Bab 21
Mereka terus disumbat ke dalam kereta. Askar-askar atau senang panggil pengawal terus menutup pintu dan memandu kereta tersebut. Terhimpit-himpit dalam kereta.
"Woi, lepaskan aku lah. Aku ni Putera Solar yang swag dari Kerajaan Cahaya" jerit Solar lantang. Namun kedua pengawal buat endah saja dan terus kan hadapan jalan raya.
"Sebab itulah aku nak kata korang. Jangan terus masuk kerajaan Petir. Kena sampai hadapan pintu masuk" balas Taufan.
"Kau tak cakap awal-awal" ujar Fang.
"Aku tak tahu korang nak pergi Kerajaan Petir dulu" kata Taufan. Solar dan Fang hanya tersenyum sinis.
Sepanjang perjalanan ke lokap Kerajaan Petir, Solar yang duduk di tepi tingkap memandang ke luar.
"Ini ke kerajaan kedua yang maju. Tak canggih langsung" sinis Solar. Kerajaan Cahaya dan Kerajaan Petir memang pesaing kuat, tu lah sampai mulut Solar pedas sangat nak bagi penampar.
Sesampai saja di hadapan balai polis kerajaan Petir, pengawal terus menghumbankan mereka di dalam lokap.
"Sesuka hati je humban aku dalam lokap. woi, aku ni Putera Solar. Dengar tak, Putera Solar!" jerit Solar kuat. Mereka semua menutup telinga, pekak kalau tak tutup.
"Solar, kau boleh diam tak? bukan kau sorang je kat dalam loakp ni"kata Thorn. Solar hanya menjelingnya.
"Diam semua. Mungkin esok atau minggu depan perbicaraan"balas Taufan.
"Ish, aku tak pernah tau masuk lokap ni" bebel Solar.
Di sebalik mereka bising tu, tiga gadis hanya tengok saja.
"Macam budak-budak" kata Ying.
"Tak tenang kita kalau diorang bising"ujar Yaya.
"Aah" balas Gempa.
Sedang mereka bertengkar, Gempa teringat sesuatu. Matanya melirik Fang yang cuba Henri suasana.
"Fang, kau kata abang kau ketua pengawal kerajaan Petir?" Tanya Gempa. Semua mata mengalih memandang Fang.
"Eer-, ya?" Kata Fang, canggung.
"Ha, baguslah. Suruh abang kau datang dan tolong kita keluar dari lokap ni" bebel Solar. Mereka memandang datar kepada Solar.
"Apa?"tanya Solar dengan riak tidak bersalah.
"Mungkin, tapi-" Fang membiarkan ayatnya tergantung. Tangannya sengaja menggaru rambut yang tidak gatal.
"Tapi- abang aku tu susah nak cakap" kata Fang.
"Hah, abang kau bisu?" Soal Thorn. Fang menepuk dahinya.
"Bukan macam tu-"
"Woi, korang diamlah!" Sergah pengawal tiba-tiba. Mereka semua terus tersentak.
"Korang lebih baik diam. Sekarang dah malam dah! Lusa baru perbicaraan" ujar pengawal itu dan berlalu pergi.
Semua mata kembali menumpu Fang.
"Macam ni-"
"Aku kata diam, diam lah!" Kuat pengawal itu jerit. Terus Fang terdiam.
Mereka menatap empat katil di dalam lokap mereka sekarang. Mana cukup. Kalau nak minta Ochobot guna mofanya untuk katil, memang tak lah. Silap-silap Ochobot kena denda. Dengan itu, mereka berkongsi katil walaupun ada empat saja. Rela jelah.
Keadaan bandar masih cerah lagi walaupun sudah malam gelap. Gempa menggosok matanya. Perlahan-lahan dia bangun katil. Dia berdiri tercegat dan memandang tingkap yang kecil berada di dalam lokap tersebut.
Memang indah. Tiba-tiba, kilat berdentum kuat. Terhinjut bahu Gempa, sungguh terkejut bunyi guruh yang tiba-tiba.
"Ayahanda, bonda-" gumam Gempa.
Di istana yang cerah dengan lampu. Perlahan-lahan kaki menapak mendekati tingkap. Cermin tingkap dibukanya. Iris mata merah delima memerhati bandar rakyatnya. Bandar semakin lama sudah makin maju.
Ting!
Bunyi dering telefon di atas katil nya. Iris matanya melirik telefon, dan mulutnya berdencih.
Tidak habis gadis-gadis tergediknya. Nombor telefon dia manalah mereka tahu. Melampau!
Matanya melirik pula bingkai gambar berdiri tegak di atas meja. Gambar seorang wanita yang cantik, di tangannya memimpin seorang kanak yang comel. Perlahan-lahan tangannya mencapai bingkai gambar tersebut, dan meletak di dadanya.
"Ibu-"
Kembali di lokap, Yaya perlahan-lahan membuka kelompak matanya. Dia melihat Gempa tercegat dan memandang tingkap. Seram sejuknya apabila tiba-tiba Gempa senyum.
"Err, Gempa?" Tanya Yaya. Gempa menoleh kepala belakang, dilihat Yaya yang duduk di atas katil.
"Oh, Yaya. Kenapa?" Tanya Gempa.
"Tiada apa-apa. Gempa kenapa tidak tidur?"
"Tidak selesa"
"Ooh" Yaya terdiam. Semestinya Gempa tidak selesa tidur katil usang begini, lagipun dia kan puteri. Dapat semua benda yang mewah.
"Yaya, kau tidur lah" ucap Gempa. Yaya senyum dan mengangguk. Terus badannya rebah ke semula di atas katil. Gempa hanya tersenyum memandang Yaya dan Ying. Mereka bersama-sama, sanggup korbankan nyawa.
***
Hi. Sengaja je buat drastik sikit. 😜 biar panjang. Tapi panjang ², lambat pula siapkan. Haishhhh.
Selamat berpuasa semua!
So, Ira nak tanya. Korang nak hali ada adik tak? 😀
Ok,jgn lupa vote and comment guys. Nnt buat Ira tersipu-sipu baca komen korang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro