Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

03| Rahsia Terbongkar

"Eh Gopal, apa kamu makan tu?" Tanya Amato sambil mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Gopal dekat gerai ayahnya.

Tok Aba dan Ochobot datang sambil membawa hot chocolate dengan cekodok chocolate.

"Maggie pak cik." Kata Gopal sambil menyumbat maggie kedalam hidungnya.

Eh! Silap! Gopal menyumbat sepuluh sudu maggie segera kedalam mulutnya.

"Hah! Maggie?" Jerit Tok Aba sambil memandang tajam kearah Gopal.

"Haah tok. Tok Aba nak? Sedap...." Gopal menunjukan thumbs up.

"Berapa banyak maggie kamu dah makan harini?" Tanya Tok Aba tanpa melepaskan pandanganya daripada memandang kearah Gopal.

"Erm, kalau termasuk ni, sudah masuk 5 bungkus saya makan. Kenapa?"

"Ish! Ish! Ish! Gopal, kalau nak tahu ada seorang pelanggan atuk ni dia setiap hari makan maggie. Bulan lepas dia dah meninggal." Beritahu Tok Aba sambil mengelengkan kepalanya.

Tersedak Gopal di buatnya. Ochobot cepat-cepat menuam air panas kedalam mulut Gopal.

"Woi! Panaslah bijak!" Gopal mengipas mulutnya. Terasa seperti lidahnya kini sedang melecur akibat air panas yang di tuam Ochobot kedalam mulutnya.

"Panas lagi api neraka." Balas Ochobot lalu pergi kearah seorang pelanggan untuk mengambil pesanan.

Gopal menjeling Ochobot seketika sebelum kembali memandang kearah Tok Aba. "Kenapa pula pelanggan atuk tu meninggal? Sebab makan maggie banyak sangat ke?"

Entah mengapa perasaan takut mula menyelubungi dirinya.

"Tak. Dia pergi terjun bangunan sebab orang ejek dia botak dan mempunyai parut dekat kepala dia." Tok Aba menayangkan wajah selambanya.

Hampir melopong Gopal mendengar penjelasan Tok Aba manakala Amato hanya mengelengkan kepalanya. Faham benar dia akan sifat ayahnya itu.

"Hai Gopal!" Sapa Yaya dan Ying. Di belakang mereka berdua, kelihatan Fang yang sedang di heret oleh abangnya bersama dengan 40 kotak donut lobak merah.

Kaizo menayangkan wajah bengang sahaja kerana Fang sesuka hati sahaja mengunakan duit simpanan dia untuk membeli donut lobak merah. Dah lah beli untuk diri sendiri sahaja. Beli pula macam hendak di buat sedekah. Tak faham dia dengan perangai adiknya sorang itu.

Berhenti sahaja Kaizo di hadapan Gopal, matanya tertumpu kearah Amato. Terkejut plus terkedu dia apabila melihat tuanya ada di situ.

Amato hanya buat-buat tak tahu akan kewujudan Kaizo di situ sambil melayari insta_geram.

"Dey Fang, kau beli donut tu banyak-banyak, nak kongsi dengan kita orang ke?" Tanya Gopal sambil menjongketkan keningnya berkali-kali.

Fang hany menayangkan wajah menyampah sahaja. "Heh, mati hidup balik pun aku tak akan kongsi dengan kau."

Yaya hanya mengelengkan kepalanya melihat sifat kedekut Fang itu. "Eh! Encik ni siapa? Tak pernah nampak pun."

Amato mengalihkan tumpuanya kearah Yaya. Baru sahaja Amato ingin memperkenalkan diri, Gopal terus mencelah macam kereta F1 sambil memakai cermin mata hitam.

"Hah! Perkenalkan, ini Tuan Amato. Pak cik ni ayah kepada Boboiboy, sahabat baikku."

"Pft! Pak cik.... Hahaha!" Gelak Mechabot sambil membonceng motor.

"Eh! Ada power sphera la." Ying berkata dengan nada teruja.

"Hah! Atok ni pula Mechabot. Power spehra Pak Cik Amato."

Terhinjut-hinjut bahu Amato apabila Gopal mengelarkan Mechabot sebagai atuk. "Pft! Hahaha, aku apokay lagi dari kau. Atuk.... Hahaha!"

Terjengil mata Mechabot memandang kearah Amato. "Kau ni nak gaduh ke apa hah?"

"Apa? Nak gaduh? Jom lah!" Cabar Amato sambil membuat gaya hendak bergusti.

Mechabot turut meniru gaya Amato. "Heh! Boleh je. Jom kita tengok langit tu panjang ke lebar."

Mereka kecuali Amato dan Mechabot hanya mampu mengelengkan kepala sahaja. Sudah tua bangka tetapi perangai still macam budak-budak.

Gopal kembali menyambung memakan maggienya dengan bergitu lahap.

"Tok Aba! Ayah!" Jerit Boboiboy yang entah muncul dari mana.

Hampir tercekik Gopal di buatnya tetapi Ying semoat menyumbat paip getah kedalam mulut Gopal.

Terkejut Amato dengan Tok Aba mendengar jeritan Boboiboy itu.

"Kenapa Boboiboy?" Tok Aba dengan Amato berkata serentak.

"Apa maksud semua ni?" Tanya Boboiboy sambil menunjukan sekeping surat dari plenet entah apa-apalah.

Terkedu dan tergamam Amato dengan Tok Aba bila membaca isi kandungan surat tersebut. Mereka berdua saling berpandangan sebelum masing-masing menghelakan nafas berat. Mereka sudah tahu dan sudah menjangkakan bahawa rahsia yang mereka simpan selama ini bakal terbongkar.

"Mari ikut atuk. Kamu sekali Kaizo." Ajak Tok Aba lalu menuju kearah rumahnya.

***

Planet Ukawaka...

"Lepaskan akulah pak cik!" Jerit seorang gadis sambil menendang sel penjara yang menempatkanya.

"Diam kalau kau tak nak diri kau menjadi santapan 'kucing' kesayangan aku!" Jerit seorang alien bertanduk dua.

Terdiam terus gadis itu. 'Abang dekat mana? Tak nak selamatkan adik ke?'

***

Tok Aba dengan Amato di ikuti Boboiboy dengan kawan-kawanya termasuk kapten berambut macam itik turun ke ruang bawah tanah yang terdapat di rumah Tok Aba.

"Wah, betul-betul antik rumah atuk ni ya." Kagum Boboiboy.

Ruang bawah tanah itu bukanya kecil tetapi luas. Banyak perabot-perabot anyik dengan beberapa rak buku yang sedah berhabuk.

Mata Boboiboy terpaku dekat sebuah perabot yang terukir namanya mengunakan tulisam berwarna emas. 'Eh? Semua mainan aku waktu kecil ada dekat sini?'

"Boboiboy, sini." Panggil Amato sambil memegang sekeping kertas yang sudah lusuh dan berwarna sedikit kekuningan.

Boboiboy terus menghampiri ayahnya.

"Nah, cuba baca." Amato memberikan kertas tersebut kepada Boboiboy lalu Boboiboy dengan kawan-kawanya terus melihat isi kandungan yang tertera diatas kertas tersebut.

Kaizo pula masih lagi meneroka isi dalaman ruang bawah tanah. Mana tahu dekat situ dia boleh buat kawasan latihan tempur dia nanti.

Arid: Lanetp Kawakau

Elloh! Elloh! Paa habark omatot? He? Ek atomatom? Paa-paa elahj.

Kua apatd ahut angy amuk kana apatd naka embark. Eorangs elakil and eorangs erempuan. Estim omelc acam kam erekam ukanb?

Baru sekerat jalan Boboiboy baca, dia sudah pun mengeluh. "Apa alien ni cakap ayah? Tak faham dan berbelit lidah Boboiboy."

"Tak mengapa, biar aku tolong translate." Kaizo merampas kertas yang berada di tangan Boboiboy lalu terus memberitahu apa yang di tulis oleh alien tersebut.

Dari: Planet Ukawaka

Hello! Hello! Apa khabar tomato? Eh! Ke matomato? Apa-apa jelah.

Aku dapat tahu yang kamu akan dapat anak kembar. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Mesti comel macam mak mereka bukan?

Heh! Aku dapat tahu juga yang anak sulung kamu akan mendapat satu kuasa iaitu kuasa elemental. Anak kedua kamu juga bergitu tetapi masih kabur samar-samar.

Tetapi, bagi akulah, rasanya kuasa anak pertama kamu pasti bergitu kuat tetapi kuasa anak kedua kamu lemah! Sebab itu aku tak dapat meramal kuasa anak kedua kamu.

Jangan risau tomato atau matomato atau apa-apa je nama kamu, saya hanya mencuri anak kedua kamu untuk dijadikan sebagai tebusan. Kamu jagalah anak pertama kamu itu sampai tua ya.

Tetapi, apabila umur anak kamu mencecah 17 tahun, suruh dia datang kepada aku kalau mahu anak kedua kamu ini selamat. Tetapi! Kamu tidak boleh bersama dengan anak pertama kamu itu.

Kalau tak, mayat anak-anak kamu akan dijadikan hadiah untuk kamu.

Oh! Ya! Pastikan anak pertama kamu itu datang kepadaku setelah umur dia mencecah 17 tahun ya. Kalau tidak datang, mayat adik dia akan dijadikan hadiah sempena hari jadi anak kamu itu.

Ingat ya tomato!

Dari:
X yang kacak mengalahkan
Ziana Zain.

Semua saling berlandangan antara satu sama lain.

"Ziana Zain perempuan ler. Aduh, buta identiti ke apa dia ni?" Omel Ying sambil menepuk dahinya lalu mengelengkan kepalanya.

"Jadi betulah yang Boboiboy ada adik?" Boboiboy memandang kearah Tok Aba dengan Amato. Dia cuba memastikanya.

Amato dengan Tok Aba hanya mengangukan kepalanya. Apa yang dikatakan olwh Boboiboy itu benar berlaka.

"Ia Boboiboy. Kamu memang ada adik malah merupakan adik kembar kamu sendiri. Maafkan ayah, mak dengan Tok Aba sebab rahsiakan hal ini daripada kamu." Kata Amato sambil memandang kakinya.

"Tetapi, macam mana adik boleh kena culik sedangkan Boboiboy dengan adik lahir pada tarikh yang sama?" Musykil Boboiboy di buatnya.

Amato terus menceritakan sejarah hitam yang berlaku sewaktu Boboiboy masih bayi lagi.

Flashback....

Di sebuah rumah agam yang tersergam indah di bandar ibu kota Kuala Lumpur, kelihatan dua orang bayi di temoat tidur mereka sedang nyenyak tidur lena. Si abang tidur separuh terkankanh manakala si adik hampir berkali-kali terjatuh dari katil.

"Puan berehatlah dulu. Biar Kak Mywha uruskan anak-anak akak." Tegur satu suara dari muka pintu bilik tidur si kembar itu.

Seorang wanita yang kelihatan penat dan amat letih memandang kearah salah seorang bibiknya yang di kenali sebagai Kak Mywha.

"Eh! Tak mengapalah kak. Buat susahkan akak je." Kata wanita itu sambil melemparkan senyuman nipis kepada Kak Mywha.

"Tapi puan masih dalam tempoh berpantang bukan? Biar saya je yang uruskan anak-anak akak. Usah risau, mereka sedang tidur, jadi tiadalah menyusahkan saya." Kata Kak Mywha sambil tersenyum manis.

Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya wanita itu bersetuju jua. Dia terus keluar dari bilik si kembar. Ubun-ubun anaknya di cium. Apabila dia mahu mencium ubun-ubun si adik, ciuman tersebut dilamakan. Entah mengapa dia berasa kurang enak. Entah mengapa dia seolah-olah tidak mahu melepaskan ciuman terhadap si adik. Seolah-olah ini adalah kali terakhir dia akan bersama dengan anak keduanya itu.

'Ya Allah, perasaan apakah ini?'

"Puan?" Tegur Kak Mywha apabila melihat wanita tersebut hanya terkaku mencium ubun-ubun si adik.

Wanita itu terus melepaskan ciuman tersebut lalu keluar dari bilik si kembar. Dalam hati tidak putus-putus mendoakan supaya tiada apa-apa yang berlaku terhadap anak-anaknya.

8.30 malam....

"Assalamualaikum, abang dah balik." Amato memberi salam lalu masuk kedalam rumahnya.

"Walaikumusalam." Wanita tadi menghampiri suaminya lalu menyalam tangan kekar Amato.

"Lewat abang balik." Senyuman manis terukir di dua ulas bibirnya.

"Banyak kerja dekat office tadi." Beritahu Amato.

Selang beberapa saat, kedengaran tangisan anak lelakinya. Terkejut Amato dengan isterinya apabila mendengar tangisan maha kuat anak lelakinya itu.

Bergegas mereka berdua berlari kearah bilik anak kembar mereka. Pintu bilik dikuak kasar oleh Amato.

Membutang mata mereka berdua apabila melihat tubuh Kak Mywha terbaring lemah dan dilumuri dengan cecair darah terutama sekali di bahagian dada. Kini nyawa-nyawa Kak Mywha hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja.

"Ya Allah! Kak Mywha!" Terus isteri Amato mendapatkan Kak Mywha lalu kepala Kak Mywha di pangku.

Amato pula mendapatkan anak lelakinya lalu di dukung. Amato cuba sedaya upaya menenagkan anak lelakinya itu. Dia dengan isterinya belum perasan akan keadaan katil bayi anak perempuan mereka.

"Puan..., tuan..., maafkan saya sebab unuk! Unuk! Gagal..., melindungi..., uhuk! Uhuk! Anak korang.... Sa... ya... gagal... menja... lankan tang... gungjawab saya.... Maafkan... saya...." Air mata Kak Mywha mengalir lesu. Terbatuk darah dia di buatnya. Nafasnya tidak teratur.

"Apa maksud akak? Tak! Itu tak penting. Akak perlu bertahan." Isteri Amato mengalirkan air mata.

Kak Mywha hanya tersenyum lemah. "Maafkan saya."

Bibir Kak Mywha terkumat-kamit membaca dua kaliamh syahadah sebelum tubuhnya terkulai layu tidak bernyawa.

Amato terus memandang kearah katil anak perempuanya. Hairan dia apabila anak keduanya itu hanya senyap sahaja. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat katil tersebut kosong sahaja.

"Sayang, anak perempuan kita tak ada!" Jerit Amato.

Isterinya itu terus menuju kearah katil anak perempuanya. Rohnya terasa seperti melayang. Terduduk lemah dia di sisi katil anak perempuanya. Selimut yang membaluti tubuh anaknya diambil.

Dia terus menghidu auroma anak perempuanya yang melekat di selimut tersebut. Tersedu-sedan dia. 'Ya Allah, beratnya ujianmu kali ini. Hamba mu ini tidak kuat untuk hadapinya Ya Allah.'

Amato menghampiri isterinya lalu tubuh isterinya diusap. Dia juga turut terkilan terhadap apa yang berlaku. Matanya tertancap kearah sehelai kertas yang terdapat di katil anak perempuanya yang telah menghilangkan diri.

End flashback....

Terkedu Boboiboy dengan kawan-kawanya mendengar cerita Amato itu.

"Jadi, adik dekat mana sekarang?" Soal Boboiboy.

"Planet Ukawaka." Jawab Tok Aba bagi pihak Amato.

Keadaan sunyi sepi buat seketika waktu sebelum suara Boboiboy sekali lagi memecahkan kesunyian tersebut. "Boboiboy nak selamatkan adik!"

Semua mata tertumpu kearah Boboiboy dengan pandangan terkejut. Apa yang Boboiboy cuba katakan?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro