Bab 12
Jari Gempa tidak habis sentuh layar telefon Gempa. Dia berdiri bagai tiang lampu tetapi tangan asyik gerak. Solar yang nampak kelibat Gempa berdiri di depan tingkap. Kepalanya digaru, terdetik untuk menegurnya.
"Err... Gempa?" tanya Solar di sebelah Gempa. Tetapi Gempa buat tidak endah saja.
"Gempa?" panggil Solar lagi. Gempa tidak melayan. Solar tidak puas hati. Dia mendekat di telinga Gempa.
"Woi, Gempa!" jerit Solar kuat.
Puk!
Tangan menampar pipi Solar, nasib baik tak kuat.
"Kau jerit kat telinga aku, apahal?" tengking Gempa, tangannya menggosok telinga. Pekak telinga aku nanti, Omel Gempa.
Tangan Solar mengusap pipinya yang ditampar. Matanya mencerlung Gempa.
"Aku panggil kau tak dengar. Tak habis-habis dengan telefon kau tu!" Bebel Solar. Gempa ketawa kecil.
"Yeke aku asyik layan telefon aku. Bukan kau ke?" sindir Gempa. Solar terdiam. Ada benar kata-kata Gempa.
"Kenapa diam? Ouh, speechless ya? By the way, aku rasa kau tak tahu username IG aku. Kalau boleh follow lah IG aku" jawab Gempa.
"@puteri_gempa" bisik Gempa dan berlalu pergi.
Gempa terserempak Shine dan membuat thumbs up.
"Rancangan kedua berjaya" ujar Gempa. Shine senyum.
Solar terkaku seketika. Kemudian dia mengeluarkan telefonnya.
"@puteri_gempa ya? Nak tahu followers kau rendah atau setanding @princeSolar_swag"
Jari-jari Solar menyentuh skrin layar telefon. Selepas dapat menjumpa username Gempa, mata Solar terbuntang.
"Apa! Followers dia 3 juta. Followers aku baru 2.5 juta. Dan dia post 2 gambar je. Tapi gambarnya cantik juga lah"
Tiba-tiba mulut Solar terkunci. Tangan Solar menampar mulut Solar sendiri.
"Apa aku cakap ni? Tak boleh jadi ni, @princeSolar_swag tak boleh dikalahkan dengan @puteri_gempa ni"
Dan petang itu, tangan Solar tidak langsung melepaskan telefon kesayangannya.
Tangan Gempa memutar tombol pintu. Perlahan-lahan pintu dibuka olehnya. Dan terjengul muka Fang di luar biliknya. Senyum diukirkan oleh Gempa kepada Fang.
"Gempa sudah siap ke?" Soal Fang.
"Sudah!" Jawab Gempa. Dia menutup pintu dahulu. Mereka berdua berjalan bersama.
Solar dari jauh memandang mereka berdua rapat semacam. Entah mengapa ada perasaan aneh di lubuk hatinya. Perlahan-lahan Solar mengekori mereka berdua.
Fang dan Gempa sampai ke Taman Istana. Walaupun Kerajaan Cahaya paling maju dan penuh dengan teknologi tinggi, mereka masih mengamalkan teknologi hijau.
"Cantiknya" gumam Gempa. Matanya meliar sekeliling taman.
"Fang teringat ayah Fang" ujar Fang. Gempa menoleh, memandang Fang.
"Ayah Fang?"
"Ya. Dia dulu seorang ketua pengawal istana. Ayah Fang dulu suka bawa keluarga Fang ke taman. Tanam pokok, bermain dan macam-macam lagi"
"Ooh. Fang ada adik ke?"
"Fang takde adik. Tapi Fang ada abang"
"Mana abang Fang sekarang?"
"Dia sekarang jadi ketua pengawal di Kerajaan Petir"
"Ooh. Hmm. Gempa teringin ada abang atau kakak." Ujar Gempa dan menghirup udara. Fang menoleh. Dia memandang Gempa.
"Kalau Fang jadi abang Gempa?" tanya Fang dan dia dekati Gempa. Gempa memandang Fang.
"Maksud Fang?" Soalan dibalas soalan. Gempa keliru. Senyuman misteri terbit di bibir Fang. Dia makin menjarak dekat dengan Gempa.
"Kalau..."
"Woi!" Satu suara lantang mengganggu mereka. Fang dan Gempa menoleh ke belakang. Kelihatan Solar jalan ke arah mereka.
"Kenapa tuanku?" Soal Fang, bingung.
"Siapa suruh korang datang sini? Ni kan untuk orang tertinggi datang" ujar Solar tegas.
"Tapi bila masa.."
"Epp. Ikut arahan tuan putera ni" kata Solar memotong ayat Fang. Gempa menjeling Solar. Ni tak hormat orang ni, Omel Gempa.
"Jomlah Fang. Kita pergi dari sini" balas Gempa dan menarik lengan Fang.
Solar menghela nafas.
"Fuh, nasib baik"
****
X tau nak ckp pe.
Jgn lupa vote & comment.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro