Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

01|Karangan

Semua pelajar kelas tingkatan 5 Jujur memandang kearah Gopal dengan pandangan hairan. Macam mana tak hairan kalau Gopal pergi bersilat dekat depan kelas.

"Haia, lu kenapa Gopal? Tiba-tiba je bersilat dekat depan kelas. Lu sudah tak betul ke apa?" Tanya Ying. Besar kecil besar kecil je dia melihat kearah Gopal.

"Dey! Kau tak tahu ke apa Ying?" Soal Gopal sambil bersilat.

Ying mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti. "Tahu apa?"

"Hshshsh, itulah, waktu cikgu mengajar dekat depan, kau tidur dekat depan kelas. Tengok macam aku ni, pelajar cemerlang. Tak pernah tidur dalam kelas. Bukan tu je tau, aku sentiasa siapkan kerja rumah yang cikgu bagi." Kata Gopal sambil mengembang kembiskan hidungnya.

Krik.... Krik....

Semua pelajar tingkatan 5 Jujur hanya memandang Gopal dengan pandangan ia ke? Boleh percaya ke padahal Gopal lah yang selalu tidak menyiapkan kerjanya.

Bengang Ying di buatnya. Terus dia memukul kepala Gopal mengunakan buku Matematik tambahan. "Lu kata aku selalu tidur dalam kelas? So lu nak kata aku ni pelajar bermasalah lah. Bergitu ke?"

"Eh! Bukan tapi benar!" Kata Gopal sambil mengosok kepalanya.

Kalau tidak di fikirkan yang Gopal itu sahabat baiknya, sudah lama Ying mencampak Gopal dari tingkat 4 sekolah menengah ini.

Boboiboy yang melihat agenda itu hanya mengelengkan kepalanya. Ada-ada sahaja Gopal itu. "Ying, kalau kau nak tahu Gopal ni teruja sejak tengok ayah aku bersilat dekat rumah Tok Aba. Jadi Gopal pun acah-acah seolah-olah dia ni tahu bersilat."

"Ayah?" Serentak Fang, Yaya dengan Ying berkata.

"Haah. Ayah Boboiboy... apa entah nama dia, tomato? Matomato? Entahlah. Ayah Boboiboy dengan mak Boboiboy ada dekat rumah Tok Aba. Melawat anak kesayangan dia sorang ni." Kata Gopal.

"Nama ayah aku Amato ler." Entah mengapa ramai orang sering memangil ayahnya tomato atau matomato. Pelik-pelik jelah.

"Hah! Itulah nama ayah Boboiboy, Kumanto." Gopal memetik jarinya seolah-olah dia sudah ingat nama ayah Boboiboy.

Tajam mata Boboiboy memandang kearah sahabatnya itu. "Amato, A.M.A.T.O. Bukan Kumanto."

"Alah, sorry lah dey. Nama ayah kau susah sangat nak sebut." Kata Gopal sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. "Alah, janganlah merajuk Boboiboy. Nanti aku belanja kau ice blended Tok Aba."

"Ceh! Buat apa kau nak belanja Boboiboy sedangkan kau pun tak bayar hutang kau dengan Tok Aba." Celah Fang.

Boboiboy yang mendengar kata-kata Fang itu mengangukan kepalanya. "Hah, dengar tu apa yang Fang cakap?"

"Dengar.... Esok aku bayar." Janji Gopal.

"Kau ni Gopal, dari dulu sampai sekarang berjanji dengan Tok Aba esok baru kau nak bayar tapi hasilnya sampai sekarang kau tak bayar hutang kaundengan Tok Aba. Tak baik tau macam tu." Tegur Yaya dengan nada sedikit tegas.

Gopal hanya mampu tersengih sahaja sambil megaru kepalanya yang tidak gatal.

"Weh! Cikgu Aimi datang! Cikgu datang!" Kata seorang pelajar lelaki berkulit sawo matang sambil berlari-lari duduk di temoat duduknya.

Semua pelajar berpusu-pusu mengambil temoat duduk mereka. Kelas yang asalnya bising mengalahkan pasar malam jual ubat tiba-tiba menjadi sunyi sepi seolah-olah malaikat lalu.

Seorang cikgu wanita yang di panggil Cikgu Aimi masuk kedalam kelas sambil melemparkan senyuman.

Yaya selaku ketua kelas 5 Jujur bangun lalu memberikan salam. "Bangun! Selamat pagi Cikgu Aimi!"

"Selamat pagi Cikgu Aimi!" Sahut kesemua pelajar dengan semangat.

"Selamat pagi murid-murid. Duduk. Baiklah, sempena pelancaran program Bahasa Melayu anjuran sekolah, setiap tingkatan dan kesemua pelajar perlulah menulis satu karangan. Karangan untuk Tingkatan 5 bertajuk keluargaku terlebih bahagia. Alah, karangan senang sahaja. Tak jadi masalah pun untuk kamu semua menulis. Cikgu hendak kamu semua masukan isi ini. Masukan nama ibu bapa kamu, pekerjaan dan hobi mereka. Masukan juga nama abang dan adik, hobi, makanan kegemaran dan cita-cita mereka. Masukan juga isi perkara yang korang semua perlu lakukan sewaktu masa terluang bersama keluarga kamu. Tapi! Cikgu tak nak kamu tulis pada waktu terluang, kamu sekeluarga hanya bermain telefon. Siapa berani tulis macam tu, cikgu tak akan teragak-agak bakar kertas kamu depan mata kamu sendiri. Faham?"

"Faham cikgu."

Seorang pelajar mengangkat tangan untuk bertanyakan soalan. "Cikgu, macam mana kalau orang tu tak ada adik atau abang?"

"Gunakan lah imaginasi kamu. Bayangkan kamu mempunyai adik atau abang. Baiklah, itu sahaja untuk penerangan tentang karangan kamu. Sekarang ni cikgu nak kamu buka buku aktiviti muka surat 590."

***

Boboiboy menghampiri kedai Tok Aba dengan muka penat. Macam mana dia tak penat kalau kelas sampai pukul 6 petang. Stress dia hendak menghadap semua pelajaran.

"Hah Boboiboy, dah pulang?" Tegur Ochobot sambil mengelap singki.

"Eh? Tak lah. Tengah berjoging ni." Boboiboy membuat lawak bodoh.

Kelihatan Tok Aba sedang membersihkan apa yang patut sebelum menutup kedai. Rajin Tok Aba itu ya.

"Atuk, betul ke yang Boboiboy ni hanya anak tunggal je?" Soal Boboiboy secara tiba-tiba.

Terkejut Tok Aba akan soalan cucunya itu. "Haah. Kenapa Boboiboy tanya?"

"Tak adalah. Cikgu suruh buat karangan pasal keluarga tak bahagia...,"

"Hah? Keluarga tak bahagia!" Serentak Tok Aba dan Ochobot berkata.

"Eh! Silap! Silap! Keluarga terlebih bahagia. Tapi cikgu suruh masukan tentang abang atau adik sekali. Tapi Boboi tak tahu nak buat macam mana. Boboiboy bukanya ada abang atau adik." Sayu sahaja nada Boboiboy.

"Kalau macam tu, mintalah dekat mak ayah kamu yang kamu nak adik." Cadang Tok Aba.

"Uish! Boleh ke tok? Umur ayah dengan mak pun dah nak masuk 50 lebih. Tengok uban dekat rambut ayah pun dah tahu."

"Dah tu kamu nak buat macam mana? Tak akan nak sebat adik orang lain pula."

Boboiboy diam sejenak. Dia berfikir sementara sebelum dia memetik jarinya. "Hah! Boboiboy tahu! Nanti Boboiboy buat study group. Mana tahu boleh dapat idea daripada mereka. Okaylah tok, Boboiboy nak balik dulu. Nak mandi."

Boboiboy terus menuju kearah rumah Tok Aba yang tidak jauh dari situ.

Tok Aba hanya menghelakan nafas berat. Ada sesuatu yang dia rahsiakan daripada cucunya itu tetapi dia agak keberatan untuk beritahu. Tetapi sudah tiba masanya untuk anak menantunya itu memberitahu perkara sebenar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro