Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 25

SURFINA dan Sufyan duduk melutut dengan kedua belah tangan di atas lutut dan kepala memandang lantai. Ala, macam bila kau kena fikir kesalahan sendiri tapi versi sopanlah.

  Umayma pula duduk bersila dengan wajah tegang. Agak lama merenung, kemudiannya dia mengeluh kuat. "Ada apa-apa nak cakap?"

  "Rah... rahsia apa, kak Umayma? Kami mana ada rahsia ke apa-apa..." Sufyan mula bersuara. Terketar-ketar juga budak tu. Ini rupanya perasaan bila kena marah dengan seorang ibu!

  "Eh, eh, budak ni kan. Ingat akak ni tak dengar ke apa kau orang bersembang tadi? Surat selamat tinggal? Mama?" Umayma menyoal tegas. Lagaknya seperti sedang menyoal siasat pesalah pula.

  Umayma sekali lagi melepaskan keluhan berat apabila dua beradik itu kekal berdiam diri. Dia menggaru kepala. "Jadi... Kau orang berdua ni. Anak... anak akak dengan Haq?" Rasa pelik pula bila Umayma sebut. Macam berbelit lidah pun ada. Umayma tersengih sedikit.

  Surfina dan Sufyan mengangguk perlahan. Takkan hendak tipu, kot? Sufyan terus menyiku kakaknya, disuruh gadis itu memberi penjelasan.

  "Jadi kau orang muncul tiba-tiba dekat perkuburan tu sebab mesin masa akak ke?" teka Umayma. Dia sedar dua beradik itu kekok mahu berbicara. Yalah, rahsia sudah terbongkar.

  "I...ya." Surfina menjawab, takut-takut.

  "Kenapa datang ke masa silam?" soal Umayma. "Akak tak nak mesin masa akak disalah guna walaupun oleh kau orang berdua."

  "Sebenarnya, kami datang tanpa sengaja. Sufyanlah, pergi kejar makhluk entah apa-apa. Sudahnya kami pun terperangkap di masa silam. Mujurlah akak ada." Laju Surfina menjelaskan permulaan awal.

  "Mana mesin masanya?" Umayma memandang sekeliling bilik. Bila difikirkan balik, dua beradik itu langsung tiada sesuatu yang berupa lampu suluh. Jadi, mana pergi benda alah itu?

  "Tak ada." Sufyan pula membalas. "Kami kembali lenggang-kangkung je. Tak ada bawa apa-apa benda penting pun. Mesin masa akak tu langsung tak nampak." Sufyan tersenyum polos.

  Riak muka Umayma mula berubah panik. "Ha? Akak buat mesin masa tu untuk tiga kali penggunaan. Lagi dua macam mana pula?" Umayma gelabah. Paniklah, mana tahu dia ada tersalah buat ke. "Kalau kau orang guna mesin tu, mesti mesin tu ada sekali ikut kau orang ke masa silam."

  "Err... bukan kami yang nak pergi ke masa silam. Kami cuma dihantar ke masa silam," sampuk Surfina, membetulkan ke-panik-kan Umayma.

  Umayma terus terdiam. "Siapa guna mesin masa tu?"

  "Manalah kami tahu." Terus mereka berdua menjungkit bahu. Beberapa saat kemudian, mereka berpandangan.

  "Akak... rasanya kita terlupa benda pentinglah." Sufyan berkata perlahan. Mahu sahaja dia menghantuk kepalanya sekarang.

  "Macam mana kita kembali ke masa silam, siapa hantar kita, kenapa dia hantar kita, kenapa kena muncul di hadapan mama, ap..."

  "Cop, cop, cop... Jadi, perjalanan ke sini memang tak dirancanglah?" Bebelan penuh persoalan Surfina lantas dipotong Umayma. Dia diam seketika sebelum, "Dah tu bila kau orang nak balik?"

  "Sebelum subuh mungkin," jawab Surfina. Alang-alang pecah satu rahsia, kita tabur sahajalah semua. Bukannya benda buruk pun. Kalau niat lain itu, lain kiralah. Mahunya makan parang.

  "Hmm... akak baru nak minta ibu buat majlis kesyukuran." Umayma berpeluk tubuh. Matanya dipejam, sedang berfikir. "Macam nilah, apa kata kalau kau orang balik hari Sabtu pagi-pagi buta nanti. Sebelum subuh ke. Akak bagi mesin masa akak. Lagipun mesin masa tu kena baiki sikit. Entah apa tiga penjahat tu suruh buat entahlah."

  Surfina dan Sufyan berpandangan seketika. Mereka memalingkan tubuh membelakangi Umayma dan terus berbincang.

  "Kau nak ke?" tanya Surfina. "Aku tak kisah. Kau boleh spend time dengan mama buat beberapa hari lagi," katanya.

  Sufyan menarik senyum kecil. "Tak apalah. Kesianlah papa dekat masa depan, tercari-cari kita nanti."

  "Alah, papa tu nantilah kita fikirkan. Sekarang ni, peluang dengan mama ada satu dalam seumur hidup kau, tahu? Aku tak nak kau menyesal bila kita balik nanti." Surfina mencebik. Dapat dibayangkan dalam kepala riak sesal adiknya nanti.

  "Sabtu tu, lama lagi kan?" Sufyan mula mengira. "Kita nak buat apa je dalam beberapa hari tu. Sekolah? Melepak? Habiskan masa?"

  "Sekolah untuk beberapa hari terakhir. Kau pun boleh cakap kau nak pindah. Tak adalah dia orang tercari-cari nanti. Hmm, orang dalam rumah ni pun sama. Kalau kita hilang tiba-tiba lepas kes penculikan kak Umayma, tak ke tercabut jantung nanti?" Surfina baru teringat semua benda yang perlu diambil kira. Kalau dia pun, mestilah dia risau kalau menghilang tiba-tiba walaupun ada surat.

  "Kau sebenarnya nak duduk sini lama sikit kan, kak?" tebak Sufyan. Dia duduk tegak memandang kakaknya. Pandangan Umayma buat mereka berdua diabaikan. "Kau nak papa yang ni, bukan papa yang tu, kan?"

  Surfina mengerut dahi. Dahi adiknya dijentik. "Kau mengarut apa? Papa masa silam ke, masa depan ke. Sama je, papa juga. Kau banyak tengok drama. Mentang-mentang ada extreme adventure," sindir Surfina.

  "Hello, lama sangat bincang tu. Ada krisis apa-apa ke?" usik Umayma. Terhibur dia mendengar repekan Sufyan. Dia menarik nafas.

   "Akak tak paksa pun kau orang tinggal sampai Jumaat. Akak boleh ponteng esok, alasan penat dengan semua yang berlaku. Tapi akak siapkanlah mesin masa tu. Sikit je pun." Umayma tersenyum. "Pilih yang terbaik. Lagipun tak elok kau orang buat papa kau orang tercari-cari di masa depan."

  Sufyan memandang lantai. Satu minit berlalu dengan bunyi cengkerik dan katak sebagai iringan, barulah dia menarik tangan kakaknya. "Okay, kami stay. Sampai Jumaat. Sebelum hari Sabtu nanti kami balik."

  Umayma menarik senyuman lebar. "Dah. Sekarang, kau orang ceritalah apa yang ada dekat masa depan. Mesti banyak teknologi canggih kan?" Imaginasi Umayma mula terbang melayang entah ke mana. Macam-macam yang dia bayangkan dalam kepala.

  Malam itu dihabiskan dengan sesi bercerita antara mereka bertiga. Yang pasti, mereka asyik bergelak ketawa.

  Namun untuk seketika, satu persoalan terdetik di hati Surfina. Remaja perempuan itu memandang Umayma yang tekun mendengar kisah-kisah Sufyan.

  "Kenapa, Surfina?" tanya Umayma, tiba-tiba. Tidak selesa diperhatikan, jadi dia bertanya.

  "Oh, tak ada apa." Surfina menggeleng kepala. Mereka kembali membuka topik panjang lebar.

  Memang terlupa yang esok kena sekolah. Kalau tak bangun nanti, bersedialah mahu kena bebel dengan Qaulalhaq. Haih...

✧✧☘✧✧

  "Huwargh..." Sufyan menguap. Tangannya laju menutup mulut. Mereka bertiga tidur tepat jam 4 pagi. Mujur mata mereka tidak berubah menjadi mata panda.

  "Lewat sangat ke tidur sampai menguap besar tu?" tanya Encik Zakaria. Anak bongsunya diletak di atas riba, tidak mahu si kecil itu mengganggu si isteri.

  "Lewat jugalah," jawab Sufyan. Matanya digosok perlahan. "Mana kak Umayma dengan akak?"

  "Sini..." Satu suara muncul dari belakang Sufyan. Kedua mereka menarik kerusi dan terus terduduk dengan mata terpejam.

  "Hm? Umayma, kau tidur dengan budak berdua tu ke semalam?" Qaulalhaq memandang Umayma. Dia tidak perasan pun Umayma tiada di sisinya. Selepas dia bangun barulah dia tahu.

  "Oh, ha'ah. Maaf tak bagitahu." Umayma tersenyum nipis. "Ibu... hari ni tak nak pergi sekolah boleh? Mengantuklah..." rungut Umayma. Mereka baru habis solat subuh jadi masa masih panjang lagi.

  Puan Marisa menjungkit kening. "Lain macam kamu ni, Umayma. Selalu bersemangat nak pergi sekolah. Ha, tanya Haq tu. Kalau dia bagi, pontenglah kamu."

  Umayma memandang Qaulalhaq dengan sinar harapan. Qaulalhaq pula merasa aneh. Bukan Umayma seorang, malah dua budak kecil itu juga.

  "Ha, pontenglah kau orang. Tertinggal pelajaran, padan muka," balas Qaulalhaq.

  Wajah mereka bertiga berubah muram. "Iyalah..." Suara masing-masing perlahan sahaja.

  "Oh, ayah. Nak tak Jumaat nanti buat majlis kesyukuran sempena keselamatan kami?" cadang Umayma.

  Encik Zakaria memandang Puan Marisa pula. "Ha, awak, macam mana? Nak ke?"

  "Eh, apa pula tak boleh. Mestilah boleh. Lagipun ibu memang bercadang nak buat pun." Puan Marisa membalas sambil tangannya mengacau air kopi di dalam jag.

  "Okay." Kesemua mereka mengangguk. Selepas makan, mereka terus berehat seketika. Ala, sekolah dekat sahaja. Kita tenang dulu.

  "Hmm... akak." Surfina melabuhkan punggung di sisi Umayma yang sedang menonton televisyen.

  "Ya?" Umayma menjawab, tetapi matanya tetap memandang kaca televisyen.

  "Kenapa akak tak tanya apa-apa tentang apa yang akan jadi di masa depan?" soal Surfina, sedikit berbisik. Mujur Qaulalhaq berada di luar rumah, mahu mengambil angin katanya.

  "Oh pasal tu. Tak ada apalah. Cuma malas, dan tak perlu tahu pun. Kalau akak tahu apa akan jadi, akak mungkin ikut atau mungkin lawan apa yang akan jadi. Baik tak tahu je. Kiranya tak ada life cheat code lah." Umayma menjawab panjang lebar. Biskut kering disuap ke dalam mulut.

  "Tak faham."

  "Contohlah, lusa akak akan patah kaki. Tapi, hari ni akak dah tahu akak akan patah kaki berserta puncanya sekali. Tak eloklah. Mestilah akak akan elak, jadi akak lawan takdir. Begitulah... kot?" Umayma mengerut dahi.

   "Fahamkan sendirilah. Oh, kalau akak ikut cheat code tu, akak akan terus gunakan dan akan terus jadi seorang kakak."

  Surfina mengeluh. "Tak fahamlah."

  "Akak akan bergantung pada informasi korang untuk elakkan benda buruk ke apa ke, tapi akak akan jadi seorang perempuan biasa yang lari dari semua benda. Akak tak akan belajar dari kesilapan yang sepatutnya akak buat," jelas Umayma. "Berbelit tapi yeah, fahamkan sendiri."

  Surfina diam. Dia mengangguk lalu berdiri, mencari seseorang. "Sufyan!"

  "Sini!"

  Surfina melangkah ke biliknya dan Sufyan. Umayma hanya memandang sambil tersenyum. "Semoga kau orang membesar jadi anak yang baik." Biskut dicapai lagi dan digigit.

















🕜🕧🕑🕛

Bila nampak perkataan menguap tu, korang ada menguap sekali tak? Hehe - Rys (i_am_kacang)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro