Bab 6
Dalila tarik selimut sehingga ke paras leher. Walaupun kipas di bilik tidak terpasang, tubuhnya masih menggeletar. Semuanya gara-gara perbuatan khianat Pekin siang tadi.
Balik dari sekolah, dia terus diserang demam panas. Perutnya masih belum diisi dengan makanan disebabkan dia tidak larat ke dapur .
Terpaksalah dia berbohong kepada ayah kononnya dia mengantuk dan mahu tidur lebih awal. Duduk seorang diri di rumah, mulalah Dalila nak menangis. Ini kali pertama dia ditinggalkan bersendirian.
Kalau dulu, ada ibu yang menemani dia jika ayah bekerja. Tapi sekarang, hanya tinggal kenangan. Air mata yang mengalir di pipi dikesat kasar.
"Lila tak akan maafkan ibu."
Kesalahan ibu terlalu besar. Sukar untuk dia terima apa yang pernah wanita itu lakukan kepada ayah.
Bam!
Spontan Dalila bangun dari berbaring. Dia pandang ke arah pintu bilik. Jantungnya berdegup laju. Bergegas dia turun dari katil dan bergerak ke arah cermin tingkap.
Belum sempat dia membuka pintu tingkap, ada bayang seseorang sedang berlari ke arah lain. Kaki Dalila terundur ke belakang.
Beberapa saat juga dia kaku berdiri di tempat yang sama. Nampak telefon miliknya di atas katil, pantas Dalila capai dan cuba menghubungi Encik Samad.
Hampir menangis Dalila apabila dia gagal menghubungi ayah. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang. Hanya lelaki itu satu-satunya harapan Dalila.
Krek...
Nyaris telefon di tangannya terlepas. Dia yakin ada seseorang cuba membuka cermin tingkap di bilik itu. Bergegas dia bersembunyi di bawah katil.
"Ya Allah. Selamatkan aku." Dengan tangan yang masih menggeletar, nombor lelaki itu didail. Mata terpejam rapat.
"Helo..."
Dalila tarik nafas lega. Syukurlah doa dia termakbul. Sedaya upaya dia cuba rendahkan suara.
"Pekin..."
Senyap.
"Pekin. Awak dengar tak?"
"Kau cakap apa ni? Kuat sikit suara tu."
"Tak boleh." Makin perlahan suara Dalila.
Pekin di hujung talian rasa nak campak telefon ke dinding. Menyesal pula dia angkat panggilan gadis ini.
"Kau jangan nak kenakan aku. Dah pukul dua pagi. Sekarang masa tidur. Bukan masa nak main guli."
Bang!
Terperanjat Dalila. Mulutnya ditekup laju. Spontan tubuh Dalila menggeletar.
"Bunyi apa tu?"
Kali ini Dalila tak mampu sembunyikan rasa takut. Esakan kecil terlepas juga.
"Hoi... kau dah kenapa?!" Keras nada suara Pekin.
"Awak... tolong saya. Rumah saya..."
Dalila tak mampu nak habiskan ayat. Suara dia dah tersekat-sekat gara-gara ketakutan.
"Kau dekat mana sekarang?"
"Bawah... katil."
"Tunggu situ. Jangan keluar sampai aku datang."
"Okey."
"Dan jangan matikan panggilan selagi aku tak muncul depan muka kau."
Ayat terakhir Pekin buat Dalila terdiam. Kali ini dia yakin lelaki itu bukan sejahat seperti yang orang lain katakan.
❤️❤️❤️❤️
Pekin tahan mengantuk. Dia perlu memenangi permainan ini. Bukan mudah untuk dia ke tahap sekarang.
"Yes! Sikit lagi nak menang."
Tiba-tiba permainan yang hampir ke penamat diganggu oleh panggilan dari seseorang. Sakit hati Pekin. Ikutkan hati malas dia nak jawab. Namun entah kenapa, ringan saja jarinya menyentuh butang terima.
"Helo..."
Sayup-sayup dia dengar suara gadis itu menyebut namanya. Dahi Pekin berkerut sedikit.
"Pekin. Awak dengar tak?"
"Kau cakap apa ni? Kuat sikit suara tu."
"Tak boleh."
Pekin rasa nak campak telefon ke dinding. Menyesal pula dia angkat panggilan gadis ini.
"Kau jangan nak kenakan aku. Dah pukul dua pagi. Sekarang masa tidur. Bukan masa nak main guli."
Bang!
Dari duduk bersandar, tubuh Pekin menjadi tegak. Pekin jadi tak sedap hati.
"Bunyi apa tu?"
Tiba-tiba dia terdengar esakan kecil dari hujung talian. Pekin berdiri tegak.
"Hoi... kau dah kenapa?!" Keras nada suara Pekin.
"Awak... tolong saya. Rumah saya..."
Dengar suara gadis itu tersekat-sekat, sah ada sesuatu yang tak kena. Pantas dia capai kunci motosikal dan jaket kulit miliknya.
"Kau dekat mana sekarang?" Kakinya bergerak laju ke arah pintu.
"Bawah... katil."
"Tunggu situ. Jangan keluar sampai aku datang."
"Okey."
"Dan jangan matikan panggilan selagi aku tak muncul depan muka kau."
Makin laju kaki Pekin berlari keluar dari rumah itu. Tanpa meminta izin dari Mak Jah, Pekin memecut laju motosikalnya menghala ke rumah Dalila. Dia bernasib baik kerana dia pernah ke sana ketika terpaksa menghantar gadis itu pulang ke rumah dahulu.
"Kau ada lagi tak?" Sengaja Pekin pasang pembesar suara.
"Ya. Saya ada."
Jalan yang lengang memudahkan Pekin memecut laju motosikal miliknya. Tak sampai lima minit, dia sampai ke destinasi. Pekin nampak ada sebuah kereta mewah tidak jauh dari rumah Dalila. Enjin motosikal dimatikan serta merta.
"Aku dekat luar rumah kau. Kau jangan keluar lagi. Biar aku tengok keadaan dekat sini." Panggilan itu dimatikan segera.
Pekin berjalan perlahan-lahan ke arah belakang dapur. Seperti yang dia jangka, ada seseorang sedang mengintai melalui cermin tingkap. Pekin capai batang penyapu yang ada di situ.
"Hoi!"
Jeritan Pekin mengejutkan lelaki bertopi itu. Pekin terus meluru dan dan cuba menangkap lelaki itu. Namun lelaki itu lebih pantas menendang perut Pekin.
Pekin jatuh tersembam ke tanah. Peluang ini diambil oleh lelaki itu untuk melarikan diri. Berkerut dahi Pekin menahan rasa senak di bahagian perut. Tidak mahu lelaki itu terlepas, Pekin cuba mengejar lelaki itu.
Tindakan pantas Pekin berjaya menghalang lelaki itu dari melarikan diri. Leher lelaki itu dirangkul dari belakang.
"Bangsat! Kau memang tak ada kerja lain ke?!" Jerkah Pekin. Dia nampak ada tanda di belakang leher lelaki itu.
Pintu rumah dibuka mendadak. Dalila terkedu melihat Pekin dan lelaki asing itu saling bergelut.
Pekin toleh ke sebelah. Belum sempat dia menyuruh gadis itu menghubungi polis, wajahnya menerima tumbukan yang sangat kuat. Berpinar kepala Pekin sehingga dia rebah ke tanah.
"Pekin!"
Dalila berlari mendapatkan Pekin. Hidung Pekin berlumuran darah. Lelaki yang menyerang Pekin tadi berjaya melarikan diri. Tiba-tiba muncul sebuah kereta di hadapan rumahnya. Wajah Dalila berubah riak saat lelaki itu masuk ke dalam kereta itu. Dia sangat kenal dengan pemandu di dalam kereta tadi.
"Sakit..."
Dalila pandang ke arah Pekin. Tubuh lelaki itu cuba diangkat tapi kudratnya terlalu lemah disebabkan demam. Terfikirkan apa yang berlaku tadi, kepala Dalila semakin berdenyut-denyut. Akhirnya dia rebah betul-betul di atas tubuh Pekin.
Terbeliak biji mata Pekin. Pantas dia bangun dan menolak tubuh Dalila jauh darinya. Baru dia perasan suhu tubuh Dalila panas.
"Panasnya." Tapak tangan Pekin melekat ke leher Dalila. Air liur diteguk perlahan-lahan. Baru dia perasan gadis itu tidak berhijab.
"Kamu buat apa tu?! Nak mencuri ke?!
Suara jerkahan itu mengejutkan Pekin. Pucat wajah Pekin apabila sekelip mata beberapa orang sudah ada di hadapan rumah Dalila. Gadis itu sudah selamat terbaring di atas ribanya.
"Err... assalammualaikum pak cik, mak cik."
Senyuman palsu dihadiahkan kepada tetamu itu.
Habislah dia...
Entah alasan apa yang perlu dia berikan selagi Dalila masih belum sedarkan diri.
😑
Haishh...
Tak memasal Pekin pula jadi suspek. Kan saya dah cakap, kali ni terlebih rajin pula nak update.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro