Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8

Masuk hari ni sudah dua minggu Dalila tinggal di rumahnya. Pekin terpaksa berkurung di dalam bilik atas arahan Nek Jah.  Nak makan pun, Nek Jah yang hantarkan ke bilik.

Bosan Pekin. Rasa tak bebas pula tinggal di rumah sendiri. Semalam dia baru bercakap dengan papa. Syukurlah papa selamat. Yang menjadi masalah sekarang, keadaan Encik Samad.

"Ayah Lila akan dibedah esok. Jangan beritahu Lila apa-apa. Kita tunggu keadaan ayah Lila selamat dibedah. Papa akan balik selesai urusan di sini."

Keluhan terlepas dari bibirnya. Tak dapat dia bayangkan kalau gadis itu tahu keadaan sebenar. Satu kerja dia terpaksa menipu.

"Woi!"

Terperanjat Pekin. Dia menjeling tajam ke arah Dafi. Berdekah ketiga lelaki itu ketawa.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Tuah sambil duduk di sebelah Pekin.

Dafi dan Bad duduk di hadapan Pekin.  Tadi mereka baru selesai menjawab kertas peperiksaan. Seperti biasa, Pekin orang pertama yang keluar walaupun masa peperiksaan belum tamat. Nampak macam hebat tapi sebenarnya, Pekin bukanya bersungguh menjawab peperiksaan.

"Ambil angin."

"Aku perasan beberapa hari ni diam aje. Ada masalah, beritahu mami." Risau juga Bad. Manalah tahu Pekin ada masalah.

"Aku okey. Tak perlu risau."

Malas Pekin nak berkongsi masalah. Lebih-lebih lagi tentang Dalila.

"Mana duit aku?" Tiba-tiba Pekin hulurkan tangan.

Ketiga lelaki itu bingung sambil memandang di antara satu sama lain.

"Duit apa?" Soal Tuah.

"Eh, buat-buat lupa pula. Kan aku dah dapat nombor budak tu. 300 ratus aku, jangan nak buat lupa."

Sekarang barulah ketiga lelaki itu faham. Dafi garu kepala yang tidak gatal. Bad lagilah tak senang duduk. Hanya Tuah yang masih beriak tenang.

"Bila korang nak bayar?"

"Lepas kau selesai buat satu lagi misi, baru kami bayar." Tiba-tiba Tuah bersuara.

Berkerut dahi Pekin.

"Misi apa?"

"Ajak dia keluar dan tinggalkan dia. Macam yang kami pernah bagi idea dulu."

Bulat mata Pekin. Baru dia teringat tentang rancangan awal lelaki itu.

"Kenapa kau diam? Jangan cakap kau tak sampai hati." Penuh sinis Tuah bercakap.

"Tak akanlah kau dah jatuh hati dengan minah tu." Dafi sengaja mencabar.

"Jangan merepeklah. Aku tak pernah suka dia dan tak akan pernah sukakan dia.'

Tuah mengangguk sambil berdiri. Dia berjalan dan mendekati Pekin.

"Bagus. Lepas habis final exam ni, kau ajak dia keluar. Bagilah kenangan manis dekat budak tu sebelum keluar dari sekolah ni."

Dafi dan Tuah ketawa kuat. Mereka saling bertepuk tangan. Bad pula nampak tidak senang dengan rancangan mereka. Pekin sekadar tersenyum kelat. Nak dibantah, risau akan menimbulkan keraguan. Ajak ajelah Dalila keluar. Macamlah dia tak biasa membuli Dalila.

🥴🥴🥴

Pekin mengeluh lemah. Teringat cabaran yang diberi oleh Tuah petang tadi, buat dia tak mampu lelapkan mata.

"Haish... yang kau nak rasa bersalah, dah kenapa? Budak tu bukan sesiapa pun dengan kau."

Dia berdiri tegak. Rambutnya diselak ke belakang. Tiba-tiba dia rasa panas duduk di bilik. Lebih baik dia keluar untuk mengambil angin di luar.

Ketika dia turun ke bawah, matanya sedikit mengecil. Jam sudah hampir pukul satu pagi. Jarang Nek Jah terlupa menutup lampu dapur. Langkah diatur ke arah dapur.

Belum sempat dia menutup suis lampu, tubuh Pekin menjadi kaku. Tak berkelip dia memandang kelibat yang sedang tidur di atas meja makan.

Perlahan-lahan, dia melangkah ke meja makan.  Kerusi ditarik sedikit. Dia duduk betul-betul berhadapan dengan gadis itu. Lama dia merenung wajah bersih Lila.

"Jangan buli sangat Lila. Kesian dia. Nak jenguk ayah dia, sekarang tengah periksa. Bagi dia bertenang."

Itu pesan Nek Jah. Dia pun bukannya kejam nak membuli Lila. Setakat arahkan dia buat air, hal kecil aje.

Tiba-tiba Lila terjaga. Tanpa sedar, Lila menguap besar sambil menggeliat. Saat matanya bertembung dengan Pekin, terus dia berdiri tegak. Nasib baik dia tak menjerit.

"Awak buat apa dekat sini?"

"Saja. Nak kejutkan kau, nampak sedap sangat tidur. Baguslah kau dah bangun."

Pekin turut berdiri dan ingin berlalu dari situ. Namun teringatkan hal petang tadi, dia pusingkan tubuh kembali.

"Esok paper kita yang terakhir kan?"

Lila angguk.

"Bagus. Esok habis exam, kau balik dengan aku ."

"Tak naklah."

"Okey. Jangan harap aku bawa kau pergi jumpa Pak Cik Samad."

Terpaksalah dia memberi ugutan. Seperti yang dia jangka, Lila terus berlari ke arahnya.

"Awak nak bawa saya ke sana?"

"Ehmmm."

"Okey. Saya ikut awak." Lila hadiahkan senyuman lebar. Berkelip-kelip mata Lila gara-gara gembira dengan ajakan Pekin.

Sekali lagi Pekin rasa masa seperti terhenti. Dia berdeham menghilangkan rasa debar. Cepat-cepat dia keluar dari dapur. Lebih baik dia tidur terus.

Parah ni...

Pandang muka Lila aje, jantung dia rasa macam nak terkeluar.

❤️❤️❤️

Lebar senyuman Dalila saat terpandang kelibat Pekin. Sengaja dia keluar lewat dari sekolah kerana tidak mahu ada sesiapa melihat dia balik bersama Pekin. Mujurlah Bella tak syak apa-apa.

"Pakai ni dulu."

Helmet dihulurkan kepada Dalila. Gadis itu sekadar menurut.

"Kita pergi makan dulu. Baru balik rumah."

"Tak naklah. Nanti kalau ada yang nampak..."

"Kita makan tempat jauh. Tak perlu nak takut sangatlah." Celah Pekin tanpa sempat gadis itu habiskan ayat.

Serba salah Dalila. Nak membantah, hanya lelaki itu harapan dia berjumpa ayah. Beberapa hari selepas dia tinggal di rumah Pekin, baru dia tahu ayah diserang sakit jantung.

Disebabkan ayah tak berapa stabil, ayah masih menerima rawatan di sana. Dia bersyukur papa Pekin masih ada di sana atas urusan kerja. Bolehlah Dato' Rizalman melihat keadaan ayah.

Pap!

"Auchh!" Spontan Dalila memegang kepalanya. Boleh tahan sakit juga kepalanya diketuk walaupun dia sudah memakai helmet.

"Berangan! Cepat naik."

Dahi gadis itu berkerut sedikit. Pelik dia dengan tingkah Pekin sejak semalam. Asyik nak marah-marah. Nak kata dia ada buat salah, tak ada.

Tanpa membuang masa, dia terus menaiki motosikal. Beg sekolah miliknya sengaja diletak di bahagian hadapan. Segan juga kalau tubuh mereka bersentuhan.

Pekin memecut laju motosikalnya. Tanpa pasangan itu sedar, Tuah, Dafi dan Bad memandang dari jauh.

"Kau tak pelik ke dengan apa yang kita tengok tadi?" Soal Tuah.

"Pelik juga." Balas Dafi.

Bad turut keliru. Dari cara Pekin mengajak Dalila tadi, macam nak cari gaduh aje.

"Aku dah lama syak mereka berdua tu dah lama kenal." Tuah tersenyum penuh sinis.

"Kenapa kau cakap macam tu?" Soal Bad.

Tuah keluarkan telefon bimbit. Dia suakan skrin telefon itu ke arah Dafi dan Bad. Seperti yang dijangka, keduanya terkejut besar.

"Hari tu aku nampak perempuan tu masuk dalam rumah Pekin."

Jatuh rahang Bad. Dafi masih tak percaya dengan gambar yang dilihat tadi.

"Dengan gambar ni, kita selamat dari bagi duit dekat Pekin. Aku jamin, lepas ni Pekin yang akan bayar untuk tutup rahsia dia."

Dafi dan Bad saling berpandangan. Mereka faham dengan apa yang cuba dirancang oleh Tuah. Bad rasa tak sedap hati. Janganlah Tuah sanggup membuat onar sehingga persahabatan mereka musnah.

🥺🥺🥺

Maafkan saya dah lama tak update. Sebenarnya baru saya perasan, ada bab saya guna Lila. Kadang Dalila. Aigooo...

Maafkan saya ya. Korang baca ajelah. Asal faham😬😬

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro