06 - TUNDUK HORMAT
Tubuh haiwan kecil kini bertukar menjadi bangkai.
Ktak!
Jam randik ditekan semula.
"Lapan saat! Cepat jugak."
Rick menjongketkan keningnya.
"Adik berani! Tak takut darah."
Adison tersenyum puas sambil menjulang penukul.
"Selamat pagi..."
Satu suara tiba-tiba kedengaran. Seorang lelaki berdiri betul-betul dibelakang si adik.
Mata biru Rick terbuntang luas. Terkejut! Pantas menarik tangan Adison. Menjauhkan adiknya daripada lelaki aneh itu.
Pemuda berwajah pucat. Sebelah matanya bewarna merah dan sebelah lagi bewarna ungu. Pandangan matanya hanya redup dan kelihatan seolah-oleh mengalirkan darah. Pada sepanjang bibirnya terdapat kesan jahitan. Mulutnya juga bagaikan dilumuri kesan darah. Wajahnya kelihatan sungguh ngeri.
Namun pemuda itu hanya sekadar tersenyum dengan manisnya.
"Siapa kau?!"
Rick berteriak. Wajahnya cemas. Adiknya berada di dalam dakapannya.
"Aku Daemon."
Jawab pemuda itu selamba. Senyuman manis masih kekal bergayut dibibirnya seraya itu lelaki itu membongkokkan tubuhnya sebagai tanda tunduk hormat.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro