Bab 7
Cahaya yang terang menyukarkan untuk Dalila membuka kedua matanya. Pada masa yang sama, kepalanya masih pening.
"Alhamdulillah. Adik dah sedar."
Suara asing itu menerjah ke telinganya. Pantas Dalila bukakan mata. Terus dia bangun dari berbaring. Jantungnya berdegup laju.
"Saya dekat mana?"
"Adik dekat klinik. Tadi adik pengsan. Mereka bawa ke sini untuk adik terima rawatan. Ada rasa sakit dekat mana-mana lagi?" Soal wanita yang memakai uniform putih itu.
Dalila hanya gelengkan kepala. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang.
"Pekin! Mana kawan saya tu?!"
Hampir saja Dalila turun dari katil jika tidak dihalang oleh wanita itu.
"Sabar, dik. Tunggu doktor tengok keadaan adik dulu."
"Saya cuma nak tahu, kawan saya dekat mana sekarang?"
Wanita itu hanya tersenyum nipis. Tubuh Dalila dipaksa berbaring kembali.
"Tunggu ya. Kejap lagi doktor dan polis akan datang ke sini. Masa tu nanti, adik tanyalah kepada mereka."
Bulat mata Dalila. Polis!
Habislah. Dia tak boleh libatkan polis dalam kes ini. Risau dalang dalam kes ini akan ditangkap. Makin besar masalah keluarga Dalila.
Tak lama kemudian, muncul seorang doktor lelaki dan seorang anggota polis. Hampir 10 minit juga dia disoal siasat. Terpaksalah dia berbohong tidak mengenali lelaki tadi.
"Awak tak kenal dengan orang yang serang kamu berdua?"
"Tak. Saya baru pindah ke sini. Saya memang tak kenal dengan lelaki yang serang rumah saya."
Anggota polis itu mencatat setiap apa maklumat yang diberi. Setelah berpuas hati, barulah lelaki itu ingin beredar dari bilik tersebut. Namun Dalila cepat-cepat menghalang lelaki itu.
"Kawan saya macam mana?"
"Maksud awak, budak lelaki yang kena tangkap tadi?"
"Ya. Kawan saya tak bersalah. Tolonglah lepaskan dia."
Makin tebal rasa bersalah Dalila. Tak pasal-pasal lelaki itu ditangkap polis. Kata anggota polis tadi, mereka terpaksa menahan Pekin disebabkan hanya dia berada di lokasi.
"Saya nak keluar dari sini. Boleh bawa saya ke balai?" Dalila turun dari katil.
"Awak masih belum sihat. Lebih baik..."
"Saya nak keluar. Apa-apa yang berlaku, saya akan bertanggungjawab."
Serba salah doktor lelaki itu. Disebabkan Dalila masih di bawah umur, gadis itu perlu menunggu waris datang menjemputnya. Namun mereka gagal menghubungi ahli keluarga Dalila.
Setelah berbincang, polis tadi bersetuju untuk membawa Dalila ke balai. Dalila akur asalkan dia dapat berjumpa Pekin.
Nafas dihela berat. Besar harapan Dalila agar Pekin tidak mengenali lelaki yang menyerang mereka.
🥴🥴🥴
Tersengih-sengih Dalila sebaik saja Pekin keluar dari jagaan polis. Mereka berdua diarahkan duduk di ruangan menunggu. Disebabkan keduanya masih di bawah umur, nak tak nak terpaksalah mereka menunggu ahli keluarga masing-masing hadir.
"Awak okey?"
"Eh, aku okey. Seronok sangat masuk dekat dalam tadi. Kalah hotel lima bintang. Kenangan yang aku tak akan lupa."
Dalila terpukul dengan sindiran Pekin. Dia tunduk menekur jari sendiri.
"Awak janganlah marah. Saya pun tak sangka mereka nak masukkan awak ke dalam."
Pekin pejamkan mata menahan sabar. Memang dia marah. Nak salahkan budak pendek ni, tak guna juga. Gadis itu mangsa keadaan.
"Kau tahu tak apa yang buat aku marah?"
Dalila angkat wajahnya merenung wajah lelaki di sebelah.
"Mereka tuduh aku nak rogol kau."
"Seriuslah!" Terbeliak biji mata Dalila.
"Aku tak ada masa nak buat lawak dekat sini. Disebabkan kau, aku kena soal tak ubah macam penjenayah. Nasib baik diorang tak sumbat aku dalam penjara."
Dalila rasa bersalah. Bukan niat dia nak melibatkan Pekin. Hanya lelaki itu saja yang muncul dalam fikirannya ketika dia diserang.
"Kau kira bertuah. Bukan senang aku nak jawab panggilan telefon pagi-pagi buta."
Pekin tak menipu. Nak jawab panggilan papa pun susah. Entah angin apalah dia boleh menjawab panggilan Dalila.
"Saya minta maaf dah susahkan awak."
Mulut Pekin terherot-herot mengajuk kata-kata Dalila. Panas juga hati dia tadi. Tak pasal-pasal muka dia yang kacak dikatakan perogol. Main kasar betul polis tadi.
"Orang tua tu pun satu. Masa nilah tak dapat nak telefon. Lain kali, telefon tu buat pekasam."
"Awak pun tak dapat hubungi papa awak ke?"
Pekin gelengkan kepala. Disebabkan dia gagal menghubungi orang tua itu, terpaksalah dia dan Dalila merempat di sini.
"Saya pun tak dapat hubungi ayah."
Pekin toleh ke sebelah. Dari duduk bersandar, tubuhnya menjadi tegak.
"Pelik. Setahu aku, dekat sana bukannya tak ada line. Tak akanlah..."
Berdebar dada Dalila menunggu ayat dari mulut Pekin. Dalam fikirannya sekarang, hanya hal yang buruk saja.
"Hisy, tak payah fikirlah. Mungkin telefon diorang tak ada bateri." Pekin cuba sedapkan hati.
Laju Dalila mengangguk. Ya. Boleh jadi telefon Encik Samad kehabisan bateri juga. Tiba-tiba muncul seorang anggota polis di hadapan mereka. Spontan keduanya berdiri tegak.
"Awak Raja Rafiqin?"
"Ya, saya."
"Tadi kami dah berjaya hubungi ayah awak. Mereka sekarang ada di hospital."
Terperanjat mereka berdua. Keduanya saling berpandangan.
"Siapa yang sakit?" Laju Dalila menyoal. Nada suaranya sudah berubah cemas.
"Saya tak pasti. Cuma dia dah hubungi seseorang untuk bawa kamu berdua balik ke rumah. Sekejap lagi dia akan datang."
Dalila terduduk lemah di kerusi. Terasa hangat kedua matanya. Pekin yang sedar keadaan gadis itu ,turut duduk kembali di sebelah.
"Macam mana ni? Saya takut ayah..."
"Kau diam. Kau sebut aje perkataan yang bukan-bukan, mulut kau tu aku tenyeh dekat tapak kasut aku saiz 7."
Amaran keras diberikan kepada gadis itu. Bukan niat dia nak berkasar tapi hanya cara ini dia dapat menenangkan perasaan Dalila. Sekaligus dia juga tidak mahu terfikirkan hal yang menakutkan.
"Qin!"
Serentak keduanya memandang ke arah wanita bertubuh gempal itu. Dalila pantas meluru ke arah Nek Jah. Teresak-esak dia menangis di dada wanita itu.
"Dah jangan nangis. Nek Jah nak bawa kamu berdua balik."
Wanita itu cuba menenangkan Dalila. Saat dia terpandang wajah Pekin, matanya mencerlung tajam.
"Ni lagi sorang. Kenapalah buat sesuatu tak beritahu Nek Jah? Nak suruh Nek Jah mati terkejut ke?"
"Janganlah cakap macam tu. Qin sayang gila dengan Nek Jah." Pekin buat-buat muka nak menangis.
Nek Jah menjeling geram. Manalah dia tak marah. Tiba-tiba saja dia dapat panggilan dari Balai Polis. Hampir saja dia pengsan saat diberitahu Pekin dan Dalila terlibat dalam kes jenayah. Mujurlah hanya salah faham.
"Jom kita balik. Lila ikut kami balik,ya. Dato' dah pesan suruh bawa Lila tinggal di sana sampai mereka balik."
Pekin dan Lila saling berpandangan.
"Papa telefon Nek Jah?" Soal Pekin ingin tahu.
Nek Jah angguk. Dalila terus kehilangan ayat. Jika Dato' Rizalman yang menghubungi Nek Jah, maksudnya orang yang sedang dirawat di hospital ialah...
"Ayah Lila... dia..."
"Doa yang baik-baik. Lila kena kuatkan semangat ya." Nek Jah menarik tubuh itu masuk ke dalam pelukannya.
Makin kuat raungan Dalila. Pekin yang baru sedar sesuatu, turut tergamam. Jadi betullah apa yang dia fikirkan tadi. Ada sesuatu yang buruk menimpa pada diri ayah Dalila.
💔
Maafkan saya sebab dah lama tak update. Super duper busy 🥴
Kalau ada typo, harap dimaafkan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro