Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

02|Mimpi dan surat aneh

"Haih, rungsing aku macam ni." Keluh Boboiboy sambil memandang buku karanganya yang masih kosong.

"Anak ayah rungsing pasal apa ni?" Tanya Amato sambil menghampiri anaknya yang sedang mengurut dahinya.

"Pasal karangan yang cikgu bagi ni. Boboiboy langsung tak dapat imaginasi macam mana kalau Boboiboy ada abang atau adik. Ayah tak ada idea ke? Tolonglah bantu Boboiboy ni." Kata Boboiboy sambil memandang tepat kearah wajah Amato.

Amato hanya menghelakan nafas berat sahaja. "Boboiboy pun tahukan yang ayah ni anak tunggal? Arwah nenek kamu meninggal sewaktu umur ayah masih muda."

"Maaf."

"Bukan Boboiboy kata petang tadi esok nak buat study group ke? Dah alang-alang tu, tanyalah kawan-kawan pengalaman mereka yang mempunyai adik atau abang."

Boboiboy diam sejenak. Dia cuba memikirkan akan cadangan yang diberikan oleh ayahnya itu. "Okaylah ayah. Boboiboy cuba ikut cadangan ayah tu. Boboiboy masuk tidur ya."

Amato hanya tersenyum lalu keluar dari bilik anaknya itu. Tutup sahaja pintu, Amato mengeluh lemah. Bagaimana dia mahu memberitahu anaknya akan rahsia tersebut?

***

"Mana Boboiboy?" Tanya Tok Aba yang sedang bermain permainan video bersama Ochobot.

Ochobot yang tersalah dengar apa yang Tok Aba katakan tolong jawab bagi pihak Amato yang baru hendak membuka mulut. "Dah mampus."

Terus Tok Aba dengan Amato memandang kearah Ochobot. Selamba bin badak sahaja Ochobot cakap sebergitu.

Ochobot yang perasan dirinya ditenung terus memandang kearah Tok Aba dengan Amato. "Kenapa?"

"Dey! Apahal kau kata Boboiboy dah mampus hah?" Tanya Mechabot sambil menyumbat karipap kedalam mulutnya.

"Eh? Bukan Tok Aba tanya mana kucing sewel ke?" Soal Ochobot sambil menterbalikan tubuhnya.

"Atuk tanya mana Boboiboy bukan mana kucing sewel." Tok Aba menjeling Ochobot seketika sebelum kembali bermain permainan video.

Amato yang melihat ayahnya itu mengerutkan dahinya. 'Aik? Apahal abah pun join main game pula ni? Aku dulu pun mana ada main game apa semua ni sampai sekarang. Haih, zaman dah berubah.'

"Boboiboy dah masuk tidur. Hmm, abah, macam mana dengan rahsia tu? Macam mana kita nak beritahu Boboiboy? Boleh ke dia terima?" Amato menuju kearah Mechabot lalu di ketuk kepala robot itu. "Hish! Kau ni Mechabot, janganlah habiskan karipap tu. Aku tak makan lagi."

"Alah, karipap ni sedap sangatlah." Kata Mechabot dengan mulut penuh.

A/n: nak tanyalah. Daripada saya tengok movie mechamato sampailah ke siri, saya memamg hairan dengan satu perkara ni. Mechabot dia perut, tekak dengan usus ke? Macam mana dia membuang 🤔?

"Huh! Dari dulu sampai sekarang kau ni hantu karipap." Amato memtuarkan bebola matanya 360 darjah.

Tok Aba yang melihat gelagat anak dia dengan power sphera dia itu hanya mengelengkan kepalanya sahaja. Langsung tak pernah berubah.

"Abah tak jawab lagi soalan Amato. Macam mana kita nak beritahu Boboiboy pasal perkara ni? Karang tak pasal-pasal Boboiboy dapat heart attack. Tak nak Amato lihat anak Amato tu masuk hospital gara-gara terkejut."

Amato cuba mengeluarkan karipap dari mulut Mechabot. Mana taknya kalau Mechabot tu pergi telan kesemua karipap yang Ochobot masak khas untuk dia.

Kedengaran Tok Aba menghelakan nafas berat sahaja. "Kita cuba beritahu dia esok. Beritahu dengan cara perlahan-lahan. Insya Allah dia boleh terima kenyataan ni."

Amato mengangukan kepalanya tanda faham. "Eh! Mechabot, bagilah balik karipap aku tu!"

"Eh! Jangan! Karipap ni aku sorang je punya!" Mechabot melarikan dirinya daripada Amato. Kedekut punya robot.

Amato apa lagi? Kejarlah si power sphera warna merah tu.

Tok Aba hanya mengelengkan kepala sekali lagi. Perangai tak pernah nak berubah. Dari dulu sampai sekarang sama sahaja perangai mereka tu.

***

Buka sahaja mata, Boboiboy mengerutkan dahinya tanda hairan. Dia kini berada di tengah-tengah padang yang teramatlah luas. Bukanya padang bola sepak atau padang sekolah, tetapi kelihatan dia seperti berada di padang pasir.

'Aku dekat padang mahsyar ke? Dah kiamat ke?' Matanya melilau memandang kearah sekelilingnya.

"Aku sendiri yang akan korbankan nyawa aku! Jangan kau berani apa-apakan abang aku!" Kata satu suara seorang perempuan. Suara yang tidak pernah dia lihat.

Boboiboy terus memandang keaeah depanya. Korena matanya menangkap susuk tubuh seorang gadis yang di kelilingi aura yang aneh.

"Hahaha! Pengorbanan seorang adik kepada abang ya? Terhura kita. Hahaha!"

Kali ini mata Boboiboy menangkap susuk tubuh seorang jejaka bertanduk. 'Kacak tapi tak sekacak aku.'

"Bertahan Boboiboy, bantuan dalam perjalanan." Kata seorang jejaka berambut warna unggu.

Terus Boboiboy memandang sekelilingnya. Kelihatan kawan-kawanya sedang membantu dia untuk bangun.

'Apa yang sedang berlaku ni?' Secara tiba-tiba dunianya berubah menjadi kelam.

***

"Jangan apa-apakan dia!" Jerit Boboiboy lalu terjaga dari tidurnya.

Berombak kencang dadanya. Terus dia memandang sekelilingnya. Kini dia berada di dalam biliknya. "Mimpi rupanya tapi kenapa mimpi tu terasa macam real?"

Terus matanya menoleh kearah jam yang terdapat di meja bersebelahan denganya. Jarum jam sudahpun menunjukan pukul 6 pagi.

Baru sahaja dia hendak bangun, matanya tertancap kearah sehelai kertas berwarna kuning. Kertas tersebut terus dicapai lalu di baca sepintas lalu.

Arid: Lanetp Kawakau

Paa habark Oboiboyb? Khak! Upal angy amuk idakt olehb ahamf ahasab kua. Ehem!

Apa khabar Boboiboy? Sihat? Kini aku yakin umur kamu sudah pun mencecah 17 tahun. Happy kau sekarang nikan? Sudah lupa ke pada adik perempuan kau seorang ni?

Oh! Lupa pula yang kau tak tahu akan kewujudan adik kau yang comel ni. Mak bapak kau tak pernah beritahu eh? Kesian... atuk kau. Hahaha!

Adik perempuan? Mesti kau tak jangkakan yang kau ada adik. Kalau kau nak tahu kisah sebenar, cuba tanya mak, ayah, atuk, nenek, moyang, cucu atau keturunan kau.

Jumpa di Planet Ukawaka. Aku bagi kau tempoh 1 abad sahaja. Kalau di bumi, tempoh 1 abad bersamaan dengan 100 hari bukan? Tetapi di planet aku, 1 abad bersamaan dengan 3 hari sahaja.

Cepat datang kesini atau adik kau mati di tangan aku. Muahahaha!

Semoga tak berjaya.

Dari:
X yang kacak

Melopong Boboiboy membaca surat tersebut. Dia perlu mendapatkan kepastian terlebih dahulu. Dia tidak boleh bertindak melulu.

'Dah agak! Memang mereka ada rahsiakan sesuatu daripada aku!' Detik hati Boboiboy. Tapi persoalanya ialah, siapa adik dia? Tak akan gadis dalam mimpi dia itu pula.

***

Okay, kalau korang nak tanya macam mana bahasa Planet Ukawaka, meh sini author tolong ajarkan.

Cth:
Abang: Banga
Sayang: Ayangs
Kucing: Ucingk
Wattpad: Attpadw
Letak: Etakl

Korang perasan tak? Harapnya perasan sahajalah ya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro