Bab 23
"Cepat masuk!"
Pengawal itu terus menolak Gempa, Yaya, Ying, Thorn, Taufan, Solar dan Fang ke mahkamah tertinggi. Solar mendengus dan menjeling tajam pengawal yang menolaknya.
"Cepat!"tengking pengawal itu setelah menyedari Solar menjelingnya. Mata helangnya membuatkan Solar sedikit takut. Terhinjut bahu Solar dan akur sahaja. Mulutnya terkumat-kamit dan hatinya sudah bermacam-macam sampah-seranah terhadap pengawal itu.
"Oit!" Fang melanggar bahu Solar.
"Apa?"
"Cepatlah jalan!"
"Yerlah. Tak sabar betul!"
Raja Thunder selaku hakim di mahkamah tersebut hanya duduk seraya matanya memerhati tingkah laku mereka.
"Baik, semua ada?" Tanya Raja Thunder.
"Sudah!"
"Mari mulakan perbicaraan."
"Sila baca sumpah!"
Selepas mereka mengangkat sumpah, pendakwa raya bangun.
"Bahawanya Puteri Gempa, Putera Solar, Putera Thorn , Putera Taufan, Fang, Yaya dan Ying telah dituduh kerana memasuki Kerajaan Petir secara tiba-tiba dan masuk tanpa lalui pintu utama dahulu."
Mereka hanya mendengar saja hujah-hujah pendakwa raya.
"Soalan saya, adakah kamu semua betul-betul puteri dan putera?"
"Benar!"
"Bagaimana kamu semua boleh masuk Kerajaan Petir walaupun dengan kawalan ketat?"
"Err, telepotasi."
"Dengan?"
"Telepotasi dari Ochobot."
"Siapakah Ochobot?"
"Gempa, nak beritahu ke?"bisik Yaya kepada Gempa. Gempa termenung. Dalam fikirannya, nak ke tak beritahu?
Tak! Tak!
Raja Thunder mengetuk guna penukul beberapa kali di atas meja.
" Sila jawab jujur," kata Raja Thunder, tegas.
"Ochobot itu pari-pari lelaki."
Satu saat.
Empat saat.
Sepuluh saat.
"Haha hahaha!" Satu mahkamah bising dengan gelak tawa.
"Nak tipu agak-agaklah!" Ujar pendakwa.
Raja Thunder mengetuk guna penukul beberapa kali, semua kembali diam.
"Ehem. Teruskan."
"Baiklah. Kalau benar Ochobot itu... Di manakah dia?"
"Sini!" Ochobot muncul di atas meja pendakwa. Pendakwa terus terkejut.
"Pfft, hahaha"
Ochobot pula yang gelakkannya.
"Baiklah, kamu. Sila berdiri di kandang saksi," arah Raja Thunder. Ochobot akur. Perbicaraan di mahkamah berjalan lancar.
"Baiklah. Dengan ini mahkamah mengutuskan, kamu semua didenda RM1000 setiap seorang." Jelas hakim.
"Gempa, macam mana ni?" Soal Yaya dan Ying kepada Gempa.
"Takpa. Aku bayarkan."
"Hah, bila masa Gempa bawa duit?"
"Manusia kalau nak pergi dahulu, mesti kena bawa harta, kan?"
Yaya dan Ying tersengih.
"Solar, kau bayarkan boleh?" Tanya Fang.
"Eh, banyak pula kau. Pergilah minta abang kau tu."
"Please... Ini ke contoh sebagai raja akan datang?" Tanya Fang dan sengih. Solar memutarkan bebola matanya. Ceh!
Selepas perbicaan tamat, Raja Thunder sudah beredar.
Pendakwa raya bangun, begitu juga peguam bela. Mereka saling bertatapan. Muncul senyuman sinis di kedua-dua bibir mereka.
"Tak sangka kita seri, Shielda."
"Heh, tak sangka juga encik pendakwa raya."
"Ehem. Aku ada nama ya."
"Ouh lupa. Encik Sai."
Mata mereka saling bertatapan tajam.
"Err, Helo?" Sapa seseorang. Mereka memandang dia. Dia, iaitu Yaya dan Ying sengih apabila menggangu mereka.
"Kami cuma nak berterima kasih saja."
Shielda senyum dan menangguk.
"Sama-sama. Yang pendakwa raya, tak perlu nak berterima kasih. Sebab dia nak sabit kesalahan kamu tegas."
Yaya dan Ying hanya mampu senyum saja. Sai jeling Shielda seraya kakinya melangkah meninggal mahkamah tersebut. Panas melayan Shielda.
"Korang tak perlu susah abang aku tu. Jap lagi, redalah. Biasalah, pendakwa dan peguam," ujar Shielda menenangkan hati Yaya dan Ying. Yaya dan Ying mengangguk.
***
Raja Thunder duduk sofanya apabila habis kerja. Kepalanya runsing akibat keseharian kerjanya. Matanya menatap anaknya yang bermain pedang dengan tangkas.
Dia menyeluk poketnya, mengeluarkan gambar seorang wanita yang amat rinduinya.
"Kalaulah sayang ada sekarang..."
"Ayahanda!" Laung Halilintar. Mukanya tiada secalit senyuman, dan tangannya memegang pedang. Raja Thunder terus menyimpan semula gambar itu. Anak matanya memandang Halilintar.
"Kita berkawan lagi dengan pedang!"ujar Halilintar. Raja Thunder senyum sinis.
" Kali ini ayahanda tak nak kamu kalah lagi!" Wajah Raja Thunder yang marah ditatapnya, namun Halilintar tidak mengubah pun wajah nya. Rasa takut nya tiada.
Ya, kali ini dia tak nak kalah lagi. Kalau kalah, dia akan didenda lagi. Dia bersedia.
**
Hah, amik kau cover cantik.
Baru Ira perasan yang Ira lama tak update buku ni. Sorry. T^T
Sbb apa Ira lambat?
1. Writer block
2. Buat cerita lain.
3. Sakit perut jadi Ira malas
Lagi satu, sapa nak Ira buat cover utk cite Boboiboy, ejen ali , Ira boleh buatkan. Cuma tak cantik yg korang nak. Kalau nak tengok, boleh tengok kat My Cover Trash. Ira tengah bosan ni. TT meh, meh!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro