teaser 8
“Apa rancangan An lepas ni?” soal wanita itu.
“Sementara nak dapat keputusan ni, An nak tolong ayah.” Johan angkat wajahnya sedikit sambil melirik ke arah Encik Jamal.
Sejak akhir-akhir ini, dia tahu ayahnya mendapat banyak projek perumahan. Rezeki Encik Jamal kerana mendapat kepercayaan dari penduduk di sini. Malah orang tua itu turut mendapat tender dari pihak kerajaan.
“Alhamdulillah. Baguslah. Bolehlah ikut ayah An ni untuk tolong apa yang patut. Selalu aje mengadu badan penat. Dah berbuih mulut mak suruh berehat.”
“Tak payah. Ada masa beberapa bulan sebelum keputusan keluar, berehat aje. Tak perlu tolong ayah. Tak sesuai kerja ayah ni dengan bidang yang An belajar tu,” celah Encik Jamal.
“An tak kisah ayah. Boleh juga An cari pengalaman.”
Sebenarnya ada sebab dia mahu membantu ayah. Jika mereka selalu bersama, peluang untuk dia berbincang tentang hubungannya bersama Raudah, agak mudah. Kalau boleh, dia tak nak perkara ini sampai ke pengetahuan emak terlebih dahulu.
“Makan lauk ni. Ini lauk kegemaran Ara.” Gulai ayam pencen dicedok ke dalam pinggan gadis itu.
Makin lebar senyuman Raudah.
“Hisy… mana aci, mak. An pun nak mak cedokkan untuk An.”
Tergelak wanita itu.
“Ara ni dah nak balik ke sana hujung minggu ni. An kan cuti panjang. Banyak masa lagi nak bermanja dengan mak,” kata Puan Rohayu.
Raudah jelirkan lidah kepada Johan. Melihat gelagat gadis itu, Johan cubit pipi gadis itu sekuat hati. Perbuatan Johan itu dilakukan tanpa sedar.
Tajam anak mata Encik Jamal melihat adegan itu. Dia bangun dan berlalu ke ruang tamu. Masing-masing terdiam seketika.
Puan Rohayu sedikit pelik melihat sikap suaminya sejak petang tadi. Tak banyak bercakap seperti biasa.
“Pak long dapat banyak projek ke?” soal Raudah.
“Boleh tahan. Baru-baru ni, dia dapat projek perumahan. Memanglah besar untungnya tapi kerja pak long Ara tu makin bertambahlah. Dah tua ni, masih lagi kuat bekerja,” bebel Puan Rohayu.
Johan tunduk merenung pinggan sendiri. Dia tahu selama ini ayah bekerja kuat deminya. Malah orang tua itu sanggup menghabiskan banyak wang demi memastikan Johan menyertai program A-level.
“Tambah lagi nasi tu, An.”
Tersentak Johan. Dia angkat wajahnya sambil tersenyum nipis. Sesekali dia melirik ke arah Raudah. Nafas dihela panjang. Tak tahulah apa reaksi emak jika hubungan mereka terdedah kelak?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro