Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 16

"HUH! Huh!" Sufyan menyorok di belakang pintu bilik mereka berdua duduki. Lampu suluh digenggam erat di tangan kanannya. Sesekali Sufyan cuba mendengar bunyi tapak kaki Umayma. Rasa macam dalam filem seram pula!

   Sufyan merenung lampu suluh di tangannya. Dia sebenarnya perasan perangai Umayma berubah sejak kembali semula ke rumah.

   Tidak logik sungguh jika menghilang dan pulang tanpa sebarang suara. Sebab itulah dia mengambil mesin masa Umayma senyap-senyap dari bilik ibu bapanya.

   Sufyan bersandar ke pintu. Tidak semena-mena pintu yang disandarnya tertolak, menyebabkan dia terjatuh ke bawah. Cepat-cepat berpusing dan menahan tangannya di lantai.

   "Fuuuh..." Sufyan kembali berdiri dengan biasa. "Eeeh?" Sufyan bersuara panik melihat lampu suluh tiada di jalannya.

   Mata Sufyan menangkap imej lampu suluh di kaki katil. Belum sempat dia mengambilnya, Umayma segera masuk ke dalam dan mencapai lampu suluh itu.

   "Ah..." Sufyan mendongakkan wajahnya ke atas. Tiba - tiba, kepalanya ditendang oleh Umayma. Nasib dia sempat bertahan pada lantai sebelum bangun kembali.

   "Perangai mama pelik dan... macam dikawal." Sufyan bergerak laju menuju ke arah Umayma. Dia melalui di bawah kangkang Umayma yang luas kerana berlari.

   Umayma membrekkan kakinya melihat Sufyan muncul di hadapannya tanpa diduga. Sufyan yang mempunyai refleksi yang pantas segera merampas alat suluh di tangan Umayma.

   "Nanti, abang Haq!" Kedengaran suara Surfina melarang Qaulalhaq. Mungkin Qaulalhaq sudah masuk ke dalam rumah.

   Sufyan yang perasan Umayma yang terleka melompat melepasi Umayma. Dia mendarat dengan dua kaki dan tangan kanan di lantai. Lantas dia berlari ke pintu keluar apabila Umayma menoleh ke arahnya.

   "Huh... huh..." Tercungap-cungap Sufyan mengambil nafas sambil berlari. Dikejar oleh Umayma... atau bukan Umayma di belakangnya. Siapa tidak panik, bukan?

   "Sufyan?" Qaulalhaq memegang bahu Sufyan yang berlari, serta-merta pergerakan Sufyan terhenti. "Kenapa berlari ini? Tak tukar baju sekolah lagi?"

   "Pulangkan balik mesin masa itu, Sufyan!" arah Umayma. Dia perlukan benda itu, tetapi budak-budak itu sibuk menghalangnya!

   "Umayma, kenapa dengan kau kusut semacam saja? Macam orang gila aku tengok." Lancar mulut Qaulalhaq mengujarkan soalan tanpa bertapis. Dia yang tidak tahu apa-apa mendekati Umayma di anak tangga.

   Sufyan tidak mahu membuang masa, laju keluar dari rumah dengan mesin masa di tangannya. Apa yang di dalam otak budak dua belas tahun itu cuma membawa lari mesin masa itu.

   "Sufyan!" Surfina yang berdiri di sebelah pangkin menghampiri Sufyan. Bahu adiknya dipegang. "Kau sedar ke apa yang kau buat sekarang ini?"

   "Ya, aku sedar. Aku rasa... ada yang tak kena dengan kak..." Sufyan terdiam seketika. Mesin masa itu digenggam dengan lebih erat. "Tak, ada sesuatu yang tak kena dengan mama."

   "Umayma, kenapa perangai kau pelik sangat sekarang ini?" Qaulalhaq bertentang mata dengan mata isterinya yang membulat besar, seperti menahan marah. "Ini bukan Umayma yang aku kenal."

   "Aku. Cuma. Nak mesin masa aku. Sahaja." Umayma seakan memberontak. Dia mahu berlari mendapatkan Sufyan tetapi terhenti dengan pegangan Qaulalhaq.

   "Aku perasan, bila mama balik sahaja. Perangai dia jadi macam kau. Kuat marah." Sufyan menerangkan di sebalik apa yang dilakukan. Sempat kutuk kakaknya lagi.

   "Kau jangan sampai aku cari katak." Surfina berura-ura ingin mencari binatang 'kesayangan'nya. Dipandang ke kiri dan ke kanan untuk mencari kelibat encik kodok di mana-mana.

   Sufyan kalut menghalang Surfina. "Eh, jangan! Jangan! Gurau sahaja."

   Surfina menjenguk ke arah Sufyan. "Kau ini sempat lagi gurau dalam masa-masa macam ini?"

   "Apa benda yang rasuk kau, Umayma?" Qaulalhaq memusingkan tubuh isterinya menghadapinya. "Sampai guna 'aku-kau' dengan aku? Selama ini kau tak pun macam ini."

   "Aku rasa. Mama kena kawal," ujar Sufyan.

   "Aku cuma nak mesin masa aku! Kenapa semua tak faham?" Umayma menepis tangan Qaulalhaq yang memegang bahunya. Tangannya ingin menghentak leher Qaulalhaq dihalang Qaulalhaq.

   "Hentikan, Umayma." Qaulalhaq bersuara tegas.

   "Aku akan ambil mesin masa itu!" Umayma menyepak lutut suaminya, membuatkan Qaulalhaq jatuh namun sempat berpaut pada lantai. Kalau tidak, hancur muka nanti.

   "Macam inilah, aku nak kau lari sampai ke anak sungai. Masuk sahaja ke dalam, berenang pun tak apa." Surfina menjelaskan rancangannya. "Masa itu akak akan kejar kau dari belakang dan hentak belakang tengkuk mama dan buat dia pengsan."

   "Walaupun benda ini mustahil, inilah kenyataannya Sufyan. Kita berdua kena hadapinya!"

   "Urm?" Qasyid menyuap satu sudu aiskrim ke dalam mulutnya. Kenapa serius sangat semua orang?

   Takut-takut Sufyan bertanya. "Tak kira anak derhaka ke?"

  "Ah, buat sahajalah! Banyak songeh pula kau ni." Surfina memaksa Sufyan mengikut ideanya.

   Umayma berteriak dari dalam rumah. "Sufyan!"

   Surfina menolak lembut bahu adiknya, memberi isyarat supaya berlari. "Sekarang!"

   Kini, acara lumba lari antara Sufyan dan Umayma dimulakan. Oh, tidak dilupakan dengan Surfina yang mengekori senyap-senyap Sufyan dari belakang.

   Eh, ada Qaulalhaq jugalah! Qasyid...dasar pemalas duduk makan aiskrim atas pangkin. Bersenamlah, budak kecil! Ha, yang kain itu siapa mahu sidai?

   Sufyan mengerling ke belakang. Bersungguh-sungguh Umayma mengejarnya! Rasa macam kena kejar dengan lembu sebab pakai baju merah pula!

   Sufyan melepasi dua buah rumah. Dikuti Umayma, Surfina dan Qaulalhaq di belakang. Mesti pak cik dekat sawah padi tengah garu kepala. Ada pertandingan lumba lari ke?

   Sufyan membelok ke halaman rumah Alia. Sungai di sebelah rumah Alia diterjun ke dalam. Bajunya mula lembap kerana basah. Yalah, tidak mungkin kering pula.

   Qaulalhaq mengejar langkah Surfina. Tiba di sisi Surfina, Qaulalhaq segera bertanya. "Surfina! Apa yang dah jadi?"

   "Kita orang rasa... itu bukan kakak Umayma! Maksud saya... huh... kakak Umayma macam dikawal!" Surfina tercungap-cungap menjawab.

   Qaulalhaq mengerutkan dahinya. "Ha?"

   Umayma melepasi sungai melalui jambatan. Dia tahu Sufyan akan keluar di seberang sungai serta membawa lari mesin masanya! Tidak ingin membiarkan itu terjadi, Umayma berlari sehingga ke tebing sungai.

   Secara kebetulan, Sufyan yang baru ingin menjejak kaki ke tanah terkedu memandang Umayma yang menunggunya. Satu senyuman mula terlukis di wajahnya.

   Surfina yang berada di tengah-tengah jambatan kayu mengangkat tangan, seperti sedia mahu menyambut sesuatu. Melihat isyarat itu, Sufyan mencampakkan mesin masa itu ke arah kakaknya.

   Sedang Qaulalhaq berlari seakan Usain Bolt palsu, dia mengecam kelibat kereta berwarna hitam menuju ke arah jambatan. Lagi membuatkan jantung Qaulalhaq terbuntang tatkala kereta itu seakan ingin melanggar Surfina!

   "Dapat!" Surfina menyambut mesin masa itu dengan sebuah senyuman.

   "Surfina!"

   "Bang!"

   Surfina jatuh ke bawah akibat kesan ubat tidur mengenai bahunya. Mesin masa itu terlepas daripada tangannya. Seorang lelaki iaitu Advik keluar daripada kereta tersebut.

   Qaulalhaq tiba di hadapan Surfina yang terbaring memandang tajam lelaki di hadapannya. Matanya terbeliak apabila perasan sesuatu. "Kau..."

   "Kau orang yang sama yang langgar Sufyan!" Qaulalhaq mengherdik Advik. Jarinya ditunding tepat ke arah muka Advik.

   Kereta hitam itu mengundur ke belakang sebelum meluncur ke sebelah Umayma. Sufyan juga sudah pengsan kerana dihentak leher oleh Umayma.

  "Apa kau dah buat dengan isteri aku? Kau memang tak guna!" Qaulalhaq melayangkan penumbuk pada dada lelaki itu. Yalah, tinggi Qaulalhaq paras dada lelaki itu sahaja.

   Advik meneranjang perut Qaulalhaq tanpa sebarang belas. Bukan itu sahaja, dia terus menendang dan menendang Qaulalhaq hingga timbul lebam dan tergaris luka pada lelaki itu.

   "Bagaimana? Sakit?"

      "Sakitlah, gila!" Qaulalhaq menolak kaki Advik dengan kuat. Advik yang hilang keseimbangan serta-merta jatuh.

   Tidak sempat Advik ingin bangun, Qaulalhaq menendangnya hingga Advik bergolek seperti sushi ke dalam sungai. Kalau jumpa buaya, mesti buaya kata... 'eh, geng aku!'

   "Ah!" Qaulalhaq terjatuh melutut sebelum rebah ke tanah. Bahunya berdenyut-denyut, mungkin kerana kesan ubat tidur yang dilepaskan Dayyan.

   "Menyusahkan hidup aku sahaja, budak." Dayyan memijak tangan Qaulalhaq. Sayangnya, Qaulalhaq tidak berdaya untuk menjerit kesakitan disebabkan kesan dos tidur.

   "Dah, Advik! Naik!" Dayyan menyeru Advik untuk naik ke seberang sungai. Dia kembali masuk ke dalam kereta dengan dua benda berharga iaitu mesin masa Umayma dan juga... Umayma.

   "Umayma..." Perlahan Qaulalhaq menuturkan nama isterinya.

  "Eh?" Alia yang keluar dari rumah terperanjat melihat Surfina dan Sufyan pengsan di jambatan. Dia pantas masuk ke dalam. "Mama! Ada orang pengsan!"

   Qaulalhaq memerhati kereta yang pergi menjauh. Kedengaran sayup-sayup suara motor mendekati. Meskipun dia cuba melawan dos itu, kelopak matanya cuba untuk menutup bebola mata.

   "Sufyan..."

   "Surfina..."

   "Allah! Adik! Adik okey?" Salah seorang lelaki menyapa Qaulahaq.

  "Umayma."

   Permandangan Qaulalhaq menjadi hitam.

✧✧☘✧✧

   Mesin masa berupa lampu suluh itu diletakkan di atas meja di bangunan lama itu. Suara gelakkan penuh kejam ala penjahat filem Melayu bergema di sekeliling bangunan.

   Tidak... masalahnya sekarang ini. Kenapa dia orang buat dekat bangunan lama? Tidak takut ke kalau bangunan itu ada hantu ke, main masuk sahaja.

   "Hahahaha, tidak sia-sia aku gunakan Yuri Pyschic Device ini. Boleh kawal minda sesuka hati sahaja." Suara gelakan itu makin kuat. Ini boleh jadi geng cik Ponti ini.

   Umayma yang berada di atas kerusi mempamerkan wajah kosong. Memang seperti orang yang dikawal.

  "Jadi... hari itu kita sumbat makanan penuh penambah rasa itu, sebab nak bagi dia kenyang sebelum kena kawal?" Advik mencelah di akhir tawa bosnya dengan satu pertanyaan.

   "Aku tak rasa mak kau bagi kau arak masa kau bayi dulu. Itu untuk lemahkan minda budak inilah." Dayyan menyatakan sebabnya dengan amarah yang ditahan-tahan.

   Lurus bendul sangat perangai si Advik ini. Patutlah 'masuk air' tadi.

   "Ya." Si bos yang berada di atas kerusi komputer yang berhabuk tersenyum sinis. "Untuk lemahkan otak dia, kena gunakan makanan. Sebab makanan boleh pengaruhi fungsi sistem tubuh badan serta minda mereka."

   "Macam penggunaan penambah rasa secara berlebihan iaitu MSG boleh mengganggu fungsi saraf dan otak. Fasal itu aku suruh sumbat donat manis dalam mulut dia." Si bos memberikan penerangan.

   Bukankah lebih bagus jadi pensyarah daripada jadi penjahat. Haih... itu pun tak boleh fikir.

  "Jadi." Si bos bangun daripada kerusi lalu mendekati Umayma. "Macam mana dengan mesin masa itu, wahai Umayma?" Lagaknya seperti mahu buat sesi temuduga sahaja.

   "Mesin masa itu sudah hampir siap sepenuhnya, bos. Masalahnya hanya pada tiada tenaga." Umayma melaporkan seperti robot. Tidak mungkin mahu membalas dengan menyanyi pula.

   "Itu, kau tak perlu risau. Aku sendiri akan cari tenaganya." Si bos berpeluk tubuh. "Kau cuma perlu berehat dan aku akan ubah masa lalu."

   "Hahahahaha!" Mereka bertiga mula gelak macam menonton siaran Maharaja Lawak. Tidak sakit tekak ke asyik ketawa sahaja? Cik Ponti pun sakit tekak juga.

   Cuma Umayma yang tidak gelak bahkan tidak senyum. Pandangannya kaku memerhati pemandangan sekeliling.
  

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro