Bab 22
Derapan kaki menarik perhatian Inspektor Kokoci. Pintu dibuka dan terjengul wajah seorang jejaka yang kacak.
"Oh, komander. Sila masuk" pinta Inspektor Kokoci. Tangannya cepat-cepat menyusun kertas di hadapan nya seraya membetulkan kedudukan sesuai di atas kerusi. Jejaka itu mengangguk dan senyum nipis. Kakinya melangkah masuk bilik itu dan mengambil tempat duduk berhadapan Inspektor Kokoci.
"Apa kes jenayah sekarang di Kerajaan Petir?" soalnya.
"Sekarang ni, ada pendatang asing tiba-tiba sudah sampai di kerajaan ini. Dan paling sulit, di antara mereka mengatakan putera dan puteri"
Jejaka itu mengangguk. Agak serius juga kes ini, desisnya.
"Hmm. Boleh beri maklumat mereka?"
"Boleh" Inspektor Kokoci mengambil kertas yang disusunnya lalu memberi kertas tersebut kepada jejaka itu.
"Ini ialah orang katakan yang mengaku putera" kata Inspektor Kokoci dan menunding gambar seorang lelaki yang memakai cermin mata.
Jejaka itu hanya membalas dengan anggukan sahaja. Jarinya menyelak muka surat sebelah.
Gambar seorang lelaki yang berkaca mata dan rambut ungu gelap membuatkan matanya terpaku.
"Ini dia kata dia pembantu Putera Solar. Kononnya" jelas Inspektor Kokoci. Jejaka tersebut mengetap giginya dan kertas di tangannya dicengkam kuat.
**
"Lama lagi ke?" tanya Solar yang baring di atas katil.
"Ish, kau ni asyik merungut je" bebel Taufan. Solar hanya menjuling matanya. Nak tanya pun salah, desis nya.
Seorang anggota polis datang dan berdiri di hadapan lokap.
"Dengar sini, ketua pengawal Kerajaan Petir akan datang. "
Mereka semua hanya membalas anggukan. Selesai saja tugasnya, polis tersebut terus beredar.
"Uiish, dia nak datang! Cepatlah aku nak keluar dari sini" kata Solar. Semua orang di dalam itu tidak layan dengan songeh Solar.
Skreeet...
Pintu dibuka luas dan ketua pengawal berjalan dan menuju ke lokap mereka. Mereka semua memandang ketua pengawal itu.
Perghh! Mukanya kalah artis korea. Ketua pengawal itu tajam melihat Fang. Iris mata merahnya macam darah menusuk tajam mata Fang.
Fang hanya menunduk memandang lantai seraya tangannya menggosok lengannya.
"Heh" Ketua pengawal itu senyum sinis, lengannya disilangkan. Dia memerhati semua orang di dalam lokap tersebut.
"Tak sangka kau terlibat sama. Memalukan aku!" laung ketua pengawal tersebut. Semua di situ menjeling Fang di belakang. Sungguh ganas abang Fang.
"Macam mana korang tiba-tiba sampai di Kerajaan Petir?" tanya ketua pengawal dengan nada marah.
"... Kami guna telepotasi..." ujar Gempa perlahan.
"Heh, telepotasi?"
Gempa hanya menangguk saja.
"Apa tujuan kamu semua datang ke sini?"
"Kami cuma mahu berjumpa Raja Kerajaan Petir dengan hal penting" balas Ying. Ketua pengawal itu diam. Kepalanya ligat berfikir.
"Sudah! Perbicaraan dengan raja bermula besok! Harap korang dapat beri penjelasan. Selamat berjaya" Terus ketua pengawal itu beredar begitu saja.
"Hah, macam tu je dia kata?" kata Solar.
"Macam tu? Habis nak apa lagi?" tanya Thorn.
"Cakaplah kita dah dapat lepas. Ini tak adil sebab kita ni kan putera!" balas Solar.
"Sabar jelah. Besok dah mula dah" kata Taufan. Matanya kuyu melihat Solar mengamuk tidak tentu pasal.
Ying melihat Fang yang sama macam keadaan itu.
"Fang, kau tidak apa-apa?" tanya Ying prihatin. Fang memandang Ying dan hanya senyum nipis.
"Tak de apa-apa"
"Hmm. Kalau ada masalah, cakap ngan aku atau mereka"
"Ok" jawab Fang. Dia pergi ke arah katil dan duduk.
**
Sorry sume lambat update. Ira tengah sibuk. Nnt kalau ada masa Ira cuba try curi masa.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro