KELAS 6E 8
selepas habis waktu persekolahan febian dan kawan kawannya mula melangkah keluar meninggalkan kawasan sekolah itu. mereka berjalan sambil berbual bual. "wei... korang nak terus balik ke rumah korang ke?", soal febian ingin tahu. "ya... kenapa? kau nak ajak kami jalan jalan di bandar lagi ke?", soal lee chang hwa ingin tahu. "ya... kira kira macam itulah... boring betullah kat rumah tu...", tutur febian sambil menyepak batu di tepi jalan. "aku pun boring juga kat rumah tu...", kata lee chang hwa pula. "apa kata kalau...", belum pun sempat febian menghabiskan perkataannya kelihatan sebuah kereta Audi berwarna kelabu berhenti betul betul di sebelah mereka. febian mencebikkan bibirnya bila dia lihat wajah pemandu kereta itu. "tuan muda, papa tuan muda menyuruh saya menjemput tuan muda balik ke rumah. Dia tak suka tuan muda jalan kaki pulang ke rumah....", kata lelaki tua itu seraya membuka pintu kereta tersebut. Febian memutarkan bola matanya. "Oh... Tak semestinya anak orang kaya pulang ke rumah dengan menaiki kereta saja. Apa salahnya jikalau sekali sekala aku berjalan kaki pulang ke rumah?... rumah aku tu bukannya jauh sangat pun...", tutur febian dengan marah. "tapi papa tuan muda cakap dia malu tengok tuan muda jalan kaki balik ke rumah sedangkan tuan muda ni anak orang kaya...", kata pemandu kereta papanya itu. "Yelah... yelah...", mahu tidak mahu febian pun terpaksa melangkah masuk ke dalam kereta audi milik papanya itu. "korang masuklah... aku akan suruh driver papa aku ni hantar korang ke rumah korang...", kata febian pada kawan kawannya. mereka pun melangkah masuk ke dalam kereta tersebut.
tidak jauh dari situ kelihatan david berjalan pulang ke rumah dengan di temani oleh vishnu. david lihat vishnu menarik keluar satu botol minuman yang di sembunyikannya di dalam beg sekolahnya. sebaik saja vishnu membuka botol minumannya, david dapat menghidu bau beer yang kuat sekali. "hey... kau bawa air beer ke sekolah lagi ke?", soal david dengan dahi yang berkerut. "yep... kenapa?", soal vishnu seraya membuka penutup tin minuman tersebut. "bukankah hari tu kau kena tangkap oleh cikgu sebab bawa minuman keras ke sekolah?", tegur david. "yeah... tapi dont worrylah... kalau cikgu buat spot check pun dia tak akan tahu apa isi kandungan air di dalam botol minuman aku ni... hehehehe...", balas vishnu seraya ketawa mengekek. david hanya memutarkan bola matanya. "kau nak minum tak?", soal vishnu. "tak nak...", balas david dengan pantas. "cubalah minum sikit... best ni...", kata vishnu. "aku kata aku tak naklah, tak naklah...", balas david seraya menggeleng gelengkan kepalanya. "hm... kalau kau tak nak tak apalah... biar aku seorang saja yang minum air beer ni...", kata vishnu. dia berjalan sambil meneguk air beer dari dalam botol minuman di tangannya. david menarik keluar jam digital kecil yang ada di pergelangan tangannya. dia membuka hujung jam digital itu. vishnu terkejut bila dia lihat david menghisap sesuatu dari bahagian tepi jam kecil itu. kelihatan berkepul asap keluar dari dalam mulut david.
"wei... apa yang kau hisap tu ar? macam rokok aje...", tegur vishnu di sebelah david. "aku tak layan rokok dah sekarang ni. aku sekarang layan mini vape pula... perkenalkan ini ialah mini vape keluaran tarbaru di pasaran...", kata david sambil menunjukkan mini vape yang kecil itu. "eh... dari mana pula kau beli vape macam jam tu ar?", soal vishnu ingin tahu. "ada seorang abang jual vape ni kat aku masa aku berjalan jalan di pasar malam kelmarin... sekarang semua orang boleh menghisap vape dengan senang sekali sebab ianya dalam bentuk jam. senang di bawa ke mana mana. cikgu kat sekolah kita tu pun tak perasan. tentu diorang fikir yang benda ni ialah jam biasa. padahal ini ialah vape... smart kan?", kata david seraya tersenyum lebar. "hm... kira smart juga... jikalau cikgu tengok memang diorang tak perasan pun yang ini ialah vape...", tutur david seraya memerhatikan jam kecil yang ada vape itu. "eh... kau jangan bagitahu cikgu kita pasal vape ni ya... aku tak nak semua cikgu di sekolah tu tahu pasal ni...", kata david.
"hm... yelah... tapi kau pun jangan bagitahu cikgu yang aku bawa minuman keras dalam botol minuman aku ni...", kata vishnu pula. "okay...", balas david sepatah. tiba tiba, "apa yang korang bualkan tu?", kelihatan jezron berjalan di belakang mereka sambil memandang ke arah mereka berdua. cepat cepat vishnu menutup botol minumannya lalu memasukkannya ke dalam beg. manakala david pula meletakkan vape jamnya ke tali di pergelangan tangannya. "oh nothing... kami hanya berbual kosong saja....", dalih david pula. sebenarnya dia tidak mahu jezron tahu yang mereka membawa vape dan minuman keras di dalam botol. maklumlah jezron tu kan ketua kelas dalam kelas mereka. mereka takut jezron tahu tentang hal itu dan melaporkannya kepada guru di kelas mereka. "iya ke?... tapi korang macam leka berbual tadi kan?...", soal jezron seraya berjalan beriringan dengan dua orang pemuda itu. "oh... kami cuma berbual kosong saja... tak ada yang penting sangat...", balas vishnu pula.
jezron terdiam seketika. dia seperti terhidu bau beer pula. "kuatnya bau beer ni... korang minum beer ke tadi?", soal jezron dengan dahi berkerut. "oh tidaklah... itu mungkin bau beer orang yang minum beer kat warung sana tu lorh...", dalih vishnu dengan pantas. dia menjuihkan bibirnya ke arah yang di maksudkannya. jezron terus mengalihkan perhatiannya. kelihatan beberapa orang lelaki sedang minum minum kat warung itu. dia pun terdiam seketika. "tadi kan aku nampak macam ada asaplah keluar dari arah korang... korang menghisap rokok ke tadi?", soal jezron ingin tahu. "eh... tak adalah... kami dah lama tak hisap rokok... betul kan vishnu... betul kan?...", giliran david pula yang bersuara. dia cepat cepat mencuit pinggang kawannya itu. "oh ya... ya betul tu...", sokong vishnu pula. jezron pun terdiam selepas itu. mereka mula melangkah pulang ke rumah masing masing...
*** *** ***
malam itu kelihatan serena sedang meneliti setiap maklumat peribadi para pelajarnya dari dalam fail rekod profile murid. dia lihat kebanyakan pelajarnya berasal dari keluarga yang miskin. ada yang datang dari keluarga petani, nelayan, penoreh getah dan buruh kasar. dia sudah dapat mengagak status pelajar itu samada pelajar itu datang dari keluarga yang kaya raya atau pun tidak. dia hanya meneliti jenis jenis pekerjaan dan hasil pendapatan orang tua para pelajarnya. dari hasil pemerhatiannya hanya febian loh seorang saja anak orang kaya di dalam kelas 6E itu. lebih mengejutkan lagi febian ialah anak Dato bandar iaitu dato loh ting man. manakala orang tua lee chang hwa pula hanyalah peniaga runcit kecil kecilan. manakala steven pula di besarkan oleh ibunya yang bekerja sebagai seorang nurse di sebuah hospital swasta di bandar medang.
serena memerhatikan rekod profile david munsing dan vishnu pula. pekerjaan orang tua david hanyalah pekebun sayur sayuran saja. manakala pekerjaan ibu bapa vishnu pula ialah buruh kasar di sebuah tapak pembinaan seri wangsa. kemudian serena memerhatikan rekod profile milik jezron pula. maklumat bahagian ibu bapa kosong tapi bahagian rekod penjaganya pula ada satu nama. nama penjaganya ialah seorang perempuan iaitu jessie mulung... dah tu pula maklumat pekerjaan dan pendapatan si penjaga di rahsiakan. "hm... apasal maklumat mak bapa si jezron ni tak ada ar? dia di jaga dan di besarkan oleh orang lain ke?", persoalan itu terus timbul di mindanya. berkerut dahinya ketika dia memikirkannya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro