Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5

"HAH, makanlah, Qasim. Pandang apa lagi? Banyak ibu masak ni. Alang-alang rezeki kau balik hari ni." Puan Marisa mula mencedok lauk ayam masak lemak cili api ke dalam pinggan di hadapan Qasim. Wajahnya jelas ceria dengan kehadiran anak sulungnya itu.

   Buat pertama kalinya, waktu makan petang jadi meriah sebegini.

  "Eh, mestilah makan! Lama tak rasa masakan ibu ni. Terima kasih, ibu." Qasim tersenyum memandang Puan Marisa. Kemudian, dia memandang ke satu arah. "Itu isteri kau ke, Haq?"

  Qaulalhaq mengangguk malas. Dia menyuap nasi ke dalam mulut tanpa bicara. Sempat dia melirik memandang wajah Umayma. Gadis itu juga diam tanpa celoteh seperti biasa. Bukan dia sahaja malah dua budak kecil sesat itu.

  "Cantik isteri kau," puji Qasim.

  "Tak!"

  Semua memandang Qaulalhaq. Lelaki itu menarik nafas kemudian menghembus perlahan. "Kau kalau makan memang tak pandai nak senyap ke?"

  Berubah riak wajah Qasim. "Aku gurau je pun. Tu pun nak marah." Lelaki itu mencebik bagaikan budak kecil. Dia terus menyuap nasi berlaukkan ayam.

  "Gurau apanya, Qasim. Umayma tu isteri adik kau. Tak payah nak mengada. Cari isteri sendiri. Takkan adik ipar sendiri pun kau nak mengurat," sindir Encik Zakaria.

  Qasim menggaru kepala. "Kalau macam tu Qasim mengurat Haq jelah. Dua alam. Jantan boleh betina boleh."

  "Pak!"

  Qasim berdesis sakit. Dia memandang ibunya yang sudah merenung tajam. "Apa ni, ibu? Sakitlah..."

  "Apa ibu-ibu? Dah tak ada kerja? Ibu besarkan anak manusia tau bukan binatang. Binatang pun tak dua alam macam engkau ni. Nanti ada yang aku sebat, baru tahu." Puan Marisa menyembur laju. "Kau pun, cari isteri sendiri. Tak payah nak menyibuk dalam rumahtangga adik kau. Kalau susah sangat biar ibu yang carikan."

  Terkedu Qasim mendengar bebelan wanita itu. Dia terus memandang ayahnya. "Ayah..."

  "Eh, apa? Siapa kau ni? Anak kutip mana pula sesat dalam rumah aku ni?" Encik Zakaria mengabaikan anak sulungnya. Dia terus menyambung makan.

  Qasim hanya redha. "Hah, dua orang ni siapa pula? Tak pernah pula nampak. Tak tahu pula ibu ada anak lain. Ke anak kutip tepi jalan?" guraunya.

  "Bam!"

  Sekali lagi tujuh orang di meja makan itu memandang Qaulalhaq yang menghentak meja secara tiba-tiba. Lelaki itu merenung tajam Qasim yang tampak terkedu.

  "Kau jaga mulut kau." Pinggannya diambil lalu dibawa ke sinki. Usai membasuh pinggan dan cawannya, Qaulalhaq terus menuju ke bilik tidur.

  Umayma, Surfina dan Sufyan berpandangan. Mereka bertiga juga bangun daripada duduk. Mujurlah pinggan sudah kosong.

  "Terima kasih. Selamat malam." Ketiga mereka sempat mengucap kata sebelum berjalan terus ke bilik yang dimasuki Qaulalhaq.

  Encik Zakaria dan Puan Marisa berpandangan. Qasim terdiam. Qasyid pula makan tanpa mengendahkan sesiapa.

  "Kenapa tu?" soal Qasim.

✧✧☘✧✧

  Tiga hari berlalu selepas Encik Luqman datang melawat dan kembalinya Qasim ke rumah itu. Pagi Sabtu yang aman-damai itu dimulakan dengan pergaduhan mulut antara Qaulalhaq dan Surfina seperti biasa.

  Puan Marisa, Umayma dan Sufyan hanya mampu menepuk dahi. Tak tahu nak kata apa. Bergaduh sahaja kerja!

  "Hari ni Umayma ada nak pergi mana-mana ke?" tanya Qasim dengan senyuman. Kopi yang dituang Umayma ke dalam cawan di hadapannya diambil.

  "Hari ni Umayma nak pergi pekan. Ada Pesta Reka Cipta, jadi Umayma nak sertai," jawab Umayma. Dia mencedok bihun goreng ke dalam pinggan lalu dihulur kepada Qaulalhaq yang masih berperang mulut.

  "Oh, kalau abang nak ikut boleh?"

  "Bo..."

  "Tak boleh!" Surfina tiba-tiba mencelah. Pergaduhannya dengan Qaulalhaq terhenti. Garfu di tangannya diangkat lalu dihala ke arah Qasim. "Aya... Along kena ajar Surfina matematik! Along kan berbakat dalam matematik sampai nak jadi akauntan, jadi along kena ajar Surfina matematik!"

  Qasim menggaru kepala. Pulak dah! Dia mahu ikut Umayma pergi pertandingan itu. "Ala, nanti-nanti jelah ya, Surfina. Along..."

  "Apalah sangat kamu ni, along. Setakat teman dan ajar si Surfina tu, apalah sangat. Takkanlah ilmu kamu tu tak mahu dikongsi. Belajar tinggi-tinggi tapi disimpan sendiri apa gunanya?" tegur Puan Marisa yang sedari tadi hanya melihat perlakuan anak-anaknya. Suaminya menghilang entah ke mana. Ada sahaja orang tua itu mahu buat.

  "Tapi ibu..."

  "Tak ada tapi-tapi." Suara Puan Marisa bertukar tegas. Qasim hanya mampu mengeluh lalu mengangguk.

  Surfina tersenyum lebar manakala Qaulalhaq membuat muka. Sufyan dan Umayma menggeleng kepala.

  "Kau nak buat apa, kak?" bisik Sufyan.

  "Tsk, kau tak perasan ke ayah long tu. Asyik nak menempel je dengan ibu. Geram akak!" Bihun goreng dalam pinggannya dicucuk-cucuk geram. Surfina mendengus.

  "Perasan. Tak apalah, akak kacau ayah long. Adik akan buat kapal kita berlabuh dan maju ke hadapan!" Sufyan tergelak suka. Akibatnya, semua orang yang berada di dapur memandangnya aneh.

  "Kau dah gila?"

  Wajah Sufyan berubah mendengar sindiran Qaulalhaq. Dia mencebik sebelum menyambung makan.

  Tepat jam 11 pagi, Umayma dan Sufyan sudah berada di atas motosikal, menunggu Qaulalhaq yang masih berada di dalam rumah.

  "Cepatlah, Haq! Lambat nanti!" pekik Umayma. Hilang ayu, harap muka lawa tapi perangai macam gengster!

  "Sabarlah, ish!" Qaulalhaq akhirnya turun dengan sebuah helmet di tangan. Dia mengeluh melihat Sufyan yang berada di hadapan manakala Umayma di belakang. Kiranya dia di tengah, si pembawa motosikal.

  "Jom!" Melebar senyuman Umayma dan Sufyan.

  Perjalanan ke pekan tidak mengambil masa yang lama. Hanya lima hingga sepuluh minit sahaja. Lagi-lagi naik motosikal, lagilah!

  Suasana di pesta itu sangat riuh-rendah. Beberapa orang kanak-kanak berlari bagaikan ianya taman permainan yang lengang. Hei, kalau kau bunuh orang nanti macam mana? Aku dahlah berdendam dengan budak-budak dekat festival ini. Tak tengok Hotarubi no Mori E?

  Okey, kembali kepada topik. Qaulalhaq, Umayma dan Sufyan jelas kelihatan seperti keluarga bahagia. Qaulalhaq berada di tengah, terpaksa memegang tangan isterinya dan si budak kecil yang penyibuk tetapi comel. Protect and attack!

  "Mana?" tanya Qaulalhaq.

  "Sana." Sufyan menunjuk ke satu arah. Mereka bertiga terus melangkah laju ke sana. Umayma terus mendaftarkan namanya.

  "Okaylah, saya pergi beratur dulu. Kau orang pergilah tengok-tengok pesta ni. Mana tahu ada benda best! Nanti saya berdiri atas pentas, jangan lupa tengok tau!" Umayma menyalam tangan Qaulalhaq sebelum berlalu pergi dengan sebuah beg kecil.

  Qaulalhaq dan Sufyan berpandangan. Mereka berdua lantas melepaskan pegangan tangan.

  "Jom." Sufyan mengangguk sahaja. Dia mengekori ke mana sahaja Qaulalhaq pergi. Yalah, kalau berjalan ke sana-sini lepas tu terpisah dengan Qaulalhaq, tak ke susah?

  Sementara itu, Umayma dengan terujanya mengambil tempat di sebuah kerusi bernombor 17. Seorang lelaki bernombor 5 yang berada di atas pentas sibuk menerangkan alat ciptaannya. Agak lama sebelum gilirannya.

  Umayma melihat-lihat sekelilingnya. Semuanya berwajah serius. Nampak bijak pula itu. Rasa insecure pula, tetapi Umayma tetap positif!

  Satu jam 17 minit kemudian barulah tiba giliran Umayma. Dia berdiri di atas pentas dengan senyuman lebar. Matanya meliar mencari kelibat Qaulalhaq dan Sufyan. Apabila ternampak mereka berdua, gadis itu tersengih. Dia kembali fokus ke hadapannya.

  "Ehem! Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada juri-juri, para peserta dan hadirin sekalian. Nama saya ialah Umayma Shaheera, seorang pelajar berusia 17 tahun. Saya menghadiri Pesta Reka Cipta ini dengan sebuah rekaan yang sering saya idamkan!" Senyumannya melebar. Beg di sisinya diseluk lalu sebuah alat berupa lampu suluh dikeluarkan.

  "Ini dia, ciptaan saya! Sebuah mesin masa yang diringkaskan seperti lampu Doraemon!" Bersinar-sinar wajah Umayma apabila dia menunjukkan ciptaannya. "Cuma, saya masih belum siapkan memandangkan mesin masa ini agak kompleks."

  Umayma memandang juri-juri di hadapannya dengan wajah penuh harapan.

  "Sampah."

  Riak wajah gadis itu berubah apabila mendengar satu suara. "S... Sampah?"

  "Ya, sampah." Seorang lelaki yang berada di meja juri membetulkan cermin matanya. "Awak tahu kenapa saya kata sampah? Ini kerana mesin masa tak wujud dan tak akan wujud! Buatlah macam mana sekalipun, mesin masa tu tak akan menjadi. Jadi, ianya sampah. Awak bazirkan banyak masa. Lebih baik awak balik rumah dan belajar."

  Umayma jelas terkedu. Dia kaku bagaikan patung di atas pentas itu.

  "Betul tu. Kita tak akan dapat putarkan semula masa atau pergi ke masa depan. Awak ingat awak ni siapa? SPM pun belum lepas ada hati mahu buat kerja gila? Sudahlah." Kini, seorang lagi lelaki lain bersuara.

  "Dengan logik yang ada dalam kepala saya, sekiranya sebuah mesin masa itu wujud, itu bermakna dunia-dunia lain juga perlu wujud untuk mengembalikan awak ke masa yang awak mahu. Tapi kita hanya ada satu. Jadi, mesin awak sangat tidak logik." Jika tadi lelaki, kini seorang wanita tampil bersuara dengan nada tegas. Dia memandang Umayma dengan jelingan sinis.

  "Tapi..."

  "Balik rumah, belajar. Itu lagi baik. Kalau tak mahu belajar, awak boleh cari suami. Tak payah susah-susah peningkan otak awak." Lelaki pertama tadi menyambung kata. Riak terguris Umayma langsung tidak mengganggu hatinya. Entah ada belas kasihan atau tidak lelaki ini. Ingat Umayma itu tiada perasaan?

  "Balik. Sekalipun awak mahu sertai pesta ini lagi, lebih baik awak kembali dengan rekaan yang lebih baik dan logik. Bukannya sampah macam ni." Juri wanita terus menanda pangkah pada nama Umayma. Sudahlah ayatnya kejam, ditanda pula pangkah sebesar yang mampu dengan pen merah. Bukan sekali malah berkali-kali!

  Umayma rasa terhina. Bukan rasa, memang! Dia dihina tanpa menghiraukan perasaannya! Gadis itu terus berlari turun dari pentas.

  Suasana bertukar riuh dengan bisikan orang ramai. Ada yang memandang sinis, ada yang memandang simpati. Ada yang menghina Umayma, ada yang memaki para juri.

  Qaulalhaq dan Sufyan lantas berlari mengejar jejak langkah Umayma. Gadis itu menghilang entah ke mana.

  Sufyan mengetap gigi. "Tak guna."

  Qaulalhaq meraup wajahnya. Dia menghembus nafas. "Umayma..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro