Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14

"Wah"

Terkagum mereka. Banyak kipas angin gergasi. Dan angin sepoi-sepoi meniup wajah dan badan mereka.

"Banyak betul kipas angin" kata Yaya dan Ying.

"Ofcoz lah. Disebabkan angin kencang sangat kencang sangat. Mereka buat kipas angin. Dapat jimat tenaga. Senang sikit." Jawab Solar.

"Kami tahulah" jawab Yaya dan Ying.

Tiba-tiba angin kencang sangat, terangkat-angkat kain si perempuan. Nasib baik tangan mereka bertindak pantas. Mereka bertiga memandang lelaki.

"Pfft." Thorn, Fang dan Solar cuba menahan ketawa. Habis memerah muka tiga gadis itu.

"Errgh. Gatal!"

Beberapa minit kemudian, kepala Thorn, Fang dan Solar penuh dengan lembam.

"Pandai muka" sindir Ying.

"Gatal sangat kan" jawab Yaya.

"Nasib baik kitorang cepat tutup" balas Gempa.

"Ampun!" mereka tiga lelaki menyusun sepuluh jari. Namun Yaya, Ying dan Gempa buat tidak endah saja.

"Sudah sudahlah tu. Jom kita terus perjalanan kita" kata Ochobot. Mereka bertiga berdiri dan teruskan perjalanan.

Sesampai di bandar, mereka keliru kenapa bandarnya kosong.
"Kenapa bandar ni kosong?" tanya Fang.

"Manalah aku tahu. Kau ingat kita ni tinggal di sini ke?" bidas Solar.

"Aku cuma tanya je!" jawab Fang.

"Amboi, pandai kau lawan putera ni" kata Solar.

Gempa menepuk dahinya. Gempa mengerling Yaya dan Ying di belakangnya, memberikan isyarat.

Terus Yaya dan Ying menarik mereka berdua. Thorn pula di tengah-tengah cuba meleraikan pergaduhan.

"Apa korang buat ni?" tanya seorang lelaki sebaya mereka yang memakai baju warna biru.
Semua orang memandang lelaki itu.

"Siapa kau?" tanya Solar.

"Hai. Selamat berkenalan" jawab lelaki itu.

"Aku tanya siapa kau. Bukan kata 'selamat berkenalan'" jawab Solar.

"Hehe. Sorry. Aku Taufan." kata Taufan.

"Korang ni dari kerajaan luar ke?" tanya Taufan dan senyum kepada mereka.

"Aah. Aku Thorn" kata Thorn dan menghulurkan tangan. Terus Taufan menyalam.

"Taufan tahu tak ke istana Kerajaan Angin?" tanya Gempa.

"Tahu. Korang nak pergi sana ke?" tanya Taufan.

"Ya. Sebab kami ada urusan penting"

"Ooh. Kalau begitu, ikut Taufan. Dekat jer pergi sana" kata Taufan ceria. Dia terus menarik tangan Thorn.

Ketika dalam perjalanan, Taufan amat ramah dengan mereka. Lebih-lebih lagi Taufan dan Thorn yang begitu rapat.

"Okay. Kita dah sampai" jerit Taufan. Mereka semua memandang istana itu. Ia tidaklah secanggih mana macam istana Kerajaan Cahaya.

Pintu dibuka. Pengawal yang menjaga pintu membiarkan mereka masuk. Mereka semua kecuali Taufan memandang pelik pengawal itu.

"Mereka biar kita masuk ke?" tanya Yaya.

"Peliknya penjagaan kerajaan Angin" kata Fang. Mereka berjalan sehingga ke tempat hormat Raja dan Permaisuri. Permaisuri dan raja yang sedang bermesra baru perasan kehadiran mereka.

"Taufan. Siapa mereka?" tanya raja.

Taufan senyum dan pergi ke arah raja dan permaisuri. Mereka bingung dengan situasi sekarang.

"Taufan jumpa mereka di bandar. Mereka ni dari kerajaan luar" jelas Taufan. Muka Raja Kencang mula merah, menahan marahnya. Terus Permaisuri Sepoi cepat bertindak menahannya.

"Sayang, jangan. Kita kan sudah diamanahkan" jawab Permaisuri Sepoi menenang Raja Kencang. Terus Raja Kencang menghela nafas, menenang dirinya.

"Siapakah kamu semua?" tanya Raja Kencang. Matanya memandang setiap mereka.

"Patik ialah Puteri Gempa dari Kerajaan Tanah" terus Gempa cepat bertindak dan menunduk hormat.

"Patik ialah Putera Solar yang paling kacak dari Kerajaan Cahaya"

"Patik pula Putera Thorn dari Kerajaan Daun"

"Patik Fang pembantu Putera Solar"

"Patik Yaya"

"Patik Ying"

"Patik ialah Ochobot"

"Jadi korang berdua ni putera dan yang ini puteri?" tanya Raja Kencang. Gempa, Solar dan Thorn menangguk.

Raja Kencang menoleh ke kanan, memandang Permaisuri Sepoi. Dia mahu meminta kepastian.

"Permaisuri rasa permaisuri pernah nampak kamu, Putera Thorn. Jadi Permaisuri rasa benarlah" jawab Permaisuri Sepoi. Raja Kencang lega apabila Permaisuri Sepoi mengenali salah seorang mereka.

"Jadi apa kamu semua datang ke mari?" tanya Raja Kencang.

Mereka terus menceritakan segalanya.

"Beta rasa beta pernah dengar cerita ni. Tapi beta tak berapa ingat" kata Raja Kencang. Raja Kencang bangun dari duduknya.

"Kamu semua ikut beta kejap" arah Raja Kencang. Mereka semua termasuk Permaisuri Sepoi dan Taufan bangun menuruti Raja Kencang.

****
Siap juga. Sorrylah ending chapter ni tak menarik. 😥
Nak cepat sangat.
Sekarang ni musim org turkish follow ramai org di wattpad ke? 😮
Siapa-siapa yang nak masuk whatsapp group wattpad, boleh minta link dari Ira. :-)
Jgn lupa vote & comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro