Bab 13
"HUH... huh..." Surfina tercungap-cungap mengambil nafas, memandang ke arah sekeliling. Sekali-sekala, dia mencari kelibat Umayma di sekitar pasar raya itu.
Qaulalhaq yang sudah hampir selesai mencari, mendekati Surfina. "Aku tak jumpa. Kau jumpa tak?"
Melihat gelengan Surfina, Qaulalhaq mengusutkan rambutnya sendiri. Tiak muka pun macam baru lepas merentas desa. Masakan tidak, sudah hampir tiga jam mereka mencari Umayma!
"Macam mana? Jumpa tak?" Puan Marisa yang memimpin Qasyid menghampiri mereka.
"Tak jumpa, ibu. Hurgh..." Qaulalhaq sudah menggenggam penumbuknya sendiri. Jangan-jangan...
"Entah-entah, penghantar mesej ini yang culik Umayma." Surfina menyatakan teorinya. Telefon Nokia milik Umayma ditunjukkan kepada Puan Marisa.
Encik Zakaria di sebelah Puan Marisa sudah berdecit kuat. "Tch, sejak bila mesej ini sampai ke Umayma?"
Teragak-agak Surfina ingin memberitahu. Tarikh mesej pertama itu dihantar diperiksa. "Rasanya... lapan Mei yang lepas."
"Lapan Mei? Fuuh, lama itu. Satu pasar raya ini dah cari, tapi kelibat kak Umayma tak jumpa pun." Sufyan yang baru tiba ke arah mereka mengelap peluh di leher menggunakan baju. Haih... rasa macam buat senaman Pendidikan Jasmani sahaja.
Qaulalhaq berpusing dan meninggalkan keluarganya tanpa sepatah kata. Mungkin mahu mencari Umayma. Belakang bajunya sudah basah kerana terlalu lama mencari isterinya.
"Qaulalhaq." Si ayah memegang bahu anaknya, menghentikan anaknya dari bertindak meluru.
"Ayah, Umayma hilang itu. Takkan nak biar sahaja dia kena culik. Kalau ada apa-apa jadi dekat dia?" Nada suara Qaulalhaq bergetar meluahkan. Jujurlah, siapa tidak risau jika orang tersayang mereka hilang?
"Tak apa, kita solat dahulu. Minta banyak-banyak pada Allah S.W.T. Allah dengar setiap doa hambanya, sayang." Puan Marisa cuba menenangkan anaknya. Dia tahu betapa sayangnya anaknya pada Umayma.
Qasyid yang masih bingung dengan situasi ini menyoal. "Akak Umayma kena ulik ke, ibu?"
Surfina membulatkan mata memandang budak kecil itu. Eh, budak Qasyid ini. Nasib budak lagi.
"Ala, mesti kakak Umayma selamat punya. Adalah sekitar sini, kan? Kita kena teruskan cari sahaja." Sufyan cuba menghilangkan kegusaran di hati semua, namun tidak menjadi.
"Jomlah solat dahulu." Tegas Qaulalhaq bersuara, langsung tidak memandang sesiapa yang ada. Mungkin tengah menahan amarah ataupun... menahan kesedihan.
Surfina turut menyesetujui kata-kata ayahnya. "Rasanya, baik kita solat dahululah."
Sufyan pun hanya tersenyum, kelat. Kasihan budak kecil ini... punyalah semangat mahu buat orang lain rasa tenang. Dipulaukan pula. Tabahlah, Sufyan.
Sufyan mengekori mereka menuju ke surau. Tiba-tiba kaki kanannya terasa seperti digigit semut. Terus dia menjerit kesakitan di situ. "Argh!"
Qaulalhaq berpaling ke belakang. "Kenapa, Sufyan?"
Surfina memandang adiknya yang memegang pergelangan kakinya. "Kaki kau cramp lagi ke?"
"Taklah." Sufyan terkedu melihat di atas pergelangan kakinya sedikit lutsinar. Dia segera menurunkan seluarnya yang dilipat. "Tak ada apa-apa."
✧✧☘✧✧
"Ergh..." Kelopak mata itu bergerak-gerak. Mungkin si pemilik badan ingin bangun daripada tidur yang lena. Lama-kelamaan, kelopak matanya terbuka dan menunjukkan iris mata berwarna hitam.
"Eh?" Seorang lelaki berbaju putih menoleh ke arahnya. "Sudah bangun pun, kau... Umayma."
Memandang senyuman sinis lelaki itu, membuatkan Umayma membeliakkan mata seluas - luasanya. "Kejap, siapa kamu semua? Kenapa saya terikat atas kerusi? Saya dekat mana ini? Bukan sepatutnya da saya pergi shopping ke sekarang?"
"Ini, Dayyan dan aku Advik. Sebab kau diculik. Dekat bangunan lama dan ya." Advik menjawab segala persoalan Umayma tanpa kepala ayat.
"Ergh. Ergh!" Umayma cuba menggerakkan ke kiri dan ke kanan, sedaya-upaya melepaskan diri daripada ikatan itu.
Dayyan ketawa melihat usaha Umayma. "Buatlah apa yang kau mahu. Tetapi kau bukan diikat dengan tali. Kau diikat dengan rantai besi."
Umayma tergamam mendengarnya. Digerakkan lagi tangannya. Memang lelaki itu berkata benar! Berbunyi rantai besi berselesih saat dia menggerakkan tangannya.
"Ha!" Umayma teringatkan sesuatu. "Saya lupa baca doa bangun tidur! Bukakanlah... saya nak tadah tangan, baca doa."
Dayyan merenung tajam Umayma. "Kau ingat aku bodoh, ke? Kalau aku buka, sah sahlah kau lari. Baca sahaja dalam hati."
Umayma berbisik, mengutuk lelaki itu. "Ceh, selalunya aku tengok dalam drama, penjahat selalu bodoh. Ini bijak pula."
"Dah baca ke?" tanya Dayyan.
"Eh, kejap. Kejap. Belum." Umayma terus membaca doa bangun tidur dalam hati.
Selang beberapa saat, Advik bersuara. "Kita orang culik kau ini sebab kau berbakat... bijak."
Umayma mencelah dengan pipi kemerah-merahan. "Eh, janganlah puji. Segan pula saya."
Advik menghiraukan perangai sengal Umayma dan meneruskan ayatnya. "Dan kau juga pencipta mesin masa. Betullah, kan?"
Umayma cuba mengawal riak pucatnya. "Eh, taklah. Mana ada."
"Tak payah menipu." Satu tumbukan dilepaskan di dinding sebelah Dayyan. "Kau ada terima mesej, bukan? Daripada noktah, noktah, noktah. Tuan aku, suruh culik kau dan dapatkan mesin masa itu. Jadi... aku nak tanya."
Wajahnya psiko milik Dayyan didekatkan dengan gadis itu. "Mana mesin masa itu?"
Umayma menjarakkan kepalanya dari wajah lelaki itu. Ini sudah kenapa main dekat-dekatkan muka pula. "Kalau saya bagitahu, dapat duit ke?"
"Ah!" Umayma melaung kesakitan tatkala kakinya dipijak oleh Dayyan. Bukan selipar Jepun yang digunakan bahkan kasut kebun!
"Jangan main-main. Bagitahu sahajalah!" Advik menengking Umayma, memaksa gadis itu untuk membuka mulut.
"Saya... takkan beritahu." Umayma masih tegas dengan pendiriannya. Namun, sayangnya. Pendiriannya itu membawa kesakitan. Kakinya dipijak lagi, malah oleh dua kasut berbeza.
"Ah! Sakit!" Umayma menahan air matanya yang hampir terkeluar. Rasa macam dihentak dengan kaki katil, rasa perit sangat-sangat!
"Cakap!" Dayyan melarikan kakinya, memberi peluang untuk Umayma berbicara.
Dengan penat, Umayma memberitahu. "Dekat... huh... belakang..."
"Belakang? Belakang mana? Belakang katil? Belakang almari?" Bertalu-talu soalan dilemparkan Advik.
Umayma menggeleng. "Belakang... huh... kau orang ada katak."
"Katak?" Dua penjahat itu berpaling ke belakang.
Memang benar, ada seekor katak melompat penuh riang berdekatan mereka. Mungkin tengah syok makan lalat berterbangan di sekelilingnya. Tidak takut bahaya si lalat itu.
Wajah Umayma dipandang kembali Advik. "Heh, kau ingat aku dengan Dayyan..."
"Ah!" Kedengaran suara garau menjerit ketakutan dari tepi Advik. Dayyan tergopoh-gapah berlari keluar dari bilik bangunan lama itu, meninggalkan Advik terpinga-pinga bersama Umayma.
"Eh, kau muka beku. Tapi takut dengan katak? Katak saja kot!" Advik menayangkan wajah bengang ke arah Dayyan. Muka macam Ah Long jaga motor, apabila nampak katak sahaja terus berteriak seperti pondan siam.
"Eee, aku takutlah dengan katak!" Dengan gedik, Dayyan meluahkan.
"Eh, kau ini kan..."
Umayma tidak melepaskan peluang. Ya, jalan keluar berada di hadapan mata sahaja, terus dia mengambil langkah ke koridor tangga dengan kerusi di belakangnya.
"Woi!" Dayyan yang perasan Umayma lari di sebelahnya lantas mengejar Umayma dengan bersungguh-sungguh hati.
Umayma yang berada di tengah laluan tangga menunduk dengan pantas. Dayyan yang melompat ingin menangkapnya jatuh tergolek ke bawah tangga. Biul otak jadinya!
Umayma bangun dengan tanpa perasan kelibat Advik di belakang. Tidak semena-mena kerusi yang diikat pada Umayma terkena pada tengah-tengah seluar Advik. Apa lagi? Meratap nasiblah jadinya!
Tengok sahaja si Advik dan Dayyan sibuk menahan kesakitan, Umayma segera merebut peluang untuk lari dari situ. Keluar sahaja dari bangunan lama itu, Umayma memandang sebelah kirinyan. Ada kotak!
Dengan sekuat kudrat wanitanya, Umayma menolak barisan kotak-kotak itu ke tepi, membuatkan kotak itu menghalang pintu keluar. Ada juga bunyi kaca pecah. Mesti ada pinggan versi emak-emak di dalam salah satu kotak itu.
Ingatkan dirinya terselamat, tetapi lain daripada dia bayangkan. Dirinya dibawa lari jauh ke pelosok hutan. Hadapan yang terhias cumalah pokok-pokok dan langit senja yang terlukis.
Umayma duduk melutut tanpa sedar. Setitis air mata keluar daripada tubir matanya. Rasa penat mula mencengkam. Ya Allah, betul ke apa di hadapan aku ini?
Mendengar bunyi kotak dialihkan, Umayma cepat-cepat mengetepikan rasa putus asanya. Ah, lantaklah! Dia mahu keluar juga! Dia segera masuk ke dalam hutan tersebut dan berlari tanpa arah tuju.
Apa yang Umayma mahukan hanyalah... pulang ke rumah.
Bertemu Qaulalhaq, suaminya.
Juga keluarganya... ibu, ayah dan Qasyid.
Serta Surfina dan Umayma.
Salah seorang lelaki berbaju hoodie hitam tersenyum sinis memandang kelibat Umayma yang berlari. Dia membetulkan kedudukannya di atas dahan pokok.
Pistol tidur disasarkan pada bahu Umayma, sebelum picu dilepaskan.
"Bang!"
Dan pandangan Umayma gelap serta-merta.
✧✧☘✧✧
"Kenapa tak buat laporan polis?" Qaulalhaq mengeluarkan amarahnya yang ditahan-tahan sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.
Entah siapa mahu dimarah. Sama ada bengang sama yang Umayma tidak cerita akan mesej yang diterimanya atau marah pada si penculik.
"Sabar, Haq. Tak lari mana pun balai polis itu." Puan Marisa cuba menyejukkan api yang sedia marak. Nanti 'meletup' pula si Qaulalhaq, susah nanti.
"Lagipun, kita kena sembahyang Isyak dahulu. Barulah laporkan," ujar encik Zakaria. Yalah, seharian dihabiskan masa di pasar raya semata-mata ingin mencari Umayma.
Sufyan masuk ke dalam rumah setelah selipar selesai dibuka. Bahu kakaknya dipegang, meminta kakaknya berhenti. "Kakak..."
Surfina menoleh ke belakang dengan kening dijongketkan. "Apa hal kau ini?"
Sufyan berkira-kira ingin memberitahu kakinya tadi. "Tadi kan..."
"Ke... kau orang?" Berbunyi lantai kayu rumah dipijak Qaulalhaq menuju ke arah mereka. "Entah-entah kau orang pengintip musuh, bukan? Sebab itu isteri aku kena culik."
Sufyan laju menidakkan. "Bukan. Kami budak kecil saja. Mana ada sampai..."
Pantas Qaulalhaq memintas. "Tipu!"
"Haq." Encik Zakaria memanggil nama anaknya tanpa nada.
Surfina mengangkat tangan, memberi isyarat supaya adiknya mengunci mulutnya. Surfina membela dirinya sendiri. "Kalau kami pengintip, dah lama kami buat perkara itu. Jangan disebabkan baran papa, semua benda kena tempias."
Qaulalhaq mengerutkan dahi memandang anak mata Surfina yang serupa miliknya. "Papa? Apa kau merepek ini?"
Surfina terkelu sebentar. Aduh, dia tersalah kata lagikah?
"Assalamualaikum!" Suara memberi salam itu memecah ketegangan antara mereka. Tumpuan mata semua orang merupakan di luar rumah.
Qaulalhaq, Surfina dan Surfina memalingkan wajah ke luar serentak. Yang pasti, ketiga-tiga mereka menyebut nama yang sama. "Umayma."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro