Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Teaser 3

“Ara nak balik rumah Ara.” Tersedu-sedan Raudah menangis.

Johan garu kepala yang tidak gatal. Jujur dia tak pandai memujuk. Selama ini pun, mereka selalu bergaduh.

“Rumah aku, rumah kau juga,” pujuk Johan.

“Tak! Tu bukan rumah Ara. Ara nak balik rumah Ara. Ara nak... mama dan papa.” Serak suara Raudah disebabkan terlalu banyak menangis. Dia tidak mahu tinggal di kampung ini.

Johan mengeluh panjang. Tak suka betul dia mendengar suara budak menangis.

“Allah sayangkan mak su dan pak su. Sebab tu Allah ambil mereka sebab nak bagi mereka masuk syurga.”

Mati esakan Raudah. Wajah Johan dipandang tak berkelip.

“Ayah cakap, mak su dan pak su orang baik. Kalau kau sayang mak su dan pak su, kenalah solat. Doa yang baik-baik.”

Bibir Raudah melengkung ke bawah. Suara tangisannya masih kedengaran.

“Ustazah selalu cakap, kalau kita rindu orang yang tak ada, kita kena sedekahkan Al-Fatihah. Kita bacalah Al-Fatihah untuk mak su dan pak su.”

“Hari-hari Ara baca tapi Ara masih rindu.”

Kan betul cakap Johan. Raudah ni suka melawan.

“Ara dah tak ada mama dan papa.” Perlahan nada suara Raudah.

“Mak dan ayah aku ada. Dia orang boleh jadi mama dan papa kau.”

“Taklah. Itu pak long dan mak long. Tak sama.” Marah Raudah.

Johan hela nafas kasar. Tangannya sudah tak duduk diam menggaru anggota tubuhnya yang gatal. Banyak pula nyamuk pada waktu senja begini. Hari semakin gelap. Takut pula dia bila teringatkan kisah hantu t* t *k.

“Dah tak ada sesiapa nak pujuk Ara. Kalau Ara sedih, mama selalu cium dan pujuk Ara. Sekarang… Ara sedih sangat.”

Johan toleh ke sebelah. Wajah sugul Raudah dipandang lama. Tanpa berfikir panjang, dia terus dekatkan wajahnya dengan wajah Raudah.

Cup!

Terus tegak tubuh Raudah. Tercengang dia dengan perbuatan Johan. Pipi yang dicium oleh Johan tadi disentuh perlahan.

“Mulai hari ni, kalau kau sedih biar aku yang pujuk. Aku janji akan jaga kau sampai bila-bila.”

👉👈

Kecik2 lagi Ara dah cair dengan An🤫

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro