Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 20

Yaya, Ying dan Raja Kencang sibuk mencari buku tersebut. Mereka juga dibantu beberapa pembantu untuk mencari buku tersebut.

Datang pula Solar, Fang dan Thorn. Mereka memerhati seluruh perpustakaan tersebut. Bersepah. Solar membetulkan cerminnya yang lurut ke bawah. Tangannya mencengkak pinggang. Kalau dia tak tolong, memang kerajaan dah musnah. Akhirnya dia menolong mencari buku, diikuti Thorn dan Fang.

Thorn mencari buku dan dia terjumpa sebuah buku yang menarik perhatiannya. Diambil dan membacanya.

"Kau dah jumpa ke Thorn?" Tanya Solar mendekati Thorn. Solar membaca buku yang dipegang oleh Thorn. Dahinya berkerut.

"Thorn, sekarang bukan masanya baca tumbuhan kau. Lebih baik kita cari"

"Alah, bestlah buku ni. "

Solar menggeleng kepala. Niat nak cari buku tu, tapi lain dibuat. Solar tentancap satu rak tidak jauhnya. Menarik sebab rak tu lagi tebal dari rak lain. Seperti ada sesuatu ter sembunyi di belakangnya. Sebelum dia ke sana, derapan kaki kuat menarik perhatian seluruh orang termasuk Ochobot dalam perpustakaan.

Gempa yang main meluru masuk perpustakaan dan belakangnya Taufan yang ingin menggantikan Gempa.

Ochobot terbang ke arah Gempa. Dia bersabar dengan perangai Gempa. Nama pun Gempa, mestilah keras.

"Gempa, kan aku suruh berehat" ujar Ochobot. Gempa hanya berpeluk tubuh. Dia tak suka orang manja kannya macam budak.

"Aku dah sihat. Tengok ni, tenaga dah kumpul."

"Haih" keluh Ochobot.

"Sorry Ochobot. Dia nak tolong, aku dah paksa rehat" balas Taufan. Ochobot hanya senyum nipis kepada Taufan.

"Korang dah jumpa ke buku tu?" Soal Gempa.

"Belum" jawab Yaya.

Gempa terus jalan menuju ke rak. Taufan duduk salah satu kerusi dan minta pembantu untuk membuatkan air untuknya. Penat tau nak kejar si Gempa, tahan dia lagi. Kalau buat bini, memang payah.

"Kau rehatlah. Aku nak cari buku" kata Ochobot sebelum dia pergi. Taufan senyum dan mengangguk. Kepala Taufan berfikir. Teringat ceramah Gempa tadi. Hmm.

Thorn pergi salah satu rak lagi.

"Ni nampak menarik je" kata Thorn. Dia terus mengambil buku tersebut. Matanya tertancap kedalaman 'rak' selepas dia mencapai buku tersebut. Disebabkan tertarik, Thorn terus masuk tangannya ke dalam. Tak sangka, kedalaman tu sangat 'dalam' walaupun tangannya sudah panjang dimasukkan. (Sorry ayat berbelit :v)

"Tuanku! Semua! Tengok ni!" Laung Thorn. Semua terus pergi ke arah Thorn.

Semua mata memandang Thorn.

"Kenapa Putera Thorn?" Tanya Raja Kencang.

"Tengok ni"

Raja Kencang melihat apa yang dikatakan Thorn. Dia membuat seperti Thorn buat tadi, lalu dia terkejut.

"Kenapa ayah?" Tanya Taufan.

"Ini. Kita dah jumpa bukunya" ujar Raja Kencang.

"Mana?" Tanya Solar.

"Putera Thorn, beri buku tu" arah Raja Kencang. Thorn mengangguk dan memberi buku di tangannya. Raja Kencang mengambil buku itu dan letak buku itu semula tapi terbalik.

Tidak sangka, rak itu bergerak dan muncul pintu. Semua di situ kagum. Raja Kencang membuka pintu dan memasukinya, diikuti mereka.

Keadaan sangat gelap dan berhabuk. Mereka semua terpaku.

"Beta lupa pula tentang bilik ini. Sudah 10 tahun lebih tinggal" ujar Raja Kencang. Raja Kencang mengambil sebuah buku di rak yang sungguh usang. Tangannya menyapu habuk itu.

Taufan melihat sekeping gambar yang terlekat di dinding. Itu gambar ayahnya dan ibu kandungnya. Sebab mereka menanggal, dia tidak tahu lagi. Jarinya menyentuh gambar itu. Dia tidak sedar air matanya mengalir. Thorn menepuk bahu Taufan, tersentak Taufan dan dia terus mengesat air matanya. Bibirnya mengukirkan senyuman. Thorn balas senyumannya.

Raja Kencang meminta mereka semua berkumpul. Dan tangannya membuka buku tersebut.

"Buku apa tuanku?" Soal Fang.

"Ini buku Raja Hurricane dan Permaisuri Beliung"

Raja Kencang terus membuka buku itu. Semua orang mendekati dan membaca buku tersebut. Banyak yang tulis tentang amanah, harian dan sebagainya. Raja Kencang menyelak muka surat seterusnya. Sehelai kertas koyak diambilnya.

"Kalau kecil jadi, tapi jangan sampai besar. Walaupun dia ni orang panas baran, tapi dia juga macam budak-budak. Apalah..".

Semua orang terdiam.

"Nampaknya inilah petunjuk" kata Ochobot.

"Petunjuk. Hmm. Ambil lah. " terus kertas itu bertukar tangan.

"Gempa, mana buku elemental tu?" soal Ochobot. Dia memerhati sekeliling Gempa, mencari buku elemental itu.

"Aku tinggal kat bilik. Nantilah"

Ochobot menggangguk. Mereka semua beredar dari bilik itu, kecuali Raja Kencang dan Taufan. Raja Kencang sedang membaca buku kepunyaan ayah dan ibu kandungnya. Dengan lembut Taufan menegur Raja Kencang.

"A a-yah?"

"Ya, kenapa Taufan ?"

"Taufan cuma nak minta maaf pasal kejadiab tadi."

Raja Kencang terdiam. Anak matanya memandang Taufan yang memandang lantai.

"Kamu tidak perlu minta maaf dengan ayah. Ayah yang bersalah"

"Hah?"

"Nah. Ambil buku ni. Jom pergi makan" Raja Kencang memberi buku itu, dan tangannya menarik tangan angkatnya untuk pergi ke meja makan istana. Taufan senyum, anak mata memerhati buku yang sederhana tebal. Selepas makan, tak sabar rasanya nak baca buku ni.








"Okay ,so aku dah bawa buku elemental" Gempa menayang buku elemental di tangannya. Terus kertas yang diberi Raja Kencang diletak dalam halaman buku tersebut. Seperti biasa, kertas itu dicantum dengan kertas yang separuh koyak.

"Taufan, letak tangan kau" arah Ochobot. Taufan menangguk. Cahaya sinari dan muncul gelang di pergelangan tangan Taufan.

"Okay. Dah dapat. Cepat bawa baju kau" arah Solar. Taufan menangguk. Selepas membawa barangannya dia, dia datang semula ke arah mereka.

"Kita nak pergi mana nanti?" soal Taufan.

"Kerajaan Petir" jawab Fang.

"Oh, pergi?" soal Taufan lagi.

"Kuasa telepotasi" Ochobot terus keluar kuasanya.

"Eh, kejap. Aku nak" belum sempat habis cakap, terus Thorn menarik tangannya.

"Jom Taufan!"









Taufan membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Kerajaan kedua yang paling maju dipandangnya.

"Apa kau nak cakap?" tanya Solar.

"Aku cuma nak cakap..." belum dia cakap lagi, suara seseorang tegas cantas percakapan Taufan.

"Kamu semua siapa hah?!"

Mereka semua menoleh ke belakang. Lima orang tegap yang berpakaian askar memandang mereka tajam. Dan senjata di tangan tertuju kepada mereka. Mereka menelan air liur kelat.

"Sebab ini aku cakap" gumam Taufan kepada mereka.

****
Ah yeah. Aye kembali.
Ira nanti akan perkembangkan watak Thorn yang macam diketepikan. Jangan risau sume. Dan ni Ira tolong promote dari member Ira. Baca ceritanya 👉BxbyYoong👈
Thanks membaca cerita ni yg tak seberapa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro