Bab 9
"Kita sudah sampai" kata pemandu itu. Yaya dan Ying melihat istana itu dengan takjub. Istananya sungguh penuh alat berteknologi tinggi dan putih bersih. Tiada cacat cela.
Sebelum keluar, Gempa maju menyimpan buku elemental tetapi dihalang Ochobot.
"Gempa, kejap"
"Ya, kenapa Ochobot?"
"Lupa nak beritahu ni. Thorn?"
"Ya Ochobot?" Tanya Thorn.
"Gempa, buka muka surat yang kertas Raja Balak bagi tu" arah Ochobot.
"Okey!" Gempa menyelak buku sehingga sampai muka surat yang dimaksudkan Ochobot.
"Thorn letak tangan Thorn di sini" arah Ochobot. Terus Thorn meletak tangannya di atas kertas itu. Tidak lama kemudian, muncul gelang di pergelangan Thorn.
"Wah, apa ni?!" Soal Thorn melihat gelang berlogo daun di tangannya.
"Itu untuk tingkatkan kuasa Thorn. Sorry lupa nak beritahu awal" jawab Ochobot.
"Takpe. Asalkan sudah dapat" kata Thorn dan membelek gelang itu. Gempa menyimpan semula buku elemental dalam begnya.
"Ok, Gempa jom" kata Yaya dan Ying gembira. Gempa mengendong begnya hanya tergelak saja perangai mereka berdua.
Thorn membuka langkah dulu dan mereka di belakangnya. Thorn berjalan ke sebelah pintu gerbang besar. Ada sistem di sebelah pintu. Jari Thorn menekan suis sistem itu.
Siapa kamu?
"Hai, saya Putera Thorn dari Kerajaan Daun"
Apa tujuan kamu datang ke sini?
"Saya mahu berjumpa Raja dan Permaisuri serta anaknya"
Bukti kamu Putera Thorn
"Kerajaan Daun rapat dengan Kerajaan Cahaya. Seperti mana tumbuhan memerlukan cahaya dan cahaya tidak akan kedekut berinya."
Betul! Adakah mereka mengikuti?
Thorn menoleh ke belakang. Gempa, Ochobot, Yaya dan Ying risau mereka tidak akan dibenarkan masuk. Thorn senyum kepada mereka untuk tidak perlu risau. Thorn pandang ke hadapan semula.
"Ya, mereka akan masuk. Mereka itu kawan-kawan saya. Jangan risau."
Hmm. Baik, kamu dibenarkan masuk!
Terus pintu gerbang besar itu dibuka. Thorn melangkah masuk diikuti Gempa, Ochobot, Yaya dan Ying. Sehinggalah mereka sampai ke pintu istana pertama. Pembantu di depan pintu menegur mereka.
"Kamu semua mahu berjumpa siapa?" soal pembantu itu.
"Kami nak berjumpa permaisuri dan raja bersama anaknya" ucap Thorn sebagai wakil mereka.
"Oh, silakan masuk!" kata pembantu itu dan membuka pintu. Mereka semua melangkah masuk. Yaya, Ying dan Ochobot tergamam melihat dalam istana itu. Reka hiasan dalaman yang sungguh moden. Thorn mengarahkan mereka duduk di ruang tamu.
"Wah, nampak moden lah" kata Yaya.
"Semua warna putih, tiada kotor langsung" jawab Ying.
"Memanglah. Dah kata kerajaannya yang pertama paling maju, mestilah tema dalam istana kena moden" kata Thorn.
Datang seorang permaisuri berjalan ke ruang tamu. Thorn, Yaya, Ying dan Gempa bangun. Permaisuri tunduk gaya inggeris. "Hai, beta ialah Permaisuri Terang dari Kerajaan Cahaya" ucap Permaisuri Terang.
"Oh, Thorn! Mana mama papa kamu? Dan siapa mereka?" soal Permaisuri Terang selepas membuat tunduk hormat.
"Mereka.." Baru Thorn mahu berkata, seseorang menarik perhatian mereka.
"Erghhh" dengus Solar.
"Solar! Hai Solar!" panggil Thorn dan melambai tangan kepada Solar. Solar nampak kelibat Thorn dan senyum. Mereka berpelukan dan shake hands .
"Ehem ehem" deham Permaisuri Terang menarik perhatian mereka. Mereka berdua tersengih. Solar nampak kelibat Gempa, Yaya dan Ying terus senyum dan selak rambutnya.
"Hai! Aku putera Solar dan putera yang paling kacak dan swag" kata Solar. Tiga gadis itu menjuling anak mata ke atas. Mamat ni perasan lebih.
"Ehem. Aku puteri Gempa dari Kerajaan Tanah. Selamat bertemu Permaisuri Terang dan Putera Solar" ucap Gempa dan tunduk hormat gaya inggeris.
"Dan patik ialah Yaya"
"Patik pula Ying"
"Kami berdua merupakan pembimbing dan pengawal kepada Puteri Gempa" kata Yaya dan Ying serentak dengan membuat tunduk hormat juga.
"Ooh. Puteri. Hai Puteri Gempa!" kata Solar dan senyum lebih kepada senyum gatal. Ehek!
Gempa hanya senyum kepadanya. Tak naklah dikatakan kurang hajar.
"Psst, Gempa. Aku nak ke perkenalkan diorang" bisik Ochobot.
"Kena lah" bisik Gempa.
"Dan patik ialah Ochobot, guardian Puteri Gempa. Senang bertemu Permaisuri Terang dan Putera Solar" kata Ochobot dan membuat tunduk gentleman. Gitu...😀
"Eh apa benda tu?" tanya Solar dan menurunkan sedikit cermin matanya.
"Patik ialah pari-pari" ujar Ochobot.
"Hahaha. Mama percaya ke dia tu?" soal Solar. Permaisuri Terang senyum dan menangguk.
"Tak percayalah karut macam ni. Kena buat eskperimen" Solar pergi ke Ochobot. Ochobot lari dan pergi ke pelukan Gempa.
"Woi, aku bernyawa lah!" jerkah Ochobot.
"Takde" kata Solar dan mahu mengambil Ochobot.
"Aduh. Macam macamlah perangai anak ni. Sini Solar. Tak baik. Hormat tetamu" kata Permaisuri Terang.
"Tapi mama. Dia ni"
"Sooolarrr!"tegas Permaisuri Terang.
"Errgh, baik mama" kata Solar dan duduk di sebelah Permaisuri Terang.
"Apa bising-bising ni?" soal Raja Light tiba-tiba. Mereka semua pandang ke belakang. Kelihatan Raja Light dengan mukanya penuh peluh. Mereka semua kecuali Solar dan Permaisuri Terang bangun dan tunduk hormat.
"Ooo. Thorn yang datang" kata Raja Light dan dia pandang pula Gempa.
"Eh, kamu ni Puteri Gempa kan? Dari Kerajaan Tanah?" soal Raja Light.
"Benar tuanku" jawab Gempa.
"Apa tujuan kamu semua datang sini?" soal Raja Light.
"Sebenarnya kami baru mahu memberitahunya" jawab Thorn.
"Oh. Silakan duduk dahulu."pelawa Raja Light. Mereka semua kembali duduk. Thorn menceritakan semua apa yang berlaku dan kadang-kadang Gempa menyampuk juga.
" Hmm" Raja Light berfikir. Anak matanya melirik kearah Solar. Solar duduk tegak dan tidak bergerak langsung. Solar masih tak percaya cerita tadi.
"Tuanku!"
Tiba-tiba seorang pengawal berlari ke arah Raja Light. Raja Light memandang pengawal itu.
"Kenapa?"
****
Sorry semalam x update. Sibuk memanjang buat kek, kerja sekolah online !!! Kenapa cikgu?😭 ok.
Jangan lupa vote dan comment. Nanti ada double update.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro