Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

"PERGI dulu, ibu." Umayma bersalaman dengan Puan Marisa sesudah Qaulalhaq. Seterusnya, giliran Surfina dan Surfyan bersalaman dengan Puan Marisa sebelum mereka berdua pergi ke sekolah.

   "Pergi sekolah rajin-rajin, ya? Sufyan, Surfina." Puan Marisa mengusap lembut kepala Sufyan. Entah kenapa dia merasa seperti ada pertalian darah dengan budak berdua ini.

    "Baik, ibu." Sufyan akur dengan pesan itu. Puan Marisa sendiri menyuruh mereka berdua memanggilnya ibu.

    Hahaha, rasa kekok juga sebenarnya! Bayangkan... kau orang perlu memanggil nenek kau orang, 'ibu'. Mesti berbelit lidah, janggal untuk menyebutnya.

   Qaulalhaq yang perasan akan ketiadaan pensel kotaknya, menoleh ke arah Umayma. "Umayma. Aku terlupa nak ambil pensel box akulah. Kau tunggu sini, tau."

   "Hmm..." Keras sahaja nada suaranya. Umayma berpaling ke arah Surfyan dan Surfina. "Kau orang tunggulah dekat luar dulu. Nanti akak keluar juga."

   Qaulalhaq yang melihat senyuman di wajah Umayma merasa cemburu. Dekat aku, tiada pula dia senyum. Bila di hadapan budak-budak itu, boleh pula pamerkan senyuman manis itu! Tidak adil betul!

   Tidak mahu orang lain perasan riak wajahnya, Qaulalhaq segera masuk ke dalam biliknya untuk mengambil pensel kotaknya. Nanti kena bahan pula kalau kata dia cemburu.

   Surfina membetulkan kasut putihnya. Hahaha, rasa macam teruja pula pakai kasut sekolah berwarna putih. Yalah, di zamannya, semua murid pakai kasut sekolah berwarna hitam termasuklah murid biasa. Jarang ada yang menyarungkan kasut berwarna putih.

   "Wrebekk! Wrebekk!" Bunyi kodok menarik perhatian mereka berdua. Seronok betul kodok itu melompat ke sana-sini.

   "Papa!" Sufyan menjerit, rasa geli bercampur terkejut melihat kodok itu. Cepat-cepat dia naik ke anak tangga paling atas.

   "Hahahaha!" Surfina tergelak besar melihat reaksi Sufyan. Lupa pula yang Sufyan takutkan katak. Surfina sengaja tersengih ke arah Sufyan seperti mempunyai agenda tersembunyi.

   Takut-takut Sufyan bertanya. "Akak... kau jangan kata."

   Surfina kemudian terus berusaha menangkap kodok itu. Kodok itu pun macam... haih... kenapalah manusia ini cuba mahu tangkap dia? Baru mahu mengintai kodok betina yang lain. Setelah beberapa saat mengejar, akhirnya kodok itu berada dalam genggaman Surfina.

   "Akaaak..." Sufyan seperti mahu menangis melihat Surfina menghampirinya. Terus lompat dari tangga ke bawah. Banganglah akak dia ini.

   "Kau ini. Bukan kodok ini beracun pun mahu geli-geli." Surfina menggeleng melihat kelakukan adiknya. Takut teramat.

   "Umayma... takkan kau mahu marah aku lagi?" Suara Qaulalhaq mendekati pintu menghentikan usikan Surfina. Surfina kini dengan nakalnya berdiri di sebalik tangga.

   "Apa kau nak buat?" tanya Sufyan. Jaraknya sudah mencapai satu meter dari Surfina.

   "Tengok sahaja." Riak wajah Surfina menjadi serius dan beku. Dengan kodok itu sekali menayangkan muka serius. Tidak sabar mahu mengenakan 'mangsa'nya.

   "Awaklah. Suka kawal saya. Ingat saya patung awak ke?" Umayma membalas dengan nada tegang. Wajah Qaulalhaq langsung tidak dipandang.

   Qaulalhaq sudah menjejak tangga. "Umayma, dengar sini... aku mint..."

   "Wrebek!" Kodok dari tangan Surfina terlepas ke muka Qaulalhaq.

   Apa lagi? Qaulalhaq terus menjerit sekuat hati. Dua kali dengar, macam suara perempuan menjerit! Qaulalhaq berlari menuruni tangga, tidak tentu arah. Mahu alihkan kodok itu, rasa geli pula.

   "Aaaa!" Sufyan turut berteriak melihat Qaulalhaq menuju ke arahnya. Kaki pula terasa keras macam batu!

   Umayma turun dari tangga dan mengangkat kodok itu dari wajah kacak Qaulalhaq. Letak sahaja kodok itu ke rumput, kodok itu terus berlalu pergi.

   Mesti kodok itu tengah mencarut sekarang. Kurang asam punya manusia. Tidak pernah kacau hidup mereka, tiba - tiba angkat dia.

   Melihat rambut Sufyan dan Qaulalhaq yang kusut-masai membuatkan Umayma dan Surfina tergelak serentak. Sudahlah comot, muka pun macam baru lepas terlihat hantu! Kuat 'menganjing' betul mereka berdua ini.

   "Apa kecoh-kecoh dekat luar itu?' laung Puan Marisa dari dalam. Tidak mungkin ada Cik Ponti yang menjerit tadi.

   "Tak ada apa-apa ibu. Kodok saja." Umayma lembut menjawab kembali.

   "Kau dah kenapa menyenggeng dekat aku, budak kecil?" Qaulalhaq menegur Sufyan yang memeluk erat lengannya.

   Sufyan segera melepaskan pegangnya. "Maaf, saya takut katak."

   Qaulalhaq membetulkan rambutnya yang kusut disebabkan peristiwa menakutkan tadi. Dia ukir senyum sedikit melihat senyuman nipis dari Umayma.

   Qaulalhaq menggalas begnya. Dia berpaling ke arah mereka bertiga. "Dahlah, jom pergi sekolah. Kita hantar Sufyan dulu."

   Mereka berempat mula berjalan kaki ke sekolah. Memandangkan untuk ke sekolah menengah perlu melalui sekolah rendah, mereka menghantar Sufyan terlebih dahulu.

   Kodok tadi memerhati sahaja mereka berlalu pergi. Haih... berambus juga dia orang. Menyemakkan pemandangan dia sahaja. Katak itu terus meninggalkan batu itu. "Wrebek! Wrebek!"

✧✧☘✧✧

BEBERAPA HARI KEMUDIAN...

   Bunyi besi berselisihan bergema di sekitar bilik tidur itu. Sekali-sekala Umayma mengelap peluh yang terasa menitik di dahinya. Mardhiah hanya menghisap gula-gula susu sambil duduk memerhati Umayma.

   Mardhiah memandang toya ke arah Umayma. "Aku buat kerja sekolah. Kau pula... buat 'mesin masa' kau itu." Buku latihan Bahasa Melayunya ditutup. "Kau seriuslah nak buat mesin masa itu?"

  "Kenapa?" Nada suara Umayma berubah sarkistik. Muka Mardhiah langsung tidak dipandang. "Kau pun nak halang minat aku macam Haq ke?"

   Hari ini, Umayma dan Mardhiah ingin membuat kerja sekolah bersama-sama. Jadi, dengan terpaksa, Qaulalhaq memberi pinjam biliknya untuk digunakan dua orang perempuan itu. Lepak sahajalah di luar.

   Mardhiah berasa kekok melihat Umayma serius sebegini. Selalu ceria dan optimis sahaja. "Tak adalah... aku tanya saja."

   Wayar berwarna biru itu disambungkan ke lubang seterusnya. Selesai memasang wayar itu, Umayma berhenti seketika. "Maaf kalau aku serius sangat. Hahaha, macam Haq pula jadinya."

   "Aku dah lama... nak buat mesin masa ini. Sebelum kahwin dengan Haq lagi, aku dah berlumba buatkan mesin masa ini." Umayma memandang sekilas rangka mesin masanya. "Macam dalam drama, hahaha. Mana tahu boleh jumpa anak aku ke?"

   "Hek ek leh." Mardhiah menayangkan wajah menyampah. "Gelennya kau ini! ( Gatalnya kau ini)! Terkeluar gula-gula dari kerongkong aku nanti."

   "Habis tu, takkan kahwin tak mahu anak?" Umayma menarik sengih. "Muntahlah kau. Tapi kau lap balik guna kain tudung kau."

   Mardhiah menarik muncung. "Kurang asa..."

   "Tok! Tok! Tok!"

   Pandangan Umayma beralih ke arah pintunya. "Ha, masuklah."

   Surfina dan Sufyan terus masuk ke dalam selepas menerima kebenaran daripada Umayma. Yang masuk dahulu mestilah Sufyan. Tidak tahu malu betul budak ini.

   "Woah, anak jiran mana pula ini?" soal Mardhiah sambil menuding jari ke arah dua beradik itu. Tadi di luar tidak nampak pun mereka berdua.

   "Oh... inilah budak-budak yang aku terjumpa hari itu. Yang aku cerita pada kau." Umayma bercakap sambil meneliti alat ciptaannya berselang-seli. "Tadi... kau tak nampak dia orang sebab dia orang duduk dekat bilik air."

   Sufyan yang berpeluh semacam mengangguk. Sebenarnya tadi, mereka berdua membasuh tangan selesai makan. Boleh pula muncul kodok di dapur itu. Memang huru-hara lari sampai ke bilik air. Lagi teruk, kodok itu termasuk ke dalam baju Sufyan. Cuma suara Sufyan tidak terkeluar sahaja.

   'Tak guna punya kodok, rasanya dia nak balas dendam agaknya.' Sufyan mengutuk kodok tadi di dalam hati. Nasib Surfina berjaya alihkan kodok itu, kalau tidak pasti dia masih berlari tidak tentu arah dalam bilik air.

   "Ma... kakak Umayma, buat apa tu?" Surfina bertanya apabila melihat alat seperti lampu suluh di tangan Umayma.

   "Oh..." Belum sempat Umayma ingin menjelaskan, Mardhiah sudah mencelah.

   "Akak kau orang ini hendak buat mesin masa. Entah apalah yang dia fikirkan." Mardhiah seolah-olah memperlekehkan idea Umayma walaupun dia langsung tidak berniat sebegitu.

   Surfina dan Sufyan saling berpandangan. "Mesin... masa?"

   Umayma menarik muka masam mendengar perlian Mardhiah. "Suka hatilah. Tak nama Umaymalah kalau ideanya tak seunik tuannya! Lagipun, idea gila-gila inilah jarang orang dengar."

   Sufyan hanya memandang 'mesin masa' di tangan Umayma sebelum mengujarkan kata. "Tetapi... macam lampu suluh sahaja."

   "Sebab itu akak kata, unik. Ingat mesin masa ini besar dan diperbuat dari besi buruk saja ke? Jadi akak binalah versi ringkas, lampu suluh!" Umayma mengangkat ke atas mesin masanya dengan penuh bersemangat pada akhir kata. Teringat pula cerita 'The Lion King'.

   "Budak ini memang bersemangat sedikit." Mardhiah sengaja berpura-pura berbisik ke arah Surfina dan Sufyan. Yalah, berbisik apanya. Gaya sahaja macam berbisik, tetapi suara itu macam sudah tertelan mikrofon!

   Surfina dan Sufyan hanya mengangguk serta dengan sengihan. Memang tidak perlu menyoal pun, dari gaya pun seperti baru minum air bertenaga tiga botol!

   "Mestilah bersemangat! Idea lain daripada yang lain kot!" Umayma berpaling ke arah mejanya. Pemutar skru dicapai. "Okeylah. Akak nak sambung buat kerja! Semangat! Semangat!"

   Mardhiah yang melihat Umayma sudah bersorak macam berada di Dataran Merdeka terus mengambil tisu dan menutup lubang telinganya. Ha, barulah tenang untuk buat kerja sekolah!

   "Rasanya... mesin masa ada kaitan ke macam mana kita datang ke sini?" Sufyan bersuara perlahan ke arah Surfina.

   Telinganya Sufyan tutup dengan satu jari. Hal ini kerana teriakan penuh bersemangat dari Umayma boleh mencairkan tahi telinga!

   Surfina berdiam seketika sebelum berbicara. "Kita tak boleh main teka sahaja. Yang penting, kita kena pastikan Umayma tak tahu kita berdua ini anak dia."

   Umayma tidak lagi menjerit seperti monyet sebaliknya mendendangkan lagu 'Keroncong Kuala Lumpur.' "Kuala Lumpur. Ibu negara Malaysia... aman serta makmur. Selepas Me..."

   "Assalamualaikum!" Tiba-tiba, kedengaran suara garau memberi salam dari luar rumah.

   Sufyan yang mempunyai ingin tahu yang tinggi segera menjenguk ke luar tingkap. Kelihatan seorang lelaki bersama jejaka di luar rumah. Sufyan menggumam, kuat. "Orang kaya mana datang ini?"

   Surfina yang mendengar mendekati adiknya. Dia juga sibuk mengeluarkan kepalanya ke luar tingkap. Betullah. Ada dua orang lelaki berdiri kaku di luar. Bersut hitam lagi. Baru balik dari majlis khas ke?

   Mardhiah cepat-cepat mencabut tisu dari kedua belah telinganya. "Takkanlah..."

   "Ada orang datang kak..." Surfina tidak jadi memberitahu Umayma tentangnya tatkala tertoleh ke arah Umayma. Muka Umayma menjadi sangat-sangat pucat.

   Melihat air muka Umayma seperti ternampak hantu, Sufyan lantas menegur Umayma. "Akak... akak okey tak?"

   Bunyi pintu diketuk itu mengalihkan perhatian dua beradik itu. Tanpa sebarang keizinan diberi, pintu itu dibuka. Terpapar wajah Qaulalhaq di tepi dedaun pintu.

   Umayma memalingkan wajahnya ke arah pintu dengan pantas. Terketar-ketar dia menyuarakan kata. "Haq, jangan kata..."

   Qaulalhaq mengangguk. "Ya, papa kau datang."

✧✧☘✧✧

   Encik Luqman duduk bersila di atas tikar rotan itu. Pembantu peribadinya turut duduk bersimpuh bersebelahan encik Luqman. Encik Luqman membetulkan cermin mata memandang si tuan rumah.

   "Kenapa tuan Luqman datang sini?" Puan Marisa sengaja berbual mesra. Tangannya meletakkan sedulang minuman buat encik Luqman dan pembantunya.

   "Salah ke saya nak datang rumah menantu sendiri?" Encik Luqman menjawab dengan nada sarkistik. Abang ini pun... orang tanya sahaja.

   "Oh..." Terkedu Puan Marisa dibuatnya. Dia cuba beralih ke topik yang lain. "Abang Zakaria sibuk di kedai."

   "Aku datang bukan nak jenguk orang tua itu." Encik Luqman mengambil secawan teh lalu dihirup sedikit. Perbuatannya diikuti oleh pembantu peribadinya.

   Sementara itu, kelihatan Umayma, Surfina dan Sufyan mengintai di bawah di sebalik tangga. Umayma merenung gerangan lelaki kaya itu dengan penuh tajam.

    Umayma bercakap perlahan kepada dua beradik itu. "Kalau kau orang nak tahu, itulah papa akak."

   Sufyan menoleh ke arah Umayma. "Kenapa papa akak datang sini?"

   "Manalah akak tahu. Dok saboh (tidak logik) kalau datang nak menuai padi. Ada udang di sebalik batu ini." Umayma mengusap dagunya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Walaupun dalam keadaan marah, Umayma sempat lagi bergurau!

   Oh, ya. Mardhiah sudah pulang cepat-cepat ke rumahnya setelah mengetahui ayah Umayma tiba di rumah Qaulalhaq. Bagaimana? Pintu dapur kan ada. Tidak mungkin mahu terbang pula.

   "Kau orang buat apa ini? Turunlah." Qaulalhaq hanya memandang mereka bertiga dengan wajah menoya. Macam beruk pula duduk mengintai dekat tangga ini.

   "Sabarlah. Awak kan tahu saya tak suka dengan papa. Pergilah turun dahulu. Shuh! Shuh!" Umayma bukan menurut arahan bahkan menghalau pula suaminya. Ingat Qaulalhaq itu lalatkah?

   Qaulalhaq mengeluh sedikit. "Turun sajalah. Tak apa, kalau papa marah, aku ada lindungi kau. Cepat turun."

   Mendengar sahaja Qaulalhaq ingin melindunginya, serta-merta Umayma lembut hati. Umayma terus bangun, bersedia untuk turun ke bawah. "Jomlah turun, kau orang."

   "Okey." Sufyan terlebih dahulu berdiri di belakang Umayma.

   "Suf... aduh!" Surfina pula hanya menepuk dahi. Haih... sikap terburu-buru adiknya itu memang tidak boleh diubah! Lambat-laun dia mengikut jejak langkah Sufyan.

   Qaulalhaq memerhati sahaja tiga orang 'budak' itu menuruni tangga. Lupa pula ada dua adik beradik 'pungut' di rumahnya. Apa-apa sahajalah.

   "Mana anak aku?" Tegas encik Luqman menyoal. Air teh yang habis diminum itu diletak kasar di atas dulang.

   "Umayma..."

   "Assalamualaikum, papa." Qaulalhaq yang turun dari tangga itu terus bersalaman dengan encik Luqman, sopan. Qaulalhaq sempat memberi isyarat untuk mereka bertiga bersalaman juga.

   Macam biasa, Sufyan terlebih dahulu bersalaman dengan encik Luqman. Surfina pula hanya menangguhkan niatnya. Yalah, nanti pelik pula jika dia bersalaman dengan 'bukan mahram'. Cuma tinggal Umayma yang berdiri kaku di tepi anak tangga itu.

   "Kenapa Umayma? Tak nak salam dengan papa sendiri ke?" Encik Luqman menjongketkan kening ke arah anak daranya.

   Umayma datang ke arah bapanya dengan penuh rasa terpaksa. Salam pun macam mahu tidak mahu. Dia segera duduk bersimpuh di sebelah Surfina.

   "Kenapa papa datang ke sini?" soal Qaulalhaq sekadar berbasi-basa.

   "Tadi pun emak kau dah tanya. Salah ke aku nak datang rumah menantu sendiri?" Nada suara encik Luqman berbunyi seakan menyampah dengan soalan itu.

   "Mana tak tanyanya. Lama papa tak datang ke sini. Akhir sekali pun datang masa majlis perkahwinan Mai." Umayma berkata tanpa penuh rasa bersalah.

   Encik Luqman mengendahkan soalan anaknya. Dia beralih pandangan ke arah Surfina dan Sufyan. "Siapa pula budak-budak ini?"

   "Itu anak angkat saya, tuan. Umayma jumpa dia di tanah perkuburan. Mereka..." Bicara Puan Marisa terhenti dengan herdikan encik Luqman.

   "Tanah perkuburan! Kamu sudah gila ke, Umayma!" Anak daranya ditenung dengan pandangan tajam.

   Surfina segera membela Umayma. "Tetapi..."

   Encik Luqman menuding ke arah Surfina. "Kamu diam! Apa nak jadi dengan kamu ini Umayma? Suka buat kerja tanpa berfikir. Sudahlah dahulu kamu hampir dicu..."

   "Ya, tetapi biarlah kakak saya jelaskan terlebih dahulu." Sufyan lantang bersuara sekaligus memotong bicara encik Luqman.

   "Kamu orang luar jangan menyibuk urusan keluarga ini!"

   "Papa... biar Haq jelaskan. Ya, memang Umayma pernah diculik tetapi itu tidak bermaksud hidup dia mesti dikawal ketat sebegini rupa."

   "Habis tu? Kamu hendak dia diculik lagi? Pak cik serahkan dia kepada kamu, bukan biarkan dia dalam bahaya!"

   "Tuan Luqman, jangan buat kecoh dekat rumah saya!"

   Si pengawal peribadi menenangkan encik Luqman. "Tuan Luqman, mohon bersabar. Tuan kena jaga kesihatan tuan..."

   Umayma mula menggosok lengannya. Dia sungguh rasa tidak selesa dengan pergaduhan ini. Air mata yang bertangkung di kelopak matanya cuba dikawal agar tidak bocor.

   Surfina perasan akan hal itu menepuk bahu Sufyan perlahan. Bagaikan permainan telefon rosak, Sufyan menepuk peha Qaulalhaq di sebelahnya.

   Qaulalhaq tergamam melihat raut wajah isterinya. Segera dia menghentikan perbalahan ini. "Sudah, papa. Kalau papa datang ke sini hanya untuk bergaduh. Baik papa pulang ke rumah sahaja."

   "Heh..." Encik Luqman mengukir senyum sinis. "Begini rupanya perangai kamu semua. Kurang ajar dengan tetamu sendiri. Tidak hairanlah Mai..."

   "Mai apa!" Umayma berdiri dengan suara lantang. "Sejak mama meninggal, papa tak habis-habis salahkan Mai. Bila Mai mula siapkan..."

   "Siapkan mesin masa yang bodoh itu? Sebab itu Mai melawan papa?" Umayma tersentak mendengar hinaan bapanya.

   "Ergh!" Umayma terus naik ke atas bilik.

   Hanya Qaulalhaq, Surfina dan Sufyan perasan sebutir mutiara jatuh di setiap perjalanan Umayma lalui.

   "Tuan Luqman. Rasanya kita patut balik ke tempat kerja," ujar pembantu peribadi encik Luqman. Permukaan jam ditunding beberapa kali menandakan mereka berdua sudah terlewat.

   Encik Luqman bangun berserta tuan peribadinya. Mereka berdua bergerak menuju ke pintu keluar. Puan Marisa pula membawa dulang ke dapur, membiarkan anaknya mengiring besannya.

   "Kau orang naik atas bilik. Ini bukan urusan kau orang." Qaulalhaq mengarah dengan penuh angkuh.

   Surfina dan Sufyan pun naik ke atas tetapi itulah... ingat mereka dengar katakah? Naik pun separuh anak tangga sahaja.

   "Jomlah akak. Tengok." Sufyan mengajak kakaknya untuk turun semula ke bawah.

   "Kalau aku ada tukul sekarang,dah lama aku guna untuk ketuk kepala kau. Kau tengok kan pergaduhan tadi, berani lagi cari fasal." Surfina melarang sekeras-kerasnya tindakan adiknya.

   "Ala, sekejap sahaja." Sufyan turun ke bawah tanpa mempedulikan amaran Surfina. Surfina pula? Sudah adik dia turun, terpaksalah dia 'menjaga' budak kecil itu.

   "Waalaikumussalam, papa." Melihat bapa mertuanya masuk ke dalam kereta, Qaulalhaq mengunci pintu pagar. Dia memusingkan ke belakang dan anak matanya terpandang ke arah Surfina dan Sufyan.

   Qaulalhaq menjengil ke arah mereka. "Apa kau orang buat dekat sini? Aku suruh naik atas, bukan?"

   Sufyan mula memberi alasan merepek. "Ka..."

  "Assalamualaikum!" Kedengaran satu suara memberi salam dari luar.

   Qaulalhaq menghadapkan semula tubuhnya ke arah pintu. "Waalaikumussalam!" Encik Luqman tertinggal sesuatu barangkali?

   Qaulalhaq menjadi pelik apabila tiada seorang manusia pun berada di hadapan pintu. Mahu kata budak mengusik, tiada pula kelibat seorang budak. Pintu pagar dibuka dan ditolak ke tepi.

   Berombak jantung Qaulalhaq memandang individu di tepi anak tangga itu. "Kau... buat apa kau datang sini?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro