Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 15

Perpustakaan dibuka. Semua orang terus memasukinya.

"Ayah, kenapa kita masuk di sini?" tanya Taufan kepada Raja Kencang.

Tiba-tiba, ada tangan menarik bajunya. Taufan menoleh ke belakang. Thorn yang menarik baju Taufan berhenti apabila Taufan memandang nya.

"Kenapa Thorn?" tanya Taufan.

"Raja Kencang itu ayah Taufan ke?" tanya Thorn.

Dibelakang Thorn, semua menepuk dahi.

"Thorn, tadikan Taufan panggil Raja Kencang ayah" kata Ochobot.

"Ya, itu ayah Taufan tapi"baru Taufan nak jawab habis, Raja Kencang memanggil mereka semua.

" Beta rasa kena mengambil masa yang lama untuk mencari buku tu. Beta harap kamu semua boleh menunggunya sementara beta mencari buku tu. Kamu boleh buat apa-apa di istana, asalkan jangan langgar undang-undang ya"kata Raja Kencang.
Semua menangguk dan senyum.

Taufan membawa Thorn entah ke mana. Solar dan Fang meminta izin untuk mandi dan tukar pakaian. Pakaian mereka sedikit kotor. Yaya, Ying, dan Ochobot bantu Raja Kencang mencari buku, tetapi mereka lebih membacanya. Gempa yang tidak tahu buat apa, hanya jalan sekeliling istana.

Sehinggalah dia sampai belakang istana, ramai askar sedang berlatih. Gempa asyik menonton mereka berlatih.

"Mereka sedang bersedia dari musuh yang akan datang" kata Permaisuri Sepoi yang muncul tiba-tiba di sebelah Gempa.

"Ya permaisuri. Saya sudah lama tahu tentang ini" jawab Gempa.

"Beta harap ketika Taufan mengikuti pengembaraan kamu semua, kamu boleh menjaganya" kata Permaisuri Sepoi.

"Kerana Taufan itu anak angkat beta dan suami beta. Kami hanya diamanahkan menjadi raja dan permaisuri sementara serta menjaga anaknya"ujar Permaisuri Sepoi dan melelapkan matanya. Gempa menangguk faham. Dia baru tahu, patutlah Permaisuri Sepoi sangat prihatin pada Taufan.

"Permaisuri dan Raja sangat beruntung kerana terpilih. Susah orang lain dapat peluang begini" ujar Gempa dan senyuman diterbitkan.

"Ya. Beta sangat beruntung bukan kerana pangkat, tapi beta untung dapat Taufan walaupun dia anak angkat beta. Tapi beta anggap dia sebagaimana anak beta" ujar Permaisuri Sepoi.

Gempa dan Permaisuri Sepoi diam dan menikmati angin yang bertiup di wajah mereka. Sungguh nyaman.

Tiba-tiba tanah bergegar.

"Mereka dah sampai!" Laung Permaisuri Sepoi.

Semua askar yang sedang berlatih berlari dan membawa senjata. Mereka berkawad dan berkumpul di hadapan istana.

"Gempa, kamu nak pergi mana?" Tanya Permaisuri Sepoi. Dia memandang Gempa yang ingin kembali masuk ke dalam istana.

Gempa memandang Permaisuri Sepoi dan senyum kepadanya.

"Gempa juga akan join pertarungan ini" kata Gempa dan terus berlari masuk.





















Raja Kencang berjalan berdekatan istana.
Jelas muka musuh yang tersengih dan menanti kehadirannya.

"Siapa kau?!" Laung Raja Kencang.

"Siapa aku? Patutnya aku tanya kau, siapa kau? Dan mana Raja Hurricane? Keluar lah! Jangan jadi pengecut!" Laung musuh itu.

"Raja Hurricane sudah tiada. Dan aku menggantinya. Sedia berhadapan dengan kau!" Laung Raja Kencang lantang.

"Ohh. Sudah tiada. Sedih hidupnya. Hahaha. Dan lagi satu soalan kau aku belum jawab, aku ialah Borara, musuh kekal ketujuh kerajaan!" Kata Borara.

"Musuh kekal? Kalau begitu kami sedia berlawan. Bersiap sedia semua!" Jerit Raja Kencang. Askar semua menghentak kaki menandakan bersedia.

"Hahaha. Nak guna kekasaran ya? Baiklah. Serang!" Jerit Borara dan memetik jarinya.













"Aaahhh" semua pembantu istana berlari lintang pukang dan menjerit bagai.

Solar membuka pintu bilik.
Sama tepat masa Fang membuka pintu bilik. Bilik mereka bertentangan jadi Solar dan Fang berpandangan.

"Kenapa semua orang jerit ni?" tanya Solar kepada Fang. Fang mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Aku pun tidak tahu" jawab Fang.

Seorang pembantu yang berlari dan lalu di hadapan mereka sebelum Fang menahannya.

"Nak tanya, kenapa semua orang kelam-kabut ni?" Tanya Fang.

"Musuh sudah sampai. Kami sedang bersiap sedia kalau ada apa-apa berlaku" kata pembantu itu.

"Oooh" gumam Fang dan mengangguk kepala. Pembantu itu yang tiada apa-apa lagi terus sambung berlari entah ke mana.

"Jadi jom bersiap sedia" kata Solar.

"Siap sedia apa?" Soal Fang.

Solar menepuk dahinya dan matanya datar memandang Fang.

"Kita lawan mereka lah" jerit Solar.

"Mana boleh. Kalau ada apa-apa pada kau, aku yang bersalah" kata Fang. Dia malas kalau jadi pembantu Solar, dah tanggungjawab besar.

"Kau ni. Mak ayah aku suruh kita ikut pengembaraan ni. Dah nama pun pengembaraan, kena lah ada cabaran yang dihadapi. Otak lembap betul"

"Apa kau cakap?!"

"Aduh, kau ni tak dengar ke? Dah siap dengan senjata. Aku tak sabar ni. Kau tak nak berlawan ke?" Tanya Solar dan smirk.

"Dah lama aku tunggu begini" jawab Fang dan smirk juga.

"Apa lagi. Jomlah!" Terus Solar masuk biliknya dan menutup pintu. Begitu juga Fang.












Gempa berlari sekeliling istana.
Mana pula aku letak lembing aku ni? Gumam Gempa.

Keadaan istana yang sesak akibat jeritan dan lari lintang pukang pembantu membuat kan kepala dia serabut.

Dia berlari sehinggalah jumpa lembingnya di suatu bilik.

"Ini pun!" Kata Gempa dan mencapai lembing itu.

"Magic upgrade!" Gumam Gempa. Dia menggunakan Mofa nya keatas lembing dia.

Bucu lembing itu makin tajam. Dan kayu pemegang banyak ukiran yang cantik dan indah.

"Ini barulah menarik" kata Gempa.

***
Yeah, dah 1k org baca. Terima kasih semua😁.
Chapter lepas ni akan lebih complicated sbb banyak pertarungan.
Dan Ira dah update buku lain.
Korang boleh baca nya.
Lagi sekali, thanks semua!
Jgn lupa vote dan comment. ^^

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro