Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

BERBUNYI lantai kayu itu apabila dipijak oleh mereka berdua. Mereka perlahan - lahan menuju ke bilik sebelah bilik Umayma yang tidak berkunci. Di dalam bilik itu, tersedia dua tilam jenis kain di penjuru bilik itu.

    "Menakutkan betul pergaduhan tu." Itu ayat pertama apabila Sufyan masuk ke dalam bilik itu.

    Surfina melangkah menuju ke tingkap kayu itu. "Nampaknya kita dah kembali ke masa silam."

    Sufyan mendekati kakaknya. "Akak tak habis - habis nak cakap macam tu."

    "Jadi, macam mana kita nak balik?" tanya Surfina. "Kita tak boleh duduk dekat sini sampai bila - bila. Entah dari mana datang cahaya tu bawa kita ke masa ni. Rasa mimpi pun bukan sebab macam... real."

    Sufyan berdiam sejenak sebelum bersuara teruja. "Tapi aku rasa... itu mama dengan papalah!"

    Surfina mengerutkan dahi. "Mama dengan papa? Apa kau merepek ni, dik?"

    Sufyan mula mengulas teorinya. "Yalah. Cuba kita tengok. Kereta proton. Motor jenama lama. Rumah kayu dan dekat bilik air siap ada perigi lagi..."

     "Sekejap." Surfina mencelah bicara adiknya. "Apa 'point' kau sebenarnya?"

    "Maksud aku, rumah ni... serupa dengan rumah Tok Ma. Rumah Tok Ma kan ada perigi. Cuma ubah suai letak dengan batu - bata. Susun atur pun... sama macam rumah nenek!" Sufyan cuba mengukuhkan teorinya.

    Surfina menjongketkan kening, langsung tidak percaya bulat - bulat. "Iyalah kau. Mana kau tahu? Banyak lagi rumah jenis macam ni."

    "Yalah... aku kan lebih bijak dari akak." Dengan bangga, Sufyan menyatakan sebabnya. Tidak takut untuk kena belasah budak ini.

    "Sabar, sabar. Ini adik kau. Jangan campak dia luar tingkap." Surfina cuba menenangkan dirinya sendiri, mengurut dada menahan amarah.

    "Tak apa, aku akan buktikan teori aku!" ujar Sufyan dengan penuh bersemangat. Sebaik sahaja berkata, Sufyan terus keluar dan melangkah masuk ke dalam bilik Umayma. Semangat sangat ini, adik hoi!

    Surfina membuntangkan matanya. Sepatutnya dia pura - pura percaya sahaja tadi. Sudahlah Sufyan bersikap terburu - buru! Dia terus mengejar langkah adiknya.

    "Sufyan!" Surfina menarik bahu adiknya. Yang paling minta penampar, Sufyan sempat tersenyum bangga.

    "Kau sudah kenapa senyum macam tu? Aku campak kau ke luar tingkap nanti!" Surfina berura - ura ingin mengangkat Sufyan. Acah sahaja. Mana dia larat angkat budak dua belas tahun.

    "Tengok ni." Sufyan meletakkan jarinya di nama pemilik buku latihan itu. "Aku dah kata... firasat aku selalu benar."

    Surfina tergamam melihat nama yang tertera pada kulit buku latihan itu. Muhamad Qaulalhaq Bin Zakaria. "No way."

    Surfina melihat buku yang berada di sebelah. "Umayma Shaheera Binti Mad. Luqman. Wey, seriuslah?" Surfina hampir ternganga kerana tidak percaya.

    Pandangan matanya beralih kepada bingkai gambar yang diletakkan di laci kecil itu. Gambar perkahwinan Umayma dan Qaulalhaq. Wajah pengantin lelaki nampak beku manakala riak muka pengantin perempuan ceria teramat.

    "Bingkai ini kan ada di meja kerja papa. Jadi betullah..." Sufyan sengaja menghentikan seketika ayatnya. Ingat ini drama pukul tujuhkah? "... ini rumah nenek kita!"

    "Hoi!"

   Terkedu dua beradik itu mendengar teriakan suara seseorang. Takut - takut mereka berdua menoleh ke belakang. Alamak... Haqlah!

    "Apa kau buat dekat dalam bilik aku ni? Nak curi apa?" Haq meluru ke arah Surfina dan Sufyan. Gaya jalan pun sudah macam Ah Long mahu mengutip hutang.

    Surfina teragak - agak untuk menjawab. "Ki... ki..."

    "Tadi... kita orang nampak cicak. Besar. Kan dalam sunnah, sunat membunuh cicak. Jadi kami datanglah ke sini untuk bunuh cicak itu. Jangan risau, kami dah buang ke luar tingkap." Sufyan memberi alasan. Berpeluh juga budak itu sebenarnya.

    Surfina tersenyum mendengarnya. Bagus adik dia ini. Memang juara kaki putar belit! Surfina segera menyokong adiknya. "Betul. Kita orang sudah lempar dia dekat luarlah."

    Qaulalhaq mempamerkan muka curiga. Dia menghampiri tingkap dan menjenguk ke bawah. Nasib menyebelahi Sufyan dan Surfina apabila seekor cicak melalui di jalan berpasir itu.

    Qaulalhaq berpaling ke arah mereka berdua. Wajah Sufyan dan Surfina ditenung tajam. "Aku tak tahu apa agenda kau orang. Tetapi, kau jangan berani-berani sakitkan keluarga aku... kalau tak siaplah kau orang!"

    Tetapi kita orang pun keluarga kau juga. Surfina berkata di dalam hati. Tidak berani cakap depan - depan.

    "Assalamualaikum!" Laungan salam dari seorang wanita menghentikan pergaduhan mereka.

    "Waalaikumussalam!" Qaulalhaq membalas salam itu. Dia kembali berpesan kepada dua orang budak itu. "Ingat pesan aku."

    Qaulalhaq keluar, meninggalkan mereka berdua di dalam bilik. Terherot-berot bibir Surfina mengejek Qaulalhaq. "Ingat pesan aku."

    Sufyan tersengih melihat riak wajah kakaknya. Dendam kesumat keluarga ini. Mesti masih bengang Qaulalhaq di masa hadapan memarahinya dia.

    "Jomlah. Aku nak pastikan itu Tok Ma." Sufyan menarik kakaknya menuju ke ruang tamu. Muka Surfina? Haih... reda sahajalah.

   "Eh, ayah sulah!" Surfina berbisik teruja melihat kanak - kanak lelaki di sebelah wanita itu. Comel sahaja budak itu berjalan.

    "Mak Cik Yah dapat anak apa? Lelaki ke perempuan?" soal Umayma sambil membawa segelas air untuk Puan Marisa.

    "Lelaki. Comel sahaja bayinya." Puan Marisa menyambut huluran gelas itu.

    "Oh, lupa aku. Dulu kan tok ma jadi mak bidan. Yang... sambut orang beranak," bisik Sufyan, perlahan. Mereka berdua sebenarnya tengah mengintai di sebalik dinding.

    Qaulalhaq yang perasan kehadiran mereka membuat isyarat mata untuk masuk ke dalam bilik dengan garang. Namun, dua beradik itu buat tidak endah. Kurang asam betul.

   "Eh." Mata milik Puan Marisa menangkap mereka berdua yang terjenguk - jenguk mengintai mereka. "Siapa itu? Kenapa menyorok?"

    Sufyan keluar daripada tempat persembunyiannya. Surfina? Sudah adik dia keluar, dia pun keluarlah. Mereka berdua bersalaman dengan Puan Marisa.

    "Mereka ini anak yatim piatu, ibu. Ibu bapa mereka telah meninggal. Keluarga mereka semua putuskan pertalian dengan mereka. Mereka langsung tidak tempat tinggal..." Sayu sahaja suara Umayma menceritakan.

    "Keciannya (Kasihannya)..." Si budak kecil, Qasyid turut bersimpati.

    "Allah... kejam sungguh keluarga kamu." Puan Marisa mengurut dada, mungkin terkejut. Tidak sangka masih ada lagi 'keluarga' berkelakuan sebegitu. "Tidak mengapa, ibu akan jaga kamu."

   "Ibu!" Qaulalhaq hampir meninggikan suara mendengar tutur kata ibunya.

    Puan Marisa menoleh ke arah anak lelakinya, hairan. "Kenapa? Mereka anak yatim...".

    Qaulalhaq memintas. "Ya, ya sahaja anak yatim. Kalau mereka ini ada agenda lain?"

    "Muhammad Qaulalhaq." Tegas Puan Marisa memanggil nama anaknya. Itu dia, wey. Kalau ibu - ibu panggil nama penuh anak, lebih baik kalian diam.

    "Maaf." Perlahan sahaja suara Qaulalhaq.

    Puan Marisa memalingkan wajahnya ke arah Surfina dan Sufyan. "Siapa nama kamu berdua?"

   "Saya Surfina, ini adik saya Sufyan." Surfina memperkenalkan dirinya.

    "Betul, betul, betul!" sahut Sufyan. Terus sahaja belakangnya dipukul secara sembunyi oleh Surfina. Kau ingat kita tengah buat pengenalan seperti Upin dan Ipinkah?

    "Surfina dan Sufyan... nama yang cantik." Puan Marisa mengukirkan senyuman manis.

    "Allahu Akbar! Allahu Akbar! (Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!)" Laungan azan mula berkumandang.

    "Haq pergi masjid ya, ibu?" Qaulalhaq meminta diri menuju ke masjid. Baik budak ini. Cuma otak sahaja sedikit senget.

    Selesai azan berkumandang, mereka berempat membaca doa selepas azan. Kecuali si budak Qasyid itu. Boleh pula pergi tonton televisyen di ruang tamu.

  "Ha, sudah azan ini... lebih baik kita bersembahyang dahulu." Puan Marisa bangun menuju ke bilik air ataupun lebih tepatnya... perigi.

    Melihat Puan Marisa pergi, Surfina bertanya. "Ma... akak Umayma. Memang a..." Baiklah, rasa macam geli pula mahu panggil abang. "...abang Haq macam tu, ya?"

    Umayma tergelak kecil mendengar pertanyaan Surfina, sehingga berkerut dahi budak itu. Bukan ketawa biasa Umayma ini. Siap tepuk paha sendiri. Memang periang orangnya. Rasa seram pula.

    Seusai ketawa, barulah Umayma menjawab. "Haq memang macam itu. Dia selalu fikir lebih - lebih. Jangan risaulah, dia baik sebenarnya."

    Surfina memutarkan bola matanya. Baik selipar jepun dia. Siap mahu tuduh kita orang nak culik isteri dia lagi.

    "Sudahlah. Jom kita ambil wuduk." Umayma turut bangun melangkah ke bilik air.

    Surfina menepuk bahu adiknya, lembut. Dia mengujarkan kata. "Apa kata... kita kenakan papa habis-habisan?"

    Wajah Surfina dipandang hairan. Dia segera menyangkal cadangan kakaknya. "Kak, ini kan masa silam. Mana boleh kita cari fasal. Kalau papa marah macam mana?"

   Surfina cuba menyakinkan adiknya. "Tak apa, papa pun tak tahu kita anak dia. Lagipun mama dengan tok ma kan ada. Boleh 'back up' kita. Sudahlah, mari kita ambil wuduk."

    "Yalah." Sufyan mengeluh, perlahan. Dia mengikut Surfina menuju ke bilik air.

✧✧☘✧✧

    "Pak cik rasa... pak cik akan masukkan kamu ke sekolah lusa."

   Qaulalhaq menepuk meja tanpa sedar. "Ayah!"

    Encik Zakaria berasa aneh melihat riak muka anaknya yang tegang. "Kamu ini dah kenapa? Mereka kan masih budak sekolah. Perlukan pendidikan. Yang kamu hendak marah-marah ini kenapa?"

    Surfina berura - ura ingin menyuap nasi itu terhenti apabila merasa aura tegang di sekelilingnya. Rasa tidak selesa pula makan malam ini. Habislah... tidak mungkin akan gaduh lagi.

   "Entah awak ini. Dia orang kan budak lagi." Umayma membela ayah mertuanya.

   "Aku tak percayakan mereka." Qaulalhaq bangun dari kerusi yang didudukinya. "Ibu, ayah. Haq masuk dalam bilik itu.

    Umayma bersuara, menghalang Qaulalhaq masuk ke dalam bilik. "Awak ini... nasi belum habis lagi. Selalu sangat 'overthinking'. Tidak mungkin sebab peristiwa dahulu, awak masih lagi macam ini. Benda itu su..."

    "Sudah!" Jerkahan Qaulalhaq mengejutkan semua orang di situ. Mata Umayma turut berkaca mendengar teriakan Qaulalhaq.

    "Saya masuk bilik dulu." Qaulalhaq lari menuju ke dalam biliknya.

    "Ki... kita orang minta maaf kalau kehadiran kita orang tidak diterima." Sufyan merasa bersalah, segera memohon maaf. Sebab ideanyalah, Qaulalhaq bergaduh dengan keluarganya.

    "Tak apa, Haq memang macam itu. Panas baran sedikit." Puan Marisa cuba memujuk hati kecil itu. "Kamu janganlah risau, ya? Makanlah."

    Surfina memerhati Umayma yang jaraknya cuma antara kerusi yang duduki Haq dan Sufyan. Dia perasan yang Umayma sempat mengelap air matanya sebelum sambung menyuap nasi. Surfina serta - merta mengetap bibir dan berpaling ke hadapan. Papa ini memang teruklah!

    Selesai makan malam, mereka semua bergerak ke bilik tidur masing - masing. Sudah menjadi tabiat buat Sufyan dan Surfina iaitu membasuh kaki sebelum tidur. Itu pun... bapa mereka yang ajar.

    "Awak ini tak habis-habis fikir lebih-lebih!"

   "Eh?" Sufyan menoleh ke arah pintu bilik Umayma dan Qaulalhaq. Nampaknya pasangan suami isteri itu bergaduh lagi.

   "Aku risaukan kau tahu tak? Kenapa kau selalu tak risaukan diri sendiri?"

   "Ya, saya hampir diculik dahulu. Itu tidak bermaksud awak kena lindungi saya dua puluh empat jam."

   Surfina dan Sufyan saling berpandangan. Diculik?

   "Aku suami kau, tahu tak?"

   "Sufyan? Surfina? Tidak tidur lagi?" Puan Marisa yang ingin ke bilik tidur menegur Surfina dan Sufyan berdiri kaku di hadapan bilik anaknya.

   Surfina menggeleng. "Mahu tidurlah ini."

   "Tok... mak cik, akak Umayma dan abang Haq... memang selalu gaduh, ya?" Sufyan bertanya tanpa bertapis.

   "Sufyan!" Surfina menyebut nama adiknya, garang.

   Puan Marisa tersenyum sendiri. "Kadang - kadang. Biasalah, rumah tangga. Ada masam dan ada pula manis. Nanti kamu sudah besar, kamu tahulah."

   Puan Marisa mengusap kepala Sufyan. "Mak cik masuk tidur dulu, kamu berdua pun tidurlah."

   "Baik, mak cik."

   Di dalam bilik tidur mereka, Sufyan menghamparkan tilam lembut itu tidur. Surfina pula menjenguk ke luar tingkap. Macam gaya orang tengah angau bercinta pula.

   "Akak, apa akak buat itu? Tilam dah tersedia." Sufyan menghampiri Surfina. "Akak? Akak angau cinta dengan siapa ini?"

   "Taklah." Surfina menuding ke langit. "Cuba Sufyan tengok dekat langit."

   "Waah!" Sufyan berasa takjub melihat pemandangan langit.

   Bintang - bintang terhias cantik di atas langit. Jarang dia jumpa langit yang mempunyai hamparan bintang sebegini. Bulan yang bersinar terang sebagai pelengkap malam. Memang benar - benar indah!

    "Tok! Tok! Tok!"

    Surfina segera menyarung tudung. Dia mencuit bahu Sufyan. "Sufyan. Buka pintu."

   Sufyan pun akur sahaja. Haih... baru sahaja mahu berdrama tengok bintang di langit. Sufyan memulas tombol pintu dan menarik dedaun pintu. "Ke... akak Umayma?"

   Umayma hanya tersenyum manis. "Boleh akak tidur sini?"

   Surfina turut berpaling ke belakang. "Akak buat apa hendak tidur sini? Bukan akak tidur di bilik sebelahkah?"

   "Kalau tak nak... tak apalah." Umayma menayangkan wajah merajuk. Dedaun pintu ditariknya.

   "Eh, boleh! Boleh! Boleh!" Sufyan dan Surfina bersuara panik.

   "Yay!" Riak wajah Umayma bertukar ceria. Dengan selamba, dia menghamparkan tilamnya di sebelah tilam Surfina. Minta penampar betullah.

   Surfina menutup tingkap kayu itu. Rasa kekok juga bila Umayma mula melangkah masuk ke dalam bilik. Kalau mahu tanya, risau pula Umayma tidur di ruang tamu pula.

   "Akak... gaduh dengan abang Haq ke?" tanya Sufyan. Haih... Sufyan. Sufyan. Mulut memang tidak bertapis?

   Bibir bawah Umayma gigit. Umayma tergelak kecil untuk menyorokkan kesedihannya. "Tak adalah. Sahaja tidur di bilik ini. Tak banyak nyamuk." Umayma sudah membaringkan diri di atas tilam lembut itu.

   Sufyan dan Surfina memandang antara satu sama lain. Pasti gaduh ini.

  
  

   

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro