04|Bolehlah ayah...
"Boboiboy nak selamatkan adik!" Kata Boboiboy secara tiba-tiba.
Semua yang berada di situ memandang kearah Boboiboy dengan pandangan yang sukar untuk di ditafsir.
"Apa Boboiboy cakap tadi?" tanya Amato dengan nada terkejut.
"Boboiboy nak selamatkan adik." Boboiboy mengulang semula perkara yang dia katakan sebentar tadi.
"Hah! Tak boleh! Bahaya dekat luar sana!" Amato melarang anak lelakinya itu daripada keluar menyelamatkan adik yang langsung tidak diketahui oleh Boboiboy.
"Alah, tapi boleh lah ayah. Ayah tak kesian ke dekat anak ayah satu lagi tu? Boboiboy pun nak juga rasa macam mana ada adik." Rayu Boboiboy sambil membuat puppy eyes.
Terdiam Amato sejenak. Mungkin sedang berfikir sama ada hendak benarkan ataupun tidak.
"Ayahkan baik. Dahlah baik, kacak pula tu." Boboiboy masih lagi memujuk ayahnya.
Mechabot yang terdengar apa yang dikatakan oleh Boboiboy hanya mampu ketawa besar sahaja. "Hahaha! Kacak? Muka macam jamban ni kau kata kacak Boboiboy? Hahaha!"
Berguling-guling Mechabot mengetawakan tuanya itu.
Besar kecil besar kecil je Amato melihat kearah Mechabot. Hish! Ada juga yang kena goreng sekejap lagi. 'Ada ke patut muka aku ni macam jamban? Muka aku ni lagi kacak daripada anak raja tau! Petik je jari, semua nak dekat aku.'
Tumpuanya beralih semula kepada anak lelakinya. "Tak boleh. Ayah tetap tak benarkan."
"Tapi ayah, Boboiboy dah banyak kali lawan alien yang jahat-jahat dan kuat-kuat sewaktu menjalankan misi dekat galaxy. Ayah, boleh lah ayah."
Betul apa yang Boboiboy katakan. Haih Amato ni, dulu dia juga yang suruh anak dia berdikari. Sekarang bila Boboiboy hendak menyelamatkan adik dia, kau tak nak bagi pula.
Tok Aba yang melihat Boboiboy merayu-rayu seperti meminta gula-gula kapas itu mengeluh berat. "Boboiboy, betul ni kamu hendak selamatkan adik?"
Pantas Boboiboy mengangukan kepalanya.
"Kalau macam tu, Tok Aba benarkan."
Amato terus menoleh kearah ayahnya. "Abah, apa ni abah? Abah pun tahukan yang dekat galaxy tu entah apa-apa je yang ada? Mana tahu ada lembu terbang sampai ke galaxy lepastu langgar Boboiboy ke."
Tok Aba hanya menjeling sekilas kearah Amato.
"Hish! Kau ni Amato, dulu beria sangat nak anak kau tu berdikari lah, itulah, inilah. Kamu tahu tak selama ni Boboiboy dah lawan banyak alien yang kuat-kuat dan melebih kemampuan dia? Contohnya beberapa tahun lepas sewaktu umur dia 13 tahun, dia berlawan dengan Retaka, pemilik asal kuasa elemental walaupun hakikatnya dia menculik kuasa elemental itu dari orang lain. Sekarang ni bila Boboiboy dah ada dekat depan mata, kau melarang pula Boboiboy untuk selamatkan adik misteri dia tu." Bebel Tok Aba.
Terkelu lidah Amato apabila mendengar Tok Aba membebel macam mak dia.
"Boboiboy, Tok Aba benarkan kamu pergi selamatkan adik kamu tetapi ada syarat."
Cemberut terus muka Boboiboy. Halah, ada syarat lah pula. Lecehlah.
"Apa syarat dia tok?"
"Kamu perlu bawa kawan-kawan kamu dengan kapten itik tu." Tok Aba memberitahu syarat yang dikenakan kepada Boboiboy.
Fang yang mendengar Tok Aba menyebut kapten itik hanya menahan tawanya daripada terletus. Tahu sangat siapa yang dimaksudkan oleh Tok Aba.
"Hah? Siapa kapten itik?" Gopal menyoal dengan wajah berkerut seribu.
"Alah, siapa nama dia tu? Paijo? Paizo? Ah! Lebih kurang macam tulah."
"Kapten Kaizo?" Serentak Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying berkata.
"Hah! Kapten Kaizo. Abang Fang tu. Hah! Bawa dia sekali." Arah Tok Aba.
"Tapi kenapa perlu bawa kapten sekali?" Hairan Boboiboy apabila Tok Aba menyuruh dia membawa kaptenya itu untuk misi kali ni.
"Untuk menjaga keselamatan kamu juga. Dah! Pergi kemas apa yang patut. Kaizo, jaga cucu atuk ni. Karang tak pasal-pasal cedera parah lagi."
Kaizo yang sedari tadi mendiamkan diri hanya berdecit perlahan. Tak pasal-pasal dia pun kena heret sekali dalam hal ni.
***
Planet Ukawaka....
"Lepaskan sayalah pak cik tua!" Jerit seorang gadis sambil menendang penjara yang menempatkan dirinya.
Seorang pengawai yang ditugaskan untuk menjaga penjaranya itu hanya mampu mengeluh sahaja. Penat dia di buatnya apabila mendengar gadis itu dari tadi menjerit sahaja. Dah lah bising, lepas tu suka tendang gril penjara.
"Kau boleh diam tak budak? Bising je tahu tak!" Marah pengawai itu.
"Diam? Eh! Macam mana saya nak diam kalau saya bosan dekat sini? Tahu tak, dah bertahun-tahun saya dekat sini tapi kebebasan langsung tak ada. Penderaan terhadap budak-budak sungguh." Gadis itu mencebikan bibirnya sambil berpeluk tubuh.
"Siapa suruh kau terlalu istimewa dekat tuan. Padan muka." Selamba sahaja pengawai itu berkata.
Naik berang gadis itu apabila mendengar apa yang dikatakan oleh pengawai itu. "Padan muka? Eh, saya lempang kau, agaknya berapa banyak batang gigi kau akan tercabut eh?"
Pengawai itu hanya ketawa besar mendengar apa yang dikatakan oleh gadis itu. "Berani ke kau nak lem...,"
Tidak menunggu ayat pengawai itu habis, gadis itu terus mengeluarkan sedikit tanganya daripada lubang yang terdapat dekat gril penjaranya lalu di memberikan backhand kepada pengawai itu.
"Aduh! Sakitlah! Tangan ke batu yang lempang aku ni?" Pengawai itu mengusap pipinya yang sedikit lebam itu.
Gadis itu hanya tersengih sahaja. "Hahaha, padan muka. Siapa suruh cabar orang tadi."
Pengawai itu hanya menjeling geram sahaja. Suka suki je lempang pipi orang. Dasar perempuan suka melempang.
"Alah, sakit ke tu bang? Hahaha. Lemah lah abang ni. Ingatkan kuat tadi." Suka betul gadis itu menyakat pengawai yang ditugaskan untuk menjaga penjaranya itu.
"Kau diamlah. Aku bagi makan selipar getah nenek moyang aku baru tahu." Naik berang pengawai itu sebab mengetawakan dirinya.
Senyuman gadis itu perlahan-lahan bertukar menjadi senyuman seram. Aura yang sudah lama dia simpan terletus keluar. Matanya yang asalnya berwarna hazel terang berubah menjadi warna unggu. Sekeliling badannya terdapat aura berwarna unggu mengelilinginya.
"Berani lah buat. Kau yang akan makan selipar getah nenek moyang kau tu nanti." Nada menyakat berubah menjadi nada seram.
Pengawai itu terus buat-buat tiada apa-apa berlaku. Buntu dan hairan dia apabila gadis itu berubah secara drastik.
Gadis itu menarik nafas lalu menghelakan nafasnya. Dia perlu bersabar. Dia membawa dirinya ke satu sudut yang terdapat di dalam penjaranya. Kedua-dua belah lututnya dibawa ke dada lalu di peluk erat.
"Mak, ayah, abang..., bila nak selamatkan adik? Adik bosan dekat sini. Adik pun teringin juga nak makan ayam KFC."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro