Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Teaser 5

Siapa yang dah baca buku Tidak Sempurna Tanpamu, mesti dah kenal watak Raudah dan Johan. Nah, kak bagi sikit teaser untuk part Johan dan Irwan 😍

#kembalikanrasaitu (versi belum edit)

“Johan! Kau kena tolong aku.”

Tegak batang tubuh Johan. “Ada kes kecemasan ke?”

“Eh, bukan. Ni tentang perkara lain.”

Johan tarik nafas lega. Baru beberapa jam tadi dia pulang dari hospital. Risau juga jika dia perlu ke sana kembali.

“Kau nak aku tolong apa?”

“Sepatunya aku dah janji nak pergi ke rumah Jenny dengan Raudah tapi…”

Tiba-tiba Irwan terdiam. Johan sudah tidak sedap hati.

“Kau ada hal apa?” Suara Johan sudah berubah serius. Perkara inilah yang paling dia tak suka tentang Irwan.

“Aku nak jemput seseorang. Kau tolong ambil Raudah. Boleh?”

“Kau nak aku kena simbah air lagi ke?” Bengang Johan. Dia dah agak. Selama ini Irwan masih belum sedar tentang perasaan Raudah.

“Tolonglah aku, Johan. Aku bagi location rumah dia.”

Ternaik kening Johan. Satu peluang yang bagus. Selama setahun bekerja di sini, dia belum tahu tempat tinggal Raudah.

“Boleh tak?”

“Okey. Aku pergi ambil dia tapi kau jangan beritahu dia.”

“Terima kasih, Johan. Nanti aku belanja kau kopi kayangan.”

Berdecit lidah Johan. Itu sajalah umpan Irwan. Selepas talian dimatikan, dia keluarkan sehelai t-shirt berkolar dan seluar jeans hitam. Dia mahu berpakaian santai saja malam ini.

Tak lama kemudian, terdengar bunyi mesej masuk ke telefonnya. Dia melihat mesej yang dikirim oleh Irwan. Ketawa kecil terlepas dari bibirnya. Tak sangka Raudah tinggal tidak jauh dari kawasan perumahan yang sama dengannya. Kenapalah dia tak perasan selama tinggal di sini?

Setelah selesai menunaikan solat maghrib, Johan memandu keretanya menuju ke rumah sewa Raudah. Setibanya di hadapan rumah gadis itu, hon kereta ditekan sedikit. Tak sampai seminit, Raudah sudah keluar dari rumah dan berlari anak ke keretanya.

Tak berkelip mata Johan melihat penampilan Raudah. Gadis itu manis memakai dress labuh dan shawl berwarna hitam. Raudah nampak sangat menawan di matanya pada malam ini.

Raudah masuk ke dalam kereta tanpa melihat wajah Johan. Bau wangian di tubuh Raudah membuatkan Johan tak senang duduk. Sejak bila gadis ini menukar bau wangian yang lain?

Tak sedar bibirnya terlepas keluhan kasar. Dia yakin perubahan Raudah disebabkan Irwan. Api cemburunya semakin menjadi-jadi.

“Sorry, lambat keluar. Kenapa kereta Wan lain hari ni?” soal Raudah sambil memakai tali keledar.

“Kau pakai minyak wangi habis sebotol ke tadi?” sindir Johan.

Raudah kaku di tempat duduknya. Perlahan-lahan dia menoleh ke sebelah. Hampir nak terkeluar biji matanya melihat Johan di sini.

“Kenapa… kenapa kau…” Tergagap-gagap Raudah.

“Tak payah nak terkejutlah. Pakai tali keledar tu betul-betul.”

Johan terus memandu tanpa menghiraukan wajah Raudah yang pucat.

Raudah masih bingung. Berbakul sumpah seranah dia hamburkan kepada Irwan. Disebabkan lelaki itu, Johan dah tahu tempat tinggalnya sekarang.

🫣

Nak tau cmne cinta Raudah boleh beralih arah terhadap Irwan, kena dapatkan buku ni ya🤩

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro