Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

01: Aku Tak Minta Lebih!


"Saya dah balik," dalam langkah tak bersemangat, aku cuba juga ringankan mulut untuk menyapa ibu saat aku masuk ke dalam rumah.

Ibu yang seperti sedang asyik menonton drama di kaca tv hanya abaikan aku. Dari raut wajah keruhnya aku dapat lihat, mood ibu seakan sedang tidak baik

Sah, ibu bergaduh dengan ayah lagi!

Aku yang dah lali dengan tingkah ibu yang akan badmood setiap kali lepas bergaduh dengan ayah, terus saja mengorak langkah untuk masuk ke bilik. Namun di saat langkah aku tiba di depan pintu bilik aku, suara ibu mula berbunyi...

"Aku tak masak hari ni. Kau pandai-pandailah cari makan sendiri. Lagipun aku hidup dalam rumah ni memang tak ada harga pun kan untuk korang. Cuma jadi orang gaji, hamba untuk korang, kan. Kalau aku tahulah dulu korang semua ni perangai macam ni—"

"Bamm!" Terus aku hempas pintu bilik aku sebaik aku masuk ke dalam bilik, semata aku tak ingin lagi dengar kata-kata ibu itu.

Tak, bukan tak ingin dengar. Tapi aku tak sanggup dengar. Kerana kata-kata dari ibu itu cukup tajam untuk hati aku.

"Tengok! Kau pun sekarang dah jadi macam ayah kau kan! Makin besar makin biadap! Kau dengan ayah kau sama je! Selalu buat aku sakit hati jelah!"

Suara laungan amarah ibu dari luar bilik aku pura-pura tak dengar. Tapi kerongkong dan hati aku mula perit, saat kata-kata ibu itu berjaya juga menembus gegendang telingaku tanpa rela.

Bibir aku diketap kemas, tangis aku cuba ditahan semampu boleh. Aku tak ingin menangis. Tapi kata herdikan ibu tadi cukup tajam melukai hati aku, hingga buatkan air mata aku jatuh juga akhirnya.

Dalam hati yang sebak dan sakit, esak kecil aku turut bergema, perit.

Tak... Kenapa aku yang perlu hadap semua ni? Kenapa aku yang perlu hadap amarah ibu, hadap keluarga yang bermasalah ni?

Tak boleh ke aku nak jadi macam remaja lain, anak-anak lain, yang hidup mereka tak punya masalah? Aku cuma nak jalani hidup aku dengan tenang.

Tuhan, aku tak minta lebih! Aku cuma minta ibu dan ayah aku bina keluarga bahagia yang sepatutnya untuk aku. Bukannya rumah neraka!

Tak boleh ke... aku minta satu benda tu cuma?

Aku tak minta lebih!

-bersambung-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro