Bab 9
Naik lenguh kaki Lila. Sejak dari tadi mereka berdua berjalan di kawasan Mall yang besar ini. Hampir dua jam juga mereka berjalan. Barang di tangan Pekin boleh tangan banyak juga. Sudahlah Lila masih berpakaian sekolah. Hanya Pekin yang sudah menukar kepada t-shirt biasa.
"Awak nak cari apa lagi?"
Pekin tak menjawab. Selamba dia masuk ke kedai yang menjual pakaian berjenama mahal. Lila terpaksa mengekori lelaki itu dari belakang.
Lelaki itu ralit mencari saiz pakaian sendiri. Sesekali Lila tengok harga yang tertera di pakaian itu. Kalau dulu, mungkin dia mampu membeli walaupun harganya mahal tapi bukan sekarang. Banyak perkara yang dah berubah sejak mereka tinggal di sini.
"Kau tak nak beli ke?"
"Saya tak nak."
"Aku belanja. Kau pilihlah sehelai. Anggap upah kau teman aku hari ni."
Laju Lila menggeleng. Dia tak rasa membeli pakaian di sini satu keperluan. Membazir adalah.
Lila pandang ke sekeliling kawasan kedai itu. Tiba-tiba dia terpandang sesuatu. Dari jauh, dia nampak pasangan itu sedang bergelak ketawa sambil berpegangan tangan. Saat pasangan itu masuk ke kedai ini, spontan Lila tarik Pekin agar berdiri di hadapannya.
Kaku tubuh Pekin. Kepala Lila rapat di dadanya. Tertekan air liur lelaki itu. Makin laju jantungnya berdegup laju.
"Baju abang dah banyak. Masih nak beli lagi ke?"
"Minggu depan kita nak bercuti. Carilah yang baru."
Suara gelak ketawa pasangan itu makin menyakitkan hati Lila. Tak sedar baju di dada lelaki itu dicengkam kuat.
"Kau kenapa ni?" Pekin cuma tolak kepala gadis itu.
Bahaya ni. Nanti ada juga yang salah faham. Tapi makin kuat pula gadis itu mencengkam t-shirt miliknya.
"Eh, kau ni kena..."
"Tolong... kita keluar dari sini. Aku nak keluar dari sini..."
Lila angkat wajahnya sehingga mata mereka bertembung. Pekin tergamam. Dari raut wajah gadis itu, jelas Lila sedang menahan tangis.
Pada masa yang sama, Lila pandang ke belakang sedikit. Perbuatan gadis itu mencuri perhatian Pekin. Dia turut memandang ke arah pasangan itu.
Pekin yakin perubahan Lila disebabkan kemunculan pasangan itu. Tidak mahu bersoal jawab, dia menarik tangan Lila keluar dari kedai itu. Sebaik saja mereka tiba di kawasan tempat letak motosikal, Lila masih berdiam diri.
"Kau okey tak?"
"Saya nak balik." Hanya itu yang dibalas oleh Lila.
Pekin garu kepala yang tidak gatal. Misinya masih belum berjalan. Nak tak nak, dia perlu selesaikan hari ini juga.
"Kita makan dulu. Lepas makan, kita balik."
"Dah lewat ni. Kita makan dekat rumah."
"Sekejap aje. Aku teringin nak makan laksa. Jom."
Jatuh kedua bahu Lila. Ikutkan hati, dia lebih rela balik sendiri. Tapi duit di tangannya dah tak banyak. Terpaksalah dia menurut kehendak Pekin.
😬😬😬😬
Berselera Pekan menjamah makanan. Hanya dia yang tidak mampu menelan makan selepas kejadian tadi. Perasan bencinya terhadap wanita itu semakin menebal.
"Saya nak ke tandas."
Lila tinggalkan Pekin di meja seorang diri. Dia perlu tenangkan diri terlebih dahulu. Takut air matanya gugur di hadapan Pekin. Satu kerja pula dia nak jelaskan nanti.
Lama dia termenung di hadapan cermin bilik air. Tipulah kalau dia tak rindukan wanita itu. Namun setelah dia melihat wanita itu baik-baik saja tanpa dia dan ayah, Lila dapat rasakan wanita itu lebih bahagia sekarang.
Hampir 10 minit kemudian, barulah dia keluar dari bilik air. Dia berjalan lemah menuju ke meja. Langkahnya terhenti mendadak. Hanya ada beg sekolah miliknya di atas kerusi.
"Mana Pekin?"
Lila mencari kelibat lelaki itu. Beg sekolahnya digalas ke bahu. Makanan dan minuman lelaki itu sudah habis dijamah. Baru dia perasan ada nota kecil ditinggalkan di atas meja.
Kau balik sendiri. Aku ada hal. Jumpa di rumah. Makanan dan minuman aku dah bayar.
Hampir rebah Lila di situ. Sudahlah di tangan dia sekarang hanya ada lima ringgit. Mana cukup dia nak balik ke rumah dengan menaiki kereta sewa.
Sekarang sudah hampir jam tujuh malam. Cepat-cepat dia keluar dari kedai itu untuk mencari kenderaan awam.
Puas dia mencari perhentian bas. Tak sedar air matanya jatuh ke pipi. Tergamak lelaki itu tinggalkan dia di sini seorang diri.
Nak hubungi lelaki itu, telefonnya ada di rumah. Nombor telefon Pekin dia langsung tak hafal. Ada juga dia bertanya kepada orang yang lalu lalang di sini. Kata mereka, di kawasan ini tiada kemudahan bas.
Setelah hampir setengah jam berjalan, Lila putus asa. Dia duduk mencangkung sambil menangis teresak-esak.
"Pekin... kenapa tinggal aku?"
Hari semakin gelap. Itu yang merisaukan Lila. Tiba-tiba terdengar bunyi enjin motosikal yang kuat dari arah kiri. Laju dia menoleh ke arah itu.
Pekin matikan enjin motosikal. Cepat-cepat dia turun dari motosikal dan berjalan menghampiri Lila.
"Lila..."
Lali terus berdiri tegak. Dada lelaki itu ditolak kasar. Terundur Pekin ke belakang beberapa langkah.
"Kenapa kau tinggal aku?! Kau jahat!" Makin kuat tangisan Lila.
Pekin serba salah. Nasib baiklah dia tergerak hati nak kembali ke sini. Tak dapat dia bayangkan jika ada perkara yang buruk berlaku terhadap Lila.
"Janganlah menangis. Kalau cantik, okey juga kau nak melalak. Ni makin buruk."
Lila menjeling geram. Dek terlalu marah, selamba dia tarik hujung t-shirt lelaki itu dan dihembus sekuat hati hidungnya ke situ.
Terbeliak mata Pekin. Nak marah, dia sendiri yang buat hal.
"Jahat! Awak ni memang jahat mengalahkan setan!"
"Ya. Aku jahat. Dah, jom balik."
Pekin tarik lengan gadis itu yang masih berlapik. Topi keledar disarungkan ke kepala gadis itu. Mujurlah kali ini Lila menurut.
"Berhentilah menangis. Nanti Nak Jah nampak kau macam ni, aku juga yang menjawab. Aku janji tak akan tinggalkan kau macam tadi."
Dia naik terlebih dahulu di atas motor. Tongkat motosikal dinaikkan.
"Dulu ibu pun janji tak akan tinggalkan saya."
Tak jadi Pekin hidupkan enjin.
"Tapi akhirnya dia tinggalkan saya tanpa pesanan."
Lila kesat pipinya yang masih basah.
"Saya benci perasaan ditinggalkan."
Riak wajah Pekin berubah sedikit. Pertama kali dia dengar luahan gadis itu. Tiba-tiba gadis itu duduk di belakang motosikal miliknya.
Pekin hidupkan enjin. Bunyi enjin motosikal bergema di kawasan itu. Tangan Lila ditarik agar memegang sisi bajunya.
"Pegang aku kuat-kuat. Kali ni aku janji. Tak akan tinggalkan kau lagi. Sebab tu aku datang."
Ya.
Dia datang kembali disebabkan tak sanggup meninggalkan Lila.
😬😬
Sepatutnya semalam dah update tp sibuk kemas barang untuk ke PKNS Bangi. Yang berhampiran di sana , jemput singgah di sana. Pesta buku bermula esok hingga Ahad. Ada banyak buku terbitan rc dan MA di sana. Saya akan berada di sana sepanjang pesta berjalan ❤️
Next part, tunggu saya free ya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro