Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

05 - MEMANCUT

Adison meletakkan paku pada bahagian jantung haiwan kecil itu.

Rick pula menghulurkan penukul kepada adiknya.

"Baiklah! Dah sedia? Kita akan kira berapa saat tupai ini akan berhenti meronta."

Berhenti meronta? Dalam erti kata lain adalah mati. Si abang mengeluarkan jam randik daripada saku seluarnya.

"Baik! Adik sudah sedia!"

Penukul digenggam kemas. Paku mula ditekankan pada dada haiwan kecil itu.

"Satu dua tiga mula!"

Jam randik ditekan serentak dengan hentakkan paku yang pertama. Darah si tupai kecil memancut keluar.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro