin, mane awak pergi?" Pn.Eun serta merta menghampiri pelajar itu sambil bercekak pinggang
"saya ambik kerusi dan meja dari stor. Kerusi meja saya hilang pagi tadi" jawab pelajar itu sambil menunduk. Takut untuk memandang muka guru puaka dihadapannya
"dah pergi" guru tersebut terus 'menghalau' pelajar itu untuk ke tempatnya
Dia menarik kerusi dan meja itu dgn perlahan bagaikan tiada tenaga langsung. Bunyi berdesing! Mengilukan telinga sahaja
"sesiapa tolonglah dia!" Pn.Eun masih tidak berpuas hati meski pun dia baru memulakan kelasnya
Pagi-pagi lagi sudah menaikkan amarah guru
"kamu pelajar baru, tolong dia" guru tersebut menghulurkan pembaris panjangnya kearah pelajar yang dihadapan sekali
Dia terpinga bercampur dengan perasaan enggan menolong. Tetapi dia harus mengakur segala arahan agar guru tersebut tidak memanjangkan bebelannya dipagi ini
Mereka berdua mengangkat meja terdahulu kemudian kerusi pula. Mata pelajar perempuan itu sempat lagi menjeling melihat muka tampan jejaka dihadapannya. Khabarnya dia seorang pelajar baharu. Dia mengambil kesempatan untuk menatap muka tersebut walaupun hanya sekejap
"kamsahanida" dia menunduk tanda menghargai pertolongan itu meskipun tiada riak keihklasan darinya. Tiada apa reaksi ditonjol oleh pelajar baharu itu. Dingin sungguh!
Kedudukan mejanya sangat terpencil dari pelajar yang lain. Dibelakang sekali dan hujung tingkap menjadi tempatnya. Selama ini dia sudah terbiasa dipinggir oleh rakan sekelas kerana dia masih lagi tidak pandai bergaul walaupun sudah mencapai 16 tahun. Atau, mungkin mereka berasakan jijik untuk berkawan dengannya agaknya
Habis cacat cela timbul didalam kelas itu selepas dia menukar meja dan kerusi baharu. Meja dan kerusi yang dibawa berlainan warna dari yang lain. Semua mejanya berwarna putih kecoklatan manakala mejanya pula berwarna biru sama seperti kerusinya
Set meja dan kerusi yang sudah lama. Jelas dengan contengan oleh bekas-bekas pelajar yang pernah menggunakan meja itu
"budak-badak zaman sekarang ni memang pemalas betul!" Pn.Eun memyambung bebelannya. Habis lupa topik yang nak diajarkan untuk anak-anak muridnya
From author:
Silalah support penpik baru titew ni
Nak share? Silakan
Make sure vote
Kalu tak, aku pacak kerusi kat kepala ko
:)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro