Bab 11
Malam disinari bintang. Bertaburannya membuatkannya langit malam indah. Mata Gempa tidak lepas melihat keindahannya. Bintang bagaikan kristal, mengingatkan ibunya, Permaisuri Kristal.
Klak!
Bunyi dari arah pintu menarik perhatian dia. Gempa menoleh ke belakang. Seorang gadis muda darinya yang memakai dress putih ringkas.
"Maaf. Salah bilik" kata gadis itu serba salah.
"Ooh, takpe. Siapa ya kamu?" soal Gempa dan meneliti muka gadis itu. Ada iras-iras Permaisuri Terang.
"Hah, kamu tak kenal saya?" soalan dibalas soalan. Dahi dikerut dan menggeleng kepala. Siapa perempuam di hadapannya.
"Saya Puteri Shine, anak Permaisuri Terang dan Raja Light"
"Oh" Gempa tunduk hormat gadis itu.
"Selamat berkenalan. Saya Puteri Gempa, dari Kerajaan Tanah. Sorry tadi Gempa tak kenal Puteri Shine. " kata Gempa dan senyum diterbitkan.
"Takpe. Kak Gempa boleh panggil Shine saja. Kamu tidur sini ke? Kenapa ya?"
"Err, ya. Raja Light tawar kepada kami. Kami baru sampai. Kenapanya, hmm panjang penjelasan". Gempa duduk katil, lenguh kakinya berdiri.
"Boleh Shine tahu penjelasannya?"soal Shine dan bersandar di tepi pintu.
"Boleh. Duduk lah katil ni. Nanti kaki lenguh". Shine menutup pintu dan duduk di sebelah Gempa. Gempa mengambil udara dahulu sebelum menceritakannya. Pelbagai reaksi muka Shine terkejut, sedih dan marah.
" Jadi Abang Solar merajuk lah ni?"soal Shine. Gempa senyum dan menangguk. Dia masih bingung, bagaimana nak pujuk Solar.
"Shine tahu. Kan Shine ialah adik Abang Solar. Mesti Shine tahu punya"
"Hah, Shine tahu? Macam mana?"
Terbit senyuman jahat di bibir Shine.
"Masuk!"
Arah Solar. Pintu dibuka dan serlah muka Shine. Shine memandang abangnya. Solar yang memeluk lutut dan melihat luar tingkap.
"Kenapa adik datang ni?" soal Solar. Shine senyum dan merapatkan pintu.
"Adik nak cakap sesuatu dengan abang" ucap Shine dan duduk kerusi.
"Adik nak tanya, apa masalah Abang Solar main tuduh Kak Gempa ya?" soal Shine dan menatap abangnya meminta penjelasan.
"Adik, kamu sudah terkena sihir Gempa kan? Baguslah semua keluarga kita kena pukau"
"Abang Solar, please turunlah ego dan sombong. Kenapa Abang Solar suka menuduh macam-macam?!"
"Adik. Kau ni kasar, tiba-tiba cakap lemah-lembut dengan abang. Nampak sangat dah kena pukau"
"Adik rasa Abang Solar yang kena pukau, bukan kami! Abang Solar nak tahu tak kenapa setiap kali adik akan cakap kasar dengan Abang Solar? Sebab setiap kali adik nak cakap, Abang Solar asyik layan telefon. Kata kejaplah, nantilah! Lagi satu Abang Solar ni. S.O.M.B.O.N.G. Adik tak suka layan orang sombong. Dah lah. Malas nak cakap Abang Solar. Ego Tinggi, Tinggi Diri. Dah, bye!" Shine bangun dan menutup pintu kuat. Hempas bunyi pintu kuat menyentakkan Solar.
Solar baru sedar. Ya. Dirinya salah. Dan dia sungguh sentap dengan kata-kata adiknya. Ini pertama kali dia dengar adiknya marah dirinya. Solar meramas rambutnya hingga kusut. Cermin mata diletakkan di sebelahnya.
"Maafkan aku adik"
Dari luar bilik, Shine mengintai di dalam bilik Solar. Terbit senyuman di bibirnya.
"Shine, macam mana?" Soal Gempa di sebelahnya.
"Macam yang kita rancang, semua berjalan dengan lancar. Lepas ni Kak Gempa buat rancangan kita seterusnya"ujar Shine dan mengelip matanya. Jari Gempa membuat simbol OK.
" Kak Gempa, Shine pergi tandas dulu ya"
"Pergi je. Takpe. Kak Gempa nak pergi dapur. Lapar pula"
"Oh, okay" Shine terus jalan meninggalkan Gempa.
Gempa berjalan di sekeliling istana. Rasa tersesat pula. Nak cari pengawal tunjukkan, tiada pula. Maklumlah istana ni penuh alat canggih, tak perlu susah guna tenaga manusia. Masalahnya tiada alat ke nak beritahu tunjuk arah.
"Kenapa lah aku tak tanya Shine tadi?" bebel Gempa cukup dengar dirinya. Dia menggaru kepalanya.
"Err, cik kenapa ni?" Celah suara garau di belakang Gempa.
"Opocot mak kau kelabu!" Latah Gempa. Dia mengurut dadanya. Nasib baik dia tiada penyakit jantung. Dia melihat jejaka di hadapannya. Jejaka itu ketawa kecil dan semua pakaiannya hampir keseluruhannya warna ungu.
"Maaf cik. Sebab terkejutkan cik" kata jejaka itu. Gempa menatap jejaka itu tajam.
"Janganlah main sergah macam tu. Nasib baik aku tiada penyakit jantung"
"Hehe sorry cik. Cik macam tersesat je tadi?"
"Aah. Saya nak pergi dapur. Tapi tak tahu. Awak tahu tak nak pergi sana?"
"Saya tahu cik..."
"Puteri Gempa, panggil Gempa je. Tak perlu formal"
"Oh, puteri. Saya Fang, pengawal istana ni"
"Ok, jom pergi dapur. Dah lapar ni" Gempa terus menarik tangan Fang. Fang turutinya dan tanpa sedar dia senyum.
***
Yeah dah siap buat. Dah pecah otak Ira nak buat fikir idea. Watak Fang dah mula muncul.
(ӦvӦ。)
Ira dah kuar buku.
Tajuknya "I don't play the game"
Singgah buku tu dan baca.
😀
Jgn lupa vote dan komen.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro