Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

Cawan di tangannya diletak di atas piring selepas minum. Gempa memandang Yaya dan Ying. Yaya dan Ying sungguh kagum dengan binaan istana Kerajaan Daun. Gempa hanya senyum saja.

"Gempa" panggil seseorang. Gempa, Yaya, dan Ying menoleh ke belakang. Thorn menghampiri mereka. Ditarik kerusi dan duduk bertentangan Gempa.

"Hai Gempa!" Kata Thorn. Dia senyum dan mata dicomelkan. "Hai Thorn!" Balas Gempa dan senyum.

"Mana Raja Balak dan Permaisuri Flora?"tanya Gempa.

"Ooh, mereka di Taman Harmoni. Kejap lagi mereka sampai. Kenapa Gempa tak panggil mereka pak cik dan mak cik. Selalunya Gempa.." Belum sempat Thorn kata habis, terus Gempa memintas ayat Thorn.

"Itu lain. Apa-apa jerlah. Gempa nak cakap forward tujuan Gempa datang ni. Gempa datang ni sebenarnya Gempa mahu bekerjasama dengan enam putera untuk selamatkan keadaan. Dan kemungkinan Thorn merupakan putera yang dimaksudkan oleh bonda Gempa" kata Gempa.

"Selamatkan keadaan? Maksudnya Thorn akan jadi hero? Yeah! Thorn akan jadi hero! Yeah! Yeah!"Thorn bersorak kegembiraan. Gempa menepuk dahinya sendiri. Yaya, Ying, dan Ochobot ternganga dengan perangai Thorn.

"Psst, korang jangan terkejut sangat. Thorn ni sebenarnya lurus bendul dan childish" bisik Gempa kepada Yaya, Ying dan Ochobot di belakang nya.

"Apakah?!" Yaya, Ying dan Ochobot masih tergamam. Mereka ingat semua putera dan puteri suka fikir macam dewasa, tetapi Thorn lain benar.

"Korang berbual apa tu?" Tanya Thorn. Gempa pandang ke hadapan semula dan senyum.

"Tiada apa-apa pun"

"Hmm...nak tahu juga"

"Tiada apa-apa. Tidak penting pun"

"Nak tahu juga. Kata tidak penting"

"Erkk. Ha! Raja dan permaisuri sudah sampai!"

Jari tunjuk Gempa menunjuk Raja Balak dan Permaisuri Flora berjalan menuju ke mereka. Thorn menoleh ke belakang untuk memastikan kata-kata Gempa betul. Ternyatanya betul terus Thorn bangun dan duduk di sebelah Gempa untuk memberi pasangan suami isteri tempat duduk

Sesampai sahaja di hadapan meja, Gempa bangun dan menyalam Raja Balak dan Permaisuri Flora. Selepas menyalam, terus mereka bertiga duduk.

"Gempa, kenapa datang sini? Bukan dua hari lepas Gempa sudah datang? Dan mana ayahanda dan bonda kamu?"
Tanya Raja Balak.

"Macam ni pak cik, mak cik. Sebenarnya, kerajaan Tanah diserang..." Kata Gempa. Thorn memandang Gempa. Sekarang baru panggil pak cik dan mak cik?

"Apa!?"laung Raja Balak dan Permaisuri Flora lantang.

"Siapa yang serang?" Soal Raja Balak.

"Tidak silap saya, pengawal ada kata nama musuh tu ialah A..dudu kut"jelas Gempa.

"Apa!?!!"

Thorn, Gempa, Yaya, Ying dan Ochobot menutup telinganya.

"Err... Bonda ada menyuruh Gempa. Gempa perlu berjumpa enam Putera dan bekerjasama mereka. Oleh kerana itu, tujuan Gempa datang ke sini atas pesanan bonda." Jawab Gempa.

Raja Balak terdiam. Permaisuri Flora memandang mereka berlima.

"Nampaknya keadaan menjadi rumit" ujar Permaisuri Flora.

"Maksud mak cik?" Tanya Gempa.

"Payah untuk menjelaskan. Tapi mak cik benarkan Thorn bekerjasama kamu" kata Permaisuri Flora.

"Hah?"

"Thorn. Kamu perlu bersama mereka untuk selamatkan keadaan. Thorn tidak perlu risau dengan kerajaan. Papa boleh uruskan dari musuh tu" jelas Raja Balak. Namun, Thorn sungguh seperti blur.

"Haih, susah nak cakap anak papa ni. Macam ni. Kamu akan bekerjasama dengan Gempa. Selamatkan kerajaan. Kamu perlu tinggalkan kerajaan. Faham?" Sembut Raja Balak.

"Ooo"

Gempa, Yaya, Ying dan Ochobot menepuk dahi.

"Sebelum tu, kamu semua pergi mandi. Muka kamu bertiga tu comot-comot. Sementara itu, Thorn menyiapkan barang" kata Permaisuri Flora. Gempa, Yaya, dan Ying menggaru kepala. Memang banyak cabaran mereka hadapi, sebab itu muka kusam.



Yaya dan Ying mengetuk pintu. Namun, tiada balasan di dalam bilik itu.

"Gempa!" Laung Ying dan mengetuk pintu.

Beberapa minit, pintu dibuka. Kelihatan Gempa berpakaian simple namun menarik.

"Sabar lah, Yaya dan Ying. Tak boleh tunggu ke?" kata Gempa. Namun, Yaya dan Ying tidak menghiraukan kata-kata Gempa. Mereka terpegun dengan pakaian Gempa.

"Gempa nampak cantik!" Kata Ying.

"Dah dah tu puji-puji ni. Jom. Kata nak cepat" balas Gempa. Yaya dan Ying menggaru kepala lagi. Tangan Gempa terus menutup pintu.

"Yaya, Ying. Dah ada ke beg Gempa?" Soal Gempa.

"Sudah lama boss!" Kata Yaya dan Ying serentak serta tabik kepada Gempa.

"Ada-ada je korang ni. Jom" kata Gempa dan berjalan. Yaya dan Ying ketawa kecil selepas mendengar kata-kata Gempa. Sekali-sekala, kenalah buat gurauan. Biar hati terhibur.

Ketika mereka berjalan, mereka terserempak Thorn dab Ochobot.

"Thorn sudah bawa barang penting?" Soal Gempa.

"Sudah!" Kata Thorn dan senyum. Sesampai saja di hadapan pintu istana, Raja Balak menghampiri mereka.

"Papa!" Jerkah Thorn dan mata pejam.

"Thorn, hati-hati ya" kata Raja Balak dan memeluk anaknya. Beberapa minit, mereka leraikan pelukan.

"Gempa"

"Ya pak cik"

"Nah. Mungkin lambat petunjuk ni. Tapi tidak mengapa" kata Raja Balak dan menyerahkan sehelai kertas. Gempa mengambilnya.

"Baca petunjuk tu betul. Berhati-hati ya" kata Raja Balak. Mereka semua terus menyalam Raja Balak sebelum keluar.

"Apa tu?"tanya Yaya. Gempa terus membacanya.

" Berakhir jumpa dia, pokok menunjuk arah. Terangnya hati tidak membendung dia. Walaupun tegas, namun hati tetap putih"kata Gempa membaca kertas tu.

"Apa ni? Berbelit-belit ayat"gumam Gempa.

"Kejap" Ying membuka beg Gempa di belakang Yaya. Dikeluarkan dan membuka buku Elemental itu.

"Apa Ying buat?" Soal Gempa.

"Cuba kertas tu letak di atas ni" kata Ying. Gempa meletak kertas tu dari tangannya. Ajaibnya, kertas yang dikoyak dicantum dengan kertas itu.

"Apakah ini?" Kata Gempa, Thorn dan Yaya.

"Yeah, kita jumpa kertas dikoyak itu" sorak Ochobot. Mereka memandang Ochobot datar.

"So, siapa dapat teka ni?"tanya Gempa.

"Aku rasa ini macam petunjuk jumpa putera." Jawab Yaya.

"Hmm. Kalau macam itu, kita pergi Kerajaan Cahaya. Jom!" Laung Putera Thorn.

"Kerajaan Cahaya?"

"Alah, ia dekatnya"

"Kerajaan Angin nanti ke?"

"Nantilah. Kerajaan Cahaya dulu" kata Thorn dan mata dicomelkan.

"Okey. Kalau macam itu, sudah bersiap sedia dengan tele.." Belum sempat Ochobot habis kata, tiba-tiba Thorn bertanya.

"Nak pergi apa?" Tanya Thorn.

"Telepotasi" jawab Ochobot.

"Alah. Thorn dah tempah driver untuk pergi ke Kerajaan Cahaya"

"Apa!" Laung mereka kecuali Thorn.

"Sejak bila?" Soal Ying.

"Sejak kata nak selamatkan keadaan. Thorn tak sabar nak jumpa kawan Thorn di sana" balas Thorn.

"Takpe lah semua. Kali ini kita naik kereta" kata Gempa.

"Yeah!"

Mereka hanya melihat datar saja dengan perangai Thorn yang kebudak-budakan.

*****
Semua dah dapat teka siapa tu mereka berjumpa. Heh heh.
😏😏😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro