Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Blurb

Ingat lagi tak An dan Ara??? Tiga lepas kak pernah tepek kisah mereka berdua di sini. Alhamdulillah akhirnya muncul dalam versi cetak. Untuk plot kali ni, banyak yang dah berubah. Kak sesuaikan dengan jalan cerita.

Buku ni insyaAllah akan ada di pEsta bUku Selangor pada awal Disember nnt. Yang tak dapat pergi, boleh beli melalui online❤️

Nah kita bagi blurb dulu.

Raudah dan Johan…

Pasangan sepupu yang membesar bersama-sama. Kehadiran Johan membuatkan hidup Raudah tidak pernah sunyi setelah dia kehilangan ibu dan bapanya.

Bertahun mereka tinggal bersama, perasaan cinta berputik dalam hati masing-masing. Hubungan mereka terpaksa dirahsiakan daripada ibu bapa Johan. Tiba masanya, Johan terpaksa berterus terang sebelum mencapai impiannya.

“ An dan Ara dah lama bercinta. Kami saling mencintai.” - Johan

Pengakuan Johan membuatkan kedua ibu bapanya terkejut. Demi amanah yang dipikul oleh Encik Jamal, dia merestui hubungan itu dan memaksa Johan bernikah sebelum mencapai impiannya.

Raudah sangka dia yang paling bertuah. Namun mimpi ngeri muncul dalam hidupnya apabila ditinggalkan oleh Johan sehari sebelum majlis pernikahan mereka.

Raudah hidup dalam kebencian. Dia nekad untuk melupakan Johan dan takkan kembali ke sisi lelaki itu lagi. Tapi takdir menemukan mereka sekali lagi setelah masing-masing berjaya mencapai cita-cita.

“ I really miss you, Ara.” - Johan

“ Aku tak kenal kau siapa. Aku Raudah, bukan Ara.”- Raudah

Maka bermulalah perang dingin antara mereka berdua. Yang seorang ingin mendekat, seorang lagi ingin menjauh. Sejauh mana Raudah cuba mengelak, akhirnya dia dipaksa bergelar isteri Johan disebabkan salah faham.

“ Aku tak nak teruskan perkahwinan tanpa rasa cinta. Cukup untuk enam bulan masa yang aku bagi.” - Raudah

“Kalau itu yang Ara nak, An setuju.” - Johan

Mampukah Johan mengembalikan rasa cinta dan sayang dalam hati Raudah terhadapnya? Dan benarkah cinta Raudah buat Johan sudah lama mati?

❤️❤️❤️

Berminat blh wasap akak 0129284568. Harga rm41 termasuk pos ke sm/ SS ( SS kak guna flexi)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro