Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TRIVIA&MAKLUM BALAS 👩‍💻

Assalamualaikum kepada pembaca setia KERANA AKU BUKAN DIA. Seperti yang kalian sedia maklum, karya ini telah pun tamat pada minggu lepas. Di kesempatan ini, Syaf ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kalian yang sudi menjadikan karya Syaf sebagai bahan bacaan 💕

Syaf juga mengharapkan karya ini dapat memberikan pengajaran secara langsung atau tidak langsung kepada para pembaca. Syaf juga harap pengakhiran bagi karya ini dapat memberikan kepuasan kepada kalian.

Seperti yang tertera dalam tajuk, Syaf akan merungkaikan trivia KERANA AKU BUKAN DIA sebagai perkongsian kepada kalian✌ (bagi sesiapa yang berminat nak tahulah) 🤗

Enam trivia Kerana Aku Bukan Dia:

1. Pada mulanya, nama heroin Naurah Hanan. Tapi disebabkan nama Hanan dah selalu dengar jadinya Syaf tukar kepada Naurah Afrina.

2. Begitu juga dengan nama hero yang pada mulanya Hudzaifah Aidan. Tapi Syaf tukar kepada Hud Aidan sahaja sebab nak pendekkan nama hero. Secara tidak langsung, Syaf tak sedar Syaf banyak guna nama nabi dalam karya ini 🤭

3. Untuk pengetahuan kalian, Syaf nak jadikan Zed (orang kanan Mirza) sebagai Umar 😄 Tapinya, karya ni dah cukup berat jadi Syaf tak jadi buat plot twist macam tu 🤭

Dia akan jadi berat sebab idea tu si Umar ni hilang ingatan dan kematian dia dipalsukan. Otak dia kena cuci dengan Yunus sebab Yunus nak balas dendam dan puaskan diri dia sendiri. Dibantu oleh Mirza.

4. Watak Dina dimatikan. Syaf tak jadi buat sebab Dinalah penggerak utama hero dan heroin kalau kalian perasan

5. Afrina dan Hud bercerai selepas Afrina melahirkan sepasang kembar. Sebabnya sebelum Afrina melahirkan, Hud diserang sehingga kemalangan yang membuatkan dia hilang segala memori bersama Afrina.

Bila dia dah hilang semua memori bersama Afrina, Farisha pula jadi orang tengah dan racun fikiran Hud sampai Hud menikah dengan Farisha.

Kalau Syaf tulis macamni mesti lagi stres pembacaan kalian 🤣

6. Sebenarnya Syaf nak cipta pekerjaan hero sebagai askar yang menghidap PTSD setelah diserang dalam misi kemanusiaan di Lubnan. Tapi, masa tu otak Syaf dah terlalu padat dengan online learning dan thesis.

Jadi, Syaf tak ada masa nak research pasal kehidupan seorang askar macam mana.

Okay, itulah enam trivia berkaitan Kerana Aku Bukan Dia. Makin berat bukan kalau konflik yang ada dalam trivia ni ditulis 😎

Sebagai penambahbaikan pada masa akan datang, Syaf perlukan feedback/maklum balas daripada kalian. Harap kalian boleh bagi sepatah dua kata 🤭 jawab jujur dari hati saja tau

1. Memandangkan karya ini mempunyai plot yang berat, adakah konflik dalam karya ini terlalu meleret?

2. Apakah pandangan anda mengenai penyelesaian konflik? Adakah terlalu cepat atau mempunyai lompong atau sebaliknya?

3. Apakah pendapat anda mengenai babak aksi dalam karya ini?

4. Adakah anda memperolehi pengajaran di dalam karya ini? Kalau ada, boleh jelaskan secara ringkas?

5. Adakah elemen misteri dalam karya ini menjadi atau sebaliknya?

Sekian, itu saja lima soalan sebagai maklum balas kalian 🤗

Akhir kata, sekali lagi Syaf nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kalian yang sudi membaca karya Syaf. Walaupun karya ini mempunyai plot yang berat, masih ada yang sudi membaca sehingga episod akhir.

Kepada pembaca yang juga merupakan penulis, teruskan usaha kalian dalam menghasilkan penulisan yang baik. Semoga apa yang kalian hajatkam tercapai.

Sekian 💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro