Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

03: Mungkin Aku.

Tak betah aku duduk melangut kosong di meja belajarku, aku berencana untuk mengambil angin di luar rumah sebentar. Segera aku bangun dari kerusi yang kududuki tadi, sebelum aku menyambar hoodie aku yang tersangkut di tempat gantungan baju itu.

Alang-alang aku keluar mencari angin segar, boleh juga aku beli makan malam untuk aku malam ni. Tak adalah aku kelaparan bila ibu tidak memasak hari ini.

Setelah bersiap seadanya, aku segera keluar diri bilikku.

Misi aku malam ni adalah mencari makanan yang sedap-sedap dan makan puas-puas. Lagipun makanan memang terapi paling terbaik untuk kembalikan mood. Jadi sekarang aku perlukan makanan yang sedap untuk kembalikan mood aku. Yeah!!

Walaupun sejujurnya.... mungkin ia takkan dapat pulihkan semangat aku 100%.

Kalaulah... ada yang tanya, aku gembira tak dengan hidup aku yang sekarang?

Aku akan jawab ya, sambil berikan senyuman aku yang paling ceria kepada mereka. Kenapa? Sebab aku tahu... Kalau aku kata hidup aku menyakitkan pun, belum tentu mereka akan memahami keadaan aku. Mereka cukup sekadar bersimpati dan berusaha menyemangati aku, tanpa mereka tahu... apa yang aku betul-betul perlukan.

Jadi aku... cukup sekadar pendam rasa perit dengan hidupku ini, hanya untuk aku.

Kan?

Kalau Cinderella mendapat tuah dari kasut kacanya, yang tidak bertuah kerana hidupnya pula...

Mungkin aku.

-bersambung-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro