08 - TITISAN DARAH
Daemon mengutip sebatang ranting kayu.
Poof!
Ia bertukar menjadi jambangan bunga mawar.
Jambangan bunga mawar kemudian dilemparkan ke udara.
Tiba-tiba jambangan bunga tersebut terus berderai menjadi kelopak-kelopak bunga mawar. Ia bertaburan tinggi di ruangan udara.
Si abang dan si adik kedua-duanya teruja. Mereka kagum!
Pof!
Satu jarum perak muncul di hujung jari Daemon. Ia dilemparkan tepat pada sehelai kelopak mawar. Poof! Jarum menghilng dan kelopak mawar bertukar menjadi percikkan darah.
Terbuntang biji mata Rick memerhatikannya. Percikkan darah terkena pada wajahnya. Ia berbau hanyir. Adison pula leka menghayati persembahan daripada Daemon.
Masih banyak lagi kelopak bunga mawar yang bertaburan di udara.
Kini berpuluh anak jarum muncul di setiap celah jari Daemon. Kali ini jarum tersebut lebih besar dan panjang.
Kesemua jarum tersebut dilemparkan. Semuanya tepat terkena pada kelopak bunga mawar yang masih terapung-apung diudara. Setiap kelopak bunga mawar yang terkena serta-merta menjadi percikkan darah.
Kini kawasan tersebut seolah-olah dihujani darah.
Adison, si adik ketawa kerana terhibur. Dirinya seolah-olah dipukau.
Rick mula tidak sedap hati. Dia perlu membawa adiknya pergi dari sini! Tetapi entah kenapa kakinya tiba-tiba terasa seperti batu dan tidak boleh bergerak.
Tubuhnya menjadi kaku. Cuma jantungnya sahaja yang berdegup! Berdegup dengan irama yang begitu kencang.
Kelihatan mata Daemon merenung dirinya. Lelaki yang mengakui dirinya seorang ahli silap mata tersenyum sinis.
Tidak! Dirinya telah terperangkap dengan sihir kegelapan!
Kelopak bunga mawar kini semuanya sudah lenyap di udara. Titisan-titisan hujan darah mula reda.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro