Bab 30 - Sakit
WALAUPUN Affan kata aku dan dia confirm terikat, tetapi bila kami berdepan semuanya biasa sahaja. Tiada yang berbeza. Aku yang malam tadi begitu takut jika dia berubah laku, sedangkan aku tak beri apa-apa kata setuju, kini rasa amat lega. Dia masih dirinya yang begitu.
"Berapa banyak slide yang awak dah buat?" Aku bertanya sewaktu kami berada di bilik perbincangan. Ya, hanya kami berdua di dalam bilik kaca, di department dia. Ini merupakan hari kedua, aku di sini. Encik Mus tidak ada masalah. Dia tahu aku seorang multi-tasking. Beri dua tiga kerja berbeza pun, aku akan selesaikan. Cara bagaimana, Encik Mus tidak mahu ambil tahu. Yang dia tahu, bila dia minta semuanya tersedia.
"Dua slide. Satu untuk café dan satu untuk diesel." Dia tolak sedikit laptopnya ke arah aku. Kami duduk sebelah menyebelah. Tidak boleh duduk berdepan sebab nak kongsi lihat paparan laptop sambil berbincang. Kedudukan kami memang membelakangkan cermin kaca. Itu lebih baik. Biar orang di luar bilik ini juga dapat melihat paparan daripada laptop dan tahu bahawa kami membincangkan hal kerja.
Aku scroll slide untuk café. Ada dalam 25 slide bergambar dengan point-point penting. Selepas itu, aku buka pula slide untuk bahagian diesel. Setiap file slide ada dimuatkan borang Aspect/Impact mengikut bahagian. Affan sudah siap tandakan dengan anak panah merah kesalahan pengisian borang.
"Mira present depan saya sekejap dan selepas itu, kita berbincang pula soalan-soalan yang mungkin ditanya nanti. Boleh?"
Aku menggeleng. Tak berani! Aku masih lemah dalam bidang yang melibatkan proses dan cabang sains, walaupun ia sains alam sekitar. Lebih-lebih lagi depan Affan yang memang belajar di dalam bidang ini.
"Eh, kenapa menggeleng? Saya nak tengok Mira present. Kalau Mira boleh present, bermaksud slide saya ini berjaya difahami." Affan bercakap dengan riak serius memandang aku dari sisi. Kemudian, dia berpaling memandang pada helaian kertas di hadapannya sambil menggumam, "Atau, Mira dah mula rasa segan sebab hubungan kita dah confirm?" Bibirnya menarik sedikit senyum.
"Affan, saya tak beri apa-apa kata putus pun." Aku gerakkan sedikit kerusi, berpaling padanya. Hati dah mula bengkak. Suara dah mula bengkeng. Riak wajah ... aku pasti yang muka aku sedang tercalit warna cuka – masam.
Dia masih tidak memandang pada aku. Sibuk mencatat sesuatu pada kertas, tetapi mulutnya membalas, "Tak payahlah beri kata putus. Berilah kata sambung. Ikat mati terus."
Turun naik nafas aku mendengar kata-kata Affan. Dia memang suka menyakitkan hati aku. Entah metodologi mana yang diikutnya. Macam ni ke cara nak memenangi hati perempuan? Kena buat perempuan tu sakit hati?
Dia kemudiannya berpaling pada aku, menarik kembali laptopnya. Wajahnya tenang, tidak beriak. Kemudian, dia memilih slide paling awal. Dibesarkan, dan dia memusingkan tubuhnya, menghadap aku.
"Baiklah, saya akan present di hadapan Cik Mira, memandangkan Cik Mira segan dengan saya."
"Tak payah." Aku tarik balik laptopnya itu. "Saya akan present. Awak dengar dan tegur mana yang tidak betul."
Dia angkat kening, mempersilakan aku untuk presentation.
Ini Nur Mira Ilianilah! Jangan cabar. Aku boleh jadi professional dalam hal kerja walau hati sakit dengan sinis kata.
Aku tarik nafas dalam-dalam, baca selawat dan Bismillah. Kubetulkan riak wajah, memapar senyum acah tak ada masalah di antara aku dan dia, lalu aku mulakan presentasi dengan nada bersahaja. Seolah-olah, di hadapanku itu bukan dia, sebaliknya kumpulan supervisor.
Selesai aku present, dia tak cakap apa kecuali meneruskan perbincangan kami dengan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya oleh para supervisor.
Seharian aku berkurung di dalam bilik dengan Affan. Hanya berhenti pada waktu makan. Waktu solat, kami bergilir. Alhamdulillah, hanya dalam satu hari semuanya siap. Hanya tinggal bahagian aku untuk membuat jadual dan menempah bilik Latihan.
"Terima kasih, Mira. Esok dah tak perlu hadap muka saya lagi. Tak perlu sakit hati lagi." Dia menarik senyum sambil tangan mengemas barang-barangnya. Aku sudah berdiri, bersedia untuk beredar.
"Terima kasih kembali, Encik Affan. Nanti kalau jadual dah siap, saya e-mel." Aku terus menolak pintu untuk keluar sebelum Affan memanggil.
"Saya dah telefon mak saya beritahu tentang Mira. Saya harap, Mira boleh beritahu keluarga Mira."
Aku menggeleng sebelum terus berlalu. Suka hati dia sahaja!
Malam itu, dia tak telefon. Aku rasa bersyukur. Tetapi, entah kenapa hati jadi tak tenang. Mungkin sebab dah biasa, bila berlaku sesuatu di luar kebiasaan, aku rasa kehilangan. Aku tak jadi membaca. Lalu, kupadam lampu. Cuba lelap.
Tapi tak boleh. Akal masih memikirkan perkataan-perkataan Affan. Entah apa yang dicakapkan dengan emaknya. Dan, apa pula kata orang tua Affan.
Ish, kenapalah aku kena fikir semua ini? Aku tak ada apa-apa dengan dialah! Lantaklah dia nak cakap apa pun dengan emak dia. Aku tarik bantal yang menjadi alas kepala, lalu aku tekup telinga dan muka dalam keadaan mengiring. Malah, kutekap kuat pada sisi kepala, acah tak mahu akal menerawang mengingati kata-kata Affan yang dah meragut ketenangan hidup aku.
HANYA selepas tiga hari, aku bertemu Affan semula. Kami akan memulakan sesi latihan. Aku sudah siap masukkan slide Affan ke dalam komputer di bilik latihan. Sudah siap-siap kunyalakan LCD projector. Kami sudah membuat pembahagian tugas presentasi. Aku akan membuat mukadimah, seterusnya mengenalkan Affan kepada para supervisor. Affan akan present pada sesi pertama dan aku akan ambil alih pada sesi seterusnya.
Sepanjang Affan melakukan presentasi, aku lihat supervisor begitu teruja dan fokus dengan bicaranya. Dia ada karisma dan juga sense of humor. Kata-katanya tersusun dan mudah difahami. Malah, leluconnya begitu menarik hati.
Tiba-tiba, aku rasa kerdil. Malu pula pada diri sendiri. Cara presentasi Affan membuatkan peserta nampak relaks dan tidak tertekan. Mereka enjoy dengan pembelajaran. Bagaimana pula dengan presentasi aku? Selama ini aku yakin dengan diri dan pembawakan presentasi. Tetapi, selepas melihat Affan, aku jadi hilang keyakinan.
Entah kenapa, aku rasa sedih dan sebak. Aku keluar dari bilik latihan, menuju ke tandas. Rasa nak menangis. Dan, aku ... lepaskan. Aku tahu, sepeninggalan aku, Affan tidak akan apa-apa. Dia sudah mendapat perhatian para supervisor. Mereka mula menyukai Affan. Aku akan biarkan Affan meneruskan sesi.
Puas menangis, aku bergerak ke surau. Memang di awal waktu, tidak ada orang. Aku tahu, Affan sudah selesai presentasi bila kulihat jam di tangan sudah bergerak ke pukul satu petang. Peserta mungkin sedang menuju ke café dengan kupon makan yang sudah kuberi awal. Affan juga mungkin sudah ke café. Sesi aku, di sebelah petang. Mungkin akan kulepaskan pada Affan. Aku hilang keyakinan.
Di surau, aku siap-siap bertelekung menantikan waktu zohor sebelum tiba-tiba telefon aku menyala. Affan menelefon.
"Assalammualaikum. Mira kat mana? Saya cari di café, tapi tak nampak pun."
"Saya kat surau." Aku balas, pendek.
Dia diam sejenak sebelum membalas, "Mira tak puasa, kan?"
"Tak."
"Okey, saya makan dulu. Nanti lepas zohor kalau Mira masih belum selesai makan, saya stand-by." Dia putuskan talian.
Aku rasa sedih tiba-tiba. Rasa macam tak diperlukan. Affan seolah-olah dah ambil semua yang aku punya selama ini. Perhatian pekerja, keupayaan presentasi, malah dia nak kawal kelas dan kerja-kerja yang selama ini aku buat seorang diri.
Tak tahu kenapa perasaan negatif sebegini menyerap ke dalam diri aku. Sepatutnya aku bersyukur sebab ada seseorang yang independent, malah boleh back-up aku dalam tugas. Tapi, rasa sebaliknya pula yang muncul.
Cepat aku beristighfar dan melakukan solat zohor sebaik notifikasi azan di telefon bimbit, berbunyi.
Selesai solat, sebaik keluar dari surau, aku terpandang Affan. Dia sedang berbicara dengan seorang gadis beruniform leader. Aku tahu dia leader dari line mana. Cuma, namanya aku tak ingat. Gadis ini muda daripada kami. Aku dan Affan, sebaya. Hanya beza bulan kelahiran. Dia di awal tahun, aku di hujung.
Aku agak, gadis ini mungkin menahan Affan sewaktu Affan ingin ke surau. Tentu dia bertanya tentang proses yang melibatkan Aspect/Impact. Affan yang berwajah manis walaupun tidak senyum itu menerangkan dengan tenang. Sesekali, terdengar tawa kecil Affan.
Aku mengelak untuk terus memandang. Malah, sebolehnya hendak kututup pendengaran.
Entah kenapa hati rasa bagai dicucuk pisau. Cepat aku menjauhi surau, melangkah pulang ke pejabat. Sehingga aku terlupa yang aku belum makan.
Aku duduk termenung di dalam pejabat. Aku dan dia tidak ada apa-apa hubungan. Mengapa hati aku berperangai begitu? Sakit hati tak menentu? Aku menggeleng sebelum ditegur oleh Nad yang baru balik dari café.
"Kau dah kenapa, Mir?"
"Tak ada apa."
"Gaduh dengan cikgu, eh?"
Aku hantar jelingan tajam. "Dah kenapa aku nak gaduh dengan dia? Dia bukan boyfriend aku, pun." Aku ON komputer. Cuba fokus dengan kerja. Sesi petang, biarlah Affan handle. Aku tak ada mood nak present.
Baru nak fokus, tiba-tiba rasa perit pada perut. Ah, sudah! Gastrik aku datang.
"Mir, kau kenapa?"
"Gastrik. Kau tolong aku, boleh Nad?" Aku sudah membongkok, menekan perut. Muka berkerut menahan pedih menyengat. Rasa nak menangis.
"Hah, boleh. Kau nak aku buat apa?" Nad dah cemas.
"Ambil nestum packet dalam laci meja aku, tolong bancuh sekejap."
Cepat Nad bertindak. Pantry tak jauh dari department kami. Nad tiba dengan secawan Nestum panas. Aku tiup perlahan sebelum kuhirup. Air mata yang menitis, aku biarkan sahaja. Tak larat nak kesat. Perit dan tegang urat perut, benar-benar menyentap.
"Nad, kau tolong pergi bilik latihan. Bagi tahu pada cikgu yang aku tak sihat. Suruh dia teruskan tanpa aku. Dah selesai nanti, aku kemas."
Nad terus keluar dari ofis. Aku habiskan secawan Nestum panas.
Petang itu, agak-agak kelas Affan sudah tamat, aku menjengah ke bilik latihan. Lampu sudah sedia terpadam. Sebaik pintu kutolak, dan lampu kubuka, segalanya teratur elok. Affan dah kemas semuanya.
Sekali lagi, aku ... terasa. Dia tak perlukan aku.
.
.
.
1549 pp
19 Jun 2021
06.30 petang
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro