Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

07 - PERSEMBAHAN

"Apa yang kau nak?!"

Rick meninggikan suaranya.


"Aku nak hiburkan hati kamu berdua. Terutamanya buat si kecil yang comel ni."

Daemon melirikkan pandangan matanya pada Adison.

Rick terdiam. Dahinya berkerut.

"Abang? Kenapa muka lelaki tu macam tu?"

Adison terpinga-pinga.

Rick hanya sekadar menggeleng kepala. Dirinya dapat merasakan sesuatu yang kurang enak bakal berlaku.

"Kenapa wajah aku macam ni?"

Jari telunjuk ditundingkan pada wajahnya sendiri.

Adison mengangguk.

"Ini adalah solekkan semata-mata."

Daemon menjelaskannya sambil tersenyum dengan manisnya.

"Kenapa? Kau takut?"

Senyuman yang manis kini bertukar sinis.

"Hebatnya! Solekkan tu nampak macam betul! Terutama sekali darah yang macam mengalir daripada mata tu."

Si adik teruja.

"Kau budak yang berani."

Daemon tersenyum. Puji dengan ikhlas. Matanya kemudian melirik pada pokok di mana terdapat bangkai tupai yang dipakukan. Satu nyawa mampu dibunuh pada usia begini. Tak mungkin akan takut melihat wajah Daemon.

"Ya! Saya berani! Saya baru je bunuh seekor tupai!"

"Erm? Kenapa kamu bunuh haiwan kecil tu?"

Daemon bertanya bersama seulas senyuman. Kepalanya sedikit terlentok.

"Seronok! Saya suka! Saya hebat! Saya suka sangat. Saya dah biasa."

Adison melonjak kegembiraan. Usianya baru sahaja sembilan tahun dan dia sudah mampu membunuh. Bangga dengan dirinya.

"Aku nak latih adik aku supaya jadi berani dan tak takut dengan darah."

Si abang memberi penjelasan.

"Tapi abang kata untuk suka-suka?"

Balas si adik pula.

"Ya, lebih kurang."

Jawab si abang pula.

Daemon kemudian ketawa.

"Kenapa? Apa yang kelakar sangat? lagi satu..apa yang kau nak sebenarnya?"

Rick berkerut. Pelik. Pemuda ini sangat ganjil.

"Ah, lupa pulak!"

Daemon menepuk dahinya sendiri.

"Aku ada satu persembahan khas untuk kamu berdua. Kamu berdua adalah manusia terpilih.Bukan sebarang orang dapat tengok persembahan aku."

Daemon membongkokkan dirinya sekali lagi. Memberi penghormatan buat para penonton.

"Apa?"

Rick terpinga-pinga.

"Aku nak buat silap mata."


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro