Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 15

Beberapa bulan kemudian...

NURIN AIRA menutup pintu kereta Myvi ungunya dengan perlahan-lahan. Pantas kakinya mengatur langkah menuju ke lif untuk naik ke pejabatnya di tingkat lapan. Dia tidak sangka yang Suraya sanggup membeli semula kereta yang dijualnya kepada pembeli lain, dan menyerahkan kembali kepadanya.

Awalnya dia menolak, dia tidak mahu kereta itu. Dia rela naik teksi ke tempat kerjanya. Tetapi apabila Suraya menyatakan itu sebagai hadiah untuknya sempena ulang tahun kelahirannya, dia terpaksa terima. Dia tak sanggup menghampakan Suraya.

Terasa waktu berjalan dengan pantas. Pada hari ulang tahunnya tiga bulan lepas, dia menerima dua perkhabaran. Satu berita baik dan satu berita buruk. Berita baiknya, dia menerima semula keretanya yang dihadiahkan oleh Suraya. Pada waktu malam, dia dikejutkan dengan berita kematian adiknya, Nazim yang dalam perjalanan pulang dari surau. Adiknya dilanggar oleh pemabuk.

Berita itu sangat mengejutkannya. Malam itu juga dia bergegas pulang. Mujur Suraya sudi menemaninya. Alhamdulillah, dia selamat sampai ke kampung sebelum arwah dikebumikan. Sempat dia menatap wajah pucat bercahaya itu.

Nurin Aira perasan akan perubahan adiknya ketika dia pulang ke kampung untuk menjaga emaknya. Adiknya itu banyak mendiamkan diri. Pernah dia perasan, selepas solat isyak, adiknya itu menangis teresak-esak. Adiknya itu menyatakan dia bersalah. Tetapi dia tidak faham akan maksud itu.

"Lif dah lama terbuka. Tak nak masuk ke? Atau tunggu saya?" bisik Syed Ilham ke telinga Nurin Aira.

Nurin Aira mengucap. Mujur sahaja dia tidak melatah.

"Errr, nak masuklah ni!" Pantas Nurin Aira membuka langkah ingin masuk ke dalam perut lif. Tiba-tiba dia terasa lengannya dipegang seseorang. Lantas dia berpaling.

Syed Ilham terus melepaskan lengan Nurin Aira. Dia sendiri tidak sangka dirinya seberani itu.

"Awal awak sampai hari ini," tegur Syed Ilham. Dia ingin menutup rasa malunya atas perbuatannya itu tadi.

Nurin Aira pantas melihat jam tangannya. Memang awal pun. Hari ini, Suraya yang ingin menghantar Alia ke tadika. Jadi dia terus ke tempat kerja.

"Haah, saya tak hantar anak saya ke tadika hari ini. Tu yang cepat sampai itu." Terus terang Nurin Aira memberitahu. Syed Ilham sudah sedia maklum akan hal itu.

"Oh... Awal lagi ni. Jom teman saya sarapan. Saya belanja." Syed Ilham mengajak. Sebenarnya dia sudah sarapan di rumah, tapi sengaja dia mengajak Nurin Aira. Untung-untung, Nurin Aira terima. Dapat jugalah dia meluangkan masa dengan Nurin Aira.

Nurin Aira tersenyum. Tahu-tahu aje aku tengah lapar.

"Boleh juga. Saya pun tak sarapan lagi."

Tersenyum lebar Syed Ilham. Yes!

TENGKU Shamil menatap gambar yang berada di dalam bingkai itu dengan perasaan sayu. Gambar dia memeluk arwah isterinya dari belakang yang diambil ketika mereka bercuti di Paris beberapa tahun lepas. Arwah isterinya itu tersenyum lebar. Pantas dia mencium bingkai gambar itu. Wajah wanita kacukan Melayu, Belanda dan Arab itu diperhatikan lama. Sungguh, dia sangat merindui wanita itu.

Aisyah meninggal selepas sebulan koma. Sebak hatinya mengingati peristiwa itu. Walaupun sudah dua bulan arwah meninggalkannya, dia tetap dapat merasakan kehadiran wanita itu di sisinya. Bau, percakapan, senyumannya semua masih segar di ruang mata Tengku Shamil. Dia tidak boleh melupakan itu semua.

Kedengaran pintu biliknya diketuk dari luar. "Masuk."

"Encik, tetamu encik sudah sampai," beritahu Anira, setiausaha Tengku Shamil.

"Suruh dia masuk. Anira, awak tolong buatkan air, ya?"

Tengku Shamil pantas meletakkan kembali bingkai gambar itu atas meja kerjanya.

Dua orang lelaki pantas melangkah masuk ke dalam bilik Tengku Shamil setelah diarah oleh Anira. Kedua-duanya memakai jaket hitam. Seorang berambut pendek dan seorang lagi berambut kerinting. Kedua-duanya berbadan sasa.

"Saya Elex dan ini Rizky." Lelaki berambut pendek itu memperkenalkan diri.

Setelah memperkenalkan diri mereka dan bersalaman, Tengku Shamil mempersilakan Elex dan Rizky duduk.

"Saya rasa awak tahu apa tujuan saya suruh awak ke mari, kan?"

Elex dan Rizky mengangguk.

Pintu bilik diketuk sekali lagi. Anira masuk sambil menatang dulang. Setelah Anira keluar, barulah Tengku Shamil memulakan percakapan.

"Kejadian ragut itu berlaku di hadapan Hotel Primula di Terengganu dalam tiga bulan lepas. Ada dua orang lelaki yang menaiki motor jenis EX5. Warna motor itu merah." Tengku Shamil mengingati semula kejadian yang meragut nyawa isterinya.

"Kejadian itu berlaku awal pagi. Kalau tak silap dalam pukul lapan lebih."

Elex mencatat segala maklumat penting yang keluar dari mulut Tengku Shamil. "Tengku ingat tak wajah lelaki itu?" Elex bertanya.

"Saya tak nampak muka dia. Dua-dua pakai helmet cermin gelap." Tengku Shamil mengeluh.

"Lagi apa yang Tengku ingat?" Rizky pula bertanya.

Tengku Shamil cuba mengingati semua. Kemudian dia menggeleng.

Elex dan Rizky berpandangan.

"Maklumat yang Tengku bagi sedikit sangat. Kami perlukan beberapa maklumat lain."

"Saya hanya ingat setakat itu sahaja."

"Tak apa, Tengku. Tindakan pertama kami, kami akan cuba dapatkan CCTV pada hari berkenaan," ujar Rizky.

"Kejap... Saya ingat nombor plat motor tu." Tiba-tiba Tengku Shamil mencelah. Ketika kejadian, memang dia perasan nombor plat motor itu.

Elex dan Rizky tersenyum lega. Ini akan memudahkan kerja mereka.

"Berapa Tengku?"

Tengku Shamil lantas mencatat sesuatu pada sticky note di hadapannya.

"Ini nombornya... Ya. Saya ingat."

"Tengku pasti?" Elex bertanya.

"Saya sangat pasti." Tengku Shamil tersenyum. Dia memang yakin.

Setelah mencatat maklumat penting dan berbincang apa yang patut, Elex dan Rizky meminta diri untuk menjalankan tugas mereka.

"Sekejap," panggil Tengku Shamil.

Pantas tangannya mengeluarkan dua keping sampul surat dari dalam lacinya. Sampul surat berwarna koko itu dihulurkan kepada Elex.

"Dalam sampul ini ada tiga ribu ringgit dan lima ribu ringgit. Yang lima ribu ringgit itu sebagai bayaran pendahuluan dan tiga ribu ringgit itu sebagai belanja untuk awak berdua semasa di Terengganu nanti."

"Terima kasih, tengku. Kami pergi dulu."

"Ingat! Saya nak awak berjaya kesan dua orang peragut tu. Saya nak ajar dia cukup-cukup." Tegas suara Tengku Shamil.

"Baik, tengku."

"Saya bagi awak masa tiga bulan untuk selesaikan hal ini. Selepas tiga bulan, awak datang jumpa saya lagi di sini. Ingat, saya bayar mahal kat awak, jadi saya harap awak dapat selesaikan tugas dengan baik. Wang belanja kalau tak cukup awak call aje saya. Saya akan masukkan dalam akaun awak."

Setelah kelibat Elex dan Rizky hilang, Tengku Shamil pantas mencapai semula gambar itu. Direnung penuh kasih wajah wanita itu.

"Abang minta maaf, sayang. Abang terpaksa mungkir janji dengan Sya untuk terima apa yang berlaku dengan reda. Abang minta maaf. Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balas dendam atas perbuatan mereka. Biar mereka rasa apa yang Sya rasa."

Tengku Shamil telah berjanji kepada diri sendiri akan mencari peragut isterinya sampai dapat. Dia ingin mereka merasai apa yang dia rasa. Kehilangan orang tersayang memang sakit. Dia harus membalas dendam.

"YA Allah. Aku mimpi apa ni?" Nurin Aira meraup mukanya. Tangannya mengesat peluh di dahi. Sudah pukul tiga suku pagi. Pantas Nurin Aira bangun dari katil menuju ke meja kerjanya. Sempat tangannya membetulkan selimut di badan Alia lalu dia mencium dahi anaknya itu.

Dicapai bingkai gambar keluarganya lalu dicium bertalu-talu.

"Apa maksud mimpi aku tadi? Kenapa arwah Azim muncul dalam mimpi aku? Adakah kerana aku terlalu merindui dia? Tapi kenapa wajah wanita itu turut serta dalam mimpi aku?" Nurin Aira berbicara sendiri sambil menatap wajah arwah Nazim yang berada di dalam bingkai itu.

Dia pelik. Kenapa Aisyah turut serta dalam mimpinya? Apa maknanya itu? Wanita itu tersenyum manis kepadanya. Mereka tiada apa-apa hubungan tetapi bagaimana dia boleh mimpikan Aisyah?

Ah... Mimpi hanya mainan tidur. Nurin Aira tidak mahu fikir lagi. Dia juga pernah bermimpi pasal Dr. Haikal suatu ketika dahulu, tapi tak pernah terjadi apa-apa pun.

Nazim? Ya, sejak akhir-akhir ini dia kerap bermimpi pasal adiknya. Dia amat merindui lelaki itu. Kerap kali arwah adiknya muncul dalam mimpinya. Lelaki itu seperti ingin menyatakan sesuatu. Macam ada rahsia tersendiri. Kenapa dengan arwah? Nurin Aira masih mengingati ketika dia dan Alia ingin pulang ke KL pada waktu malam dengan bas, Nazim memeluknya erat. Adiknya itu juga menangis. Apa yang pasti, adiknya tidak pernah berperangai seperti itu.

"Kak, Azim nak minta maaf. Azim dah hancurkan perasaan akak dan emak. Azim anak tak guna. Azim dah kecewakan keluarga." Kata-kata Nazim masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia tidak faham akan makna kata-kata Nazim itu.

Nurin Aira meletakkan kembali bingkai gambar itu. Dia tak tahu apa yang ingin diperkatakan oleh Nazim dalam mimpinya. Dia tiada apa-apa petunjuk. Dia hanya mampu berharap semoga arwah adiknya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Dia sudah mengampunkan segala dosa adiknya, walaupun lelaki itu pernah mengecewakan dia dan keluarga suatu ketika dahulu.

SELESAI membasuh mukanya, Tengku Shamil menuju ke balkoni biliknya. Niatnya untuk tidur sudah hilang serta-merta sebaik mendapat mimpi itu.

Apa makna mimpinya tadi? Adakah kerana dia terlalu merindui Aisyah? Isterinya muncul dalam tidurnya. Tapi kenapa ada dua orang wanita dalam mimpinya? Siapa wanita yang seorang lagi? Dia tidak mengenali wanita itu.

Aisyah seakan-akan marah kepadanya. Adakah kerana dia telah memungkiri janji? Aisyah langsung tidak tersenyum kepadanya. Malah Aisyah memegang tangan wanita itu lalu terus menghilang dari mimpinya.

"Siapa wanita itu? Kenapa dia boleh muncul dalam mimpi aku? Apa hubungan Sya dengan wanita itu?" Puas dia memikirkan apa maksud mimpinya itu.

Pening kepala Tengku Shamil memikirkan pasal mimpinya. Kerap kali dia bermimpi benda yang sama sejak ke belakangan ini. Adakan ini suatu petanda? Tapi petanda apa?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: