Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

Kecil besar Lila pandang lelaki di hadapannya. Memang sengaja betul nak uji kesabaran dia agaknya.

"Kenapa tak selesaikan soalan ni?"

"Aku tak reti buat. Kau buatkan untuk aku." Selamba Pekin keluarkan belon gula-gula getah dari mulutnya.

Lila pejamkan mata. Ikutkan hati, dekat sini juga dia tenyeh-tenyeh mamat ni. Menyesal pula dia setuju dengan tawaran ayah Pekin.

"Soalan ni, budak sekolah rendah pun boleh jawab."

"Ye ke? Kenapa masa aku sekolah rendah, tak reti jawab juga."

"Awak memang sengaja ke nak kenakan saya? Ini soalan tambah dan bahagi. Belum masuk lagi soalan mencabar. Kalau ini tak boleh jawab, itu bukan bodoh tapi hilang ingatan."

Hilang sabar juga Lila. Dah setengah jam dia mengajar tapi satu soalan pun Pekin masih belum selesaikan. Bukan dia tak perasan lelaki itu lebih suka mendengar muzik dari mendengar dia terangkan jalan penyelesaian.

"Saya nak awak jawab soalan ni."

"Apa? Aku tak dengar."

Dek terlalu geram, Lila keluarkan gunting dari bekas pensilnya. Laju dia menggunting earphone yang tersarung di telinga Pekin.

"Woi!"

"Sekarang mesti awak dah dengar dengan jelas. Nah, jawab soalan ni." Lila tayang senyuman lebar.

Tegang wajah Pekin. Habis rosak earphone kesayangan dia. Terus dia berdiri tegak.

"Kau tahu tak berapa harga barang ni?"

Lila julingkan biji mata.

"Awak kan anak orang kaya. Beli ajelah yang baru. Saya beli dekat pasar malam, sepuluh ringgit aje."

Terbuntang biji mata Pekin. Berani gadis ini samakan barang miliknya dengan barang di kedai murah. Pantas Pekin keluarkan telefon bimbit dan membuat carian melalui Google.

"Kau tengok ni?"

"Awak duduk sekarang. Jawab soalan ni."

Lila malas betul nak melayan Pekin. Sudahlah dia banyak lagi kerja sekolah nak disiap.

"Tengoklah!"

Lila merengus kasar. Nak tak nak, terpaksalah dia tengok juga. Mata Lila hampir nak tersembur. Laju dia mencapai earphone yang dia rosakkan tadi.

"Ini... erkk..."

"Sekarang kau dah tahu berapa harga dia."

"Err... tak akanlah mahal sangat."

"Kau jangan nak bandingkan kehidupan aku dengan kau. Earphone ni, aku beli dengan duit aku sendiri. Sekarang kau ganti. Kalau tak, aku sendiri beritahu papa untuk potong gaji ayah kau."

Menggelabah Lila. Terus dia berdiri tegak di sisi Pekin.

"Janganlah libatkan ayah saya. Yang salah saya."

"Jadi kau tahulah apa yang kau perlu buat sekarang."

Lila garu kepala yang tidak gatal. Mana dia nak cekau duit tiga ratus tu.

"Bagilah saya masa. Nanti saya bayar."

"Aku tak nak nanti-nanti. Sekarang."

"Awak jangan nak melampau. Saya memang tak ada duit banyak tulah. Sabarlah."

Pekin tergelak sinis.

"Ada aku kisah kau ada duit ke tidak. Macam nilah. Aku bagi jalan yang paling mudah untuk kau selesaikan hutang."

Wajah Lila dipandang dengan renungan nakal. Seram sejuk Lila dibuatnya.

"Awak... awak jangan nak... nak menggatal."

Pap!

"Aduh!" Pedih dahinya dijentik dengan jari kasar Pekin.

"Kau fikir apa ni? Otak tu jangan kotor sangat. Aku ni memang jahat tapi tak pernah lagi usik anak dara orang."

Lila mencebik tak percaya.

"Kau kena ikut cakap aku selama seminggu. Lepas seminggu, hutang kau tu, kira langsai."

"Ha?"

"No excuse. Cukup baik aku tak paksa kau bayar."

Lila rasa nak meraung di situ. Dia lebih rela keluarkan duit dari menjadi hamba Pekin selama seminggu. Tapi masalahnya, dia mana ada duit sebanyak itu.

Bencinya dia!

❤️❤️❤️❤️❤️

Nak tergelak Pekin. Dia memang sengaja tinggalkan kasut di rumah. Adalah alasan untuk dia kenakan gadis itu. Disebabkan dia tiada nombor Lila, terpaksalah dia hubungi Nek Jah. Lagipun dia tahu gadis itu ada di sana.

"Tadi kenapa tak bawa sekali?"

"Dah namanya tertinggal mak cik. Sekarang ni, kau bawa ajelah. Datang sebelum pukul 5.45. Kau lambat, aku tambah seminggu lagi."

"Tak nak!"

Pekin tahan ketawa.

"Bagus. Jadi datang ya. Aku tunggu." Meleret nada suara Pekin. Talian terus dimatikan.

Berdekah dia ketawa. Terhibur juga dia dengan telatah Lila. Tinggal dua hari lagi gadis itu terpaksa menjadi hamba dia.

Pekin melakukan senaman di luar padang. Lagipun, dia hanya memakai selipar. Hampir 20 minit menunggu, Lila masih belum muncul. Nak kata padang di kawasan taman ni jauh dari rumah dia, dekat aje. Janganlah Lila kenakan dia pula.

Berpeluh Pekin gara-gara berdiri di bawah matahari terik. Rakan-rakannya yang lain dah bersedia untuk masuk ke padang. Hanya dia yang masih belum bersiap.

"Cepatlah. Kau buat apa lagi tu?"

"Kau arahkan bebudak tu buat senaman ringan. 15 minit lagi kita main."

Bad berdiri tegak. Kedua tangannya berada di pinggang.

"Kau tunggu siapa?"

"Adalah." Pekin kesat peluh di dahi. Jujurnya dia dah mula gelisah. Kalau betul budak tu tak datang, memang dia tak dapat main hari ini.

Tak lama kemudian muncul Dafi dan Tuah. Mereka terus menerpa ke arah Pekin.

"Pekin. Kitaorang ada game baru. Kau mesti suka." Ternaik-naik kening Tuah.

Pekin hanya memasang telinga. Malas dia nak menyoal.

"Tadi kami jumpa budak yang baru masuk sekolah kita tu."

Dahi Pekin berkerut sedikit.

"Aku cabar Dafi. Antara kami berdua, dengan siapa yang dia akan bagi nombor telefon."

Serentak keduanya ketawa sambil menemukan kedua tapak tangan mereka. Bad gelengkan kepala. Ada saja perkara nakal yang muncul dalam fikiran rakan baiknya itu.

"Kali ni lagi advance. Kami nak ajak budak tu keluar makan. Lepas makan, terus tinggalkan dia dekat kedai makan."

Berdekah keduanya ketawa. Rahang Pekin dah bergerak-gerak sedikit.

"Kau orang ni, tak serik-serik." Bad mencelah.

"Janganlah berlagak baik sangat. Bukannya kau tak pernah buat." Dafi tumbuk sedikit bahu Bad.

Tuah pandang Pekin. Dari tadi lelaki itu hanya berdiam diri.

"Kau nak join tak?" Soal lelaki itu kepada Pekin.

"Apa habuannya?"

Dafi tersenyum nakal.

"100 ringgit."

Pekin ketawa kecil.

"Sikit sangat tu. Aku nak 300."

Ketiga lelaki itu saling berpandangan. Cuak juga wajah Dafi. Risau mereka tak mampu untuk sediakan wang yang diminta oleh Pekin.

"Ok. Aku setuju." Mudah saja Tuah bersetuju.

Dafi cuit bahu Tuah. Geram kerana lelaki itu membuat keputusan tanpa menunggu jawapan darinya. Mana dia nak cekau duit tu nanti kalau mereka kalau di tangan Pekin. Lainlah Pekin. Lelaki itu memang berduit.

"Rafiqin!"

Terperanjat Dafi. Serentak mereka berpaling ke arah suara itu. Mata Tuah dan Dafi terbeliak melihat gadis itu muncul di sini.

Lila campak kasut sukan ke arah Pekin. Mujur lelaki itu cekap menangkap kasut tersebut.

"Saya dah hantar. Puas hati." Belum sempat Lila berpaling, tangannya ditarik oleh Pekin.

Hampir saja wajah Lila tersembam ke dada Pekin. Laju Lila tarik tangannya kembali. Pijar wajahnya menahan rasa malu.

"Ambil ni."

Terkebil-kebil mata Lila melihat telefon di tangan Pekin.

"Nak buat apa?"

"Masuk nombor telefon kau sekarang."

"Tapi..."

"Sekarang." Tekan Pekin sambil bulatkan biji mata.

Masam mencuka wajah Lila. Terpaksalah dia menurut arahan lelaki itu. Dapat apa yang diminta, Pekin ambil telefonnya kembali. Selamba dia tolak kepala Lila untuk pergi dari situ.

Panas hati betul Lila. Hilang kelibat Lila, Pekin pandang ke arah kawan-kawannya.

"300 jangan lupa." Pekin bersiul sambil memakai kasut.

Jatuh rahang Dafi dan Tuah. Bad yang masih ada di situ turut terpaku.

😬

Maaf sebab dah lama tak update. Sekarang ni, sibuk siapkan MSS untuk PBAKL. Ada masa, kita cuba tulis ya bacaan di sini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro