04 - BERGELUT
"Abang, adik ada ambik paku yang lagi besar!"
Adison, si adik berlari-lari ke dalam hutan kecil menuju ke arah abangnya sambil membawa sebatang paku. Paku itu erat berada di dalam genggaman tangannya.
"Adison! Cepat!"
Rick teruja melihat kehadiran adiknya.
Kelihatan Rick sedang berdiri berhadapan dengan sebatang pohon yang besar. Sedang mengamati sesuatu pada batang kayu pohon itu
Seekor tupai yang dipakukan pada pokok.
Pada kedua belah tangan dan kaki haiwan itu dipakukan. Apa yang lebih memedihkan adalah kerana haiwan kecil itu masih lagi bernyawa. Kelihatan darah mengalir keluar daripada kesan paku. Tupai itu sedang bergelut dengan penderitaan maut yang sungguh menyeksakan.
🍃
Penderitaan itu mampu dirasainya.
Daemon perlahan-lahan melangkah memijak rumput. Hatinya entah kenapa terasa pedih. Sebelah matanya. Hanya mata sebelah kanannya lebat mengalirkan air mata. Matanya yang bewarna ungu itu seolah-olah memiliki kuasa untuk merasai sesuatu yang mendukakan.
Dia mampu mendegar rintihan yang memedihkan.
Mata kirinya pula langsung tidak menitiskan air mata. Matanya yang bewarna merah itu.
***This story is completed. You have to follow me and add this book in your library in order to read the rest of next chapters. Thank you.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro