Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 17

Kaki Gempa melangkah setapak . Matanya melihat sekelilingnya. Semua putih, kosong dan luas.

"Hello!" laung Gempa. Namun suaranya dipantul semula.

"Di mana aku sekarang?" tanya Gempa sendiri.

Kelihatan cahaya bersinar terang dihadapannya, tangan Gempa menekup matanya akibat silauan tadi. Semakin lama cahaya itu pudar. Tangan Gempa perlahan-lahan diturunkan.

Seorang wanita cantik senyum kepadanya. Gempa kenal wanita di hadapan. Air dari matanya mengalir ke pipi. Wanita itu menghulurkan tangan. Gempa mencapai tangan dan terus peluk wanita itu. Wanita itu membalas pelukannya dan senyum.

"Bonda..." Gumam Gempa. Selepas beberapa saat, Gempa meleraikan pelukan. Gempa memandang Permaisuri Kristal, baju nya kilauan, matanya pula membuatkan orang terpukau padanya.

"Macam mana bonda di sini?" Soal Gempa. Permaisuri Kristal ketawa kecil dan senyum.

"Inikan dunia imaginasi Gempa"

"Apa? Maksudnya kamu bayangan lah"

"Tak lah sayang. Ini bonda, dan 50% imaginasi Gempa. Bonda datang sini mahu jenguk anak bonda" kata Permaisuri Kristal dan mecubit pipi mulus Gempa.

"Oh. Tapi macam mana Bonda boleh di sini? "

"Adalah. Gempa..."

"Ya bonda?"

"Kamu kena bertabah dengan ujian ni. Cari putera lain seterusnya. Jangan mengalah. Dan jangan biarkan kemarahan di dalam diri kamu"

"Baik bonda" Gempa menangguk dan senyum.

Tiba-tiba, Permaisuri Kristal mengeluar setitik air mata dan terjatuh di atas tangannya. Lebih terkejut, air itu sudah bertukar menjadi sebutir berlian yang indah. Permaisuri Kristal menarik tangan kanan Gempa dan meletak berlian di atas tangan Gempa. Gempa menatap berlian itu, tidak habis-habis bersinar.

"Kenapa bonda beri berlian ni?"soal Gempa dan menatap Permaisuri Kristal.

"Jaganya elok. Jangan jatuh ke tangan salah" Permaisuri Kristal terus hilang. Gempa tidak sempat mengucap sebelum Permaisuri Kristal pergi.

"Bonda! Mana Bonda?!" Jerit Gempa. Dia berlari seluruh tempat, namun semua nya putih dan kosong.

Berlian di tangannya makin bercahaya. Tangan Gempa terus menutup mata Gempa. Cahayanya makin lama makin besar.

Perlahan-lahan Gempa membuka matanya. Kepalanya ditoleh ke kiri.

"Gempa, kau dah bangun?!" Ujar Ochobot dan senyum kepada Gempa. Gempa menggosok matanya sebelum dia duduk.

"Aku kat mana?" tanya Gempa. Matanya merenung Ochobot yang bertebang ke arah nya.

"Kau kat bilik. Kau pengsan tadi" jawab Ochobot.

"Pengsan? Urgh, aku lawan Borara!" Tangan Gempa terus menumbuk katilnya. Peristiwa perlawan dia dengan Borara diulang di dalam fikirannya.

"Mana mayat Borara?" Soal Gempa. Ochobot keluh, kepalanya ditunduk.

"Dia dah lari semasa kau dah tewas dia. Kami kejar dia tapi dah hilang" kata Ochobot. Gempa mengetap giginya geram, dia cuba menahan sabar. Selimut Ditarik dari tubuhnya, kaki Gempa turun dari katil untuk berdiri.

"Gempa, jangan. Kau perlu berehat. Dah lah kau pakai Mofa terkuat. Kang dah pengsan" bebel Ochobot, dia menahan Gempa dari turun di atas katil. Gempa keluh dan duduk semula di atas katil.

"Kalau aku tak pakai Magic Shoot Ball tu, musuh-musuh tu akan musnahkan Kerajaan Angin ni"

"Ya. Aku tahu, tapi itukan kali pertama kau gunakannya. Tenaga kau akan mudah hilang. Dan lagi satu, ada banyak darah di dalam mulut kau. Kalau tak rawat betul-betul, kemungkinan kuman merebak dalam peparu kau. Macam mana darah di dalam mulut kau?" soal Ochobot. Gempa terdiam, dia teringat yang dia terhisap darah musuh nya. Waktu tu, dia marah sangat sampai tak sedar.

"Mungkin mulut aku berdarah"

"Mulut apanya. Mulut kau tak luka langsung. Dan darah tu ialah orang lain" bebel Ochobot.

"Sudahlah aku malas nak bincang tentang ni. Mana yang lain"

"Diorang berbincang kat luar. Sekejap lagi diorang masuk" balas Ochobot. Gempa menangguk.










Bulan yang indah menyinari di dalam penjara. Raja Quake baring dan matanya memandang luar tingkap. Senyuman di bibirnya.

"Macam mana?" Soal Raja Quake tiba-tiba. Dan muncul wanita di tepinya. Wanita itu, Permaisuri Kristal senyum saja.

"Gempa, dia tiada apa-apa. Dia masih berusaha" balas Permaisuri Kristal.

"Hmm. Harap dia dapat berjaya"

"Ya. Dia berjaya kalahkan Borara"

Raja Quake melirik Permaisuri Kristal.

"Kuasa?"

"Tak. Mofa"

Raja Quake angguk dan senyum.

"Harap dia dapat pandai guna kuasanya. Kuasanya perlu dikuasai kalau mahu kalahkan mereka"

"Sayang faham. Tapi kita hanya boleh sokong saja"

Raja Quake tidak membalas apa-apa. Dan Permaisuri Kristal hilang dari pandangan.

***
Cuti tambah lagi, bolehlah Ira habiskan cite ni sebelum cuti habis. :v
Terima kasih readers baca cerita yang tak seberapa ni. :')

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro